25

10 idea mendapatkan pembaca baru ke blog anda

Posted January 15th, 2008 in Uncategorized by vangardx |

Salam & hello to all my dearest reader, today i would like to share about the 10 ideas in finding new readers for your blog. This time i would like to write in bahasa. Based on my experience this are the most effective way

1. Meninggalkan komen – sebaik-baiknya komen diberi pada blog yang mempunyai niche dan minat yang sama. Ini akan menggalakkan lagi proses perbincangan dan seterusnya menarik minat mereka untuk ke blog anda. Sebagai contoh saya minat kereta, maka blog yang berunsurkan kereta adalah yang terbaik berbanding meninggalkan komen di blog kaki pancing.

2. Jaringan blogger – dalam erti kata lain adalah networking. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh, sama juga konsepnya di dunia blog. Hargailah diantara satu sama lain dan pasti mereka akan membawa pembaca mereka ke blog anda. Sebagai contoh, buat satu ruang khas untuk link exchange.

3. Jadilah ahli pemikir – maksud saya disini adalah dengan memberi pendapat yang bernas dan bukan sekadar ayat biasa seperti “saya sokong, betul tu, tahniah, keep it up dan sebagainya”  Sebagai contoh, entri itu berkaitan dengan sifat wanita yang suka menganiaya lelaki. Lebih baik anda menimbulkan persoalan seperti rujukan didalam buku-buku ilmiah berbanding sekadar melemparkan komen sinis yang berunsurkan diskriminasi jantina.

4. Manfaatkan fungsi trackback – sebenarnya ramai yang tidak tahu akan kebaikan trackback. Jika mahu bercerita sampai esok pun tak abis. Kelebihan trackback di blog wordpress ialah dia akan memaparkan link anda di blog yang lain dengan syarat blog itu juga menggunakan wordpress. Sebagai contoh anda menulis entri tentang cara-cara menganyam ketupat. Bagi setiap keyword seperti ketupat, rendang, daun kelapa, pisau dan sebagainya anda linkkan ke blog lain yang juga mempunyai kaitan. Hasilnya anda akan menerima kunjungan. Percayalah.

5. Periklanan – ada orang tidak perlu iklan tapi blognya popular, ada orang yang perlukan iklan untuk mengwar-warkan kewujudan mereka. Terpulang kepada anda. Anda banyak kaedah untuk periklanan ini sebenarnya. Kali ini saya hanya ceritakan periklanan yang menglibatkan kos. Sebagai contoh anda membeli iklan banner di blog A. Maka pembaca dari blog A akan datang ke blog anda sekiranya mereka tertarik dengan banner itu. Harga  pula berbeza mengikut populariti dan lain-lain lagi.

6. Jadilah pembangkang -  ini salah satu kaedah yang menarik tetapi anda perlu bijak menyusun kata-kata kerana anda akan membangkang setiap pendapat mereka dan pada masa yang sama anda ingin wujudkan satu perbincangan yang sihat. Bagaimana? Sebagai contoh, blog A menulis mengenai kelebihan produk A dan anda sama sekali tidak bersetuju dengan pendapatnya. Maka anda boleh menulis satu entri baru dan kemudian linkkan entri tersebut dengan blog anda. Pasti ada yang ingin tahu kenapa anda tidak bersetuju.

7. Penulis jemputan – Anda boleh menjemput atau dijemput untuk menulis di blog orang lain. Sebagai contoh anda ingin menulis di blog saya. Artikel dihantar dan saya publishkan di blog saya. Pada masa yang sama entri itu serba sedikit akan menceritakan latar belakang penulis. Nah, link anda kan ada disitu. Pasti ada kunjungan yang lebih jika artikel yang anda tulis itu menarik.

8. Menulis dengan lebih kerap - saya juga ada mendapati semakin kerap saya menulis semakin ramai yang datang membaca walaupun kadar peratusan bilangan komen berkurangan. Jadi objektif itu tercapai bukan? Anda mahukan pembaca baru :D Walaubagaimanapun setiap entri sebaik-baiknya perlulah ada pengisian.

9. Mesrakan blog anda dengan enjin carian - ini adalah perkara penting bagi seseorang blogger dan anda perlu bijak untuk menjalinkan hubungan rapat dengan enjin carian. Salah satu cara ialah dengan tajuk yang sesuai. Cuba selami perasaan seorang pengguna search engine. Jika anda mahu mencari jam tangan murah. Apakah keyword yang akan anda tulis? “Jam tangan murah” atau “Jam tangan adidas” fikirkan.

10. Berikan sesuatu kepada pembaca anda – berbagai kaedah yang boleh digunakan selain membuat pertandingan anda juga boleh memberi hadiah misteri kepada pembaca misteri. Contohnya anda ada sebuah buku mengenai perniagaan kecil-kecilan yang terpakai dan tidak digunakan lagi. Buat satu entri tentang perniagaan kecil-kecilan dan tanya pendapat pembaca. Mereka yang terpilih anda hadiahkan buku tersebut. Untuk kesan jangka masa panjang mungkin buku itu membantu mereka menjadi lebih berjaya atau sekurang-kurangnya mereka akan memberitahu rakan yang terdekat dari mana mereka dapat buku tersebut. Mudah bukan?

Sebenarnya tidak susah untuk mendapatkan pembaca baru, tetapi bagaimana nak kekalkan mereka untuk terus baca dan membaca itu yang agak sukar. Tetapi sekiranya ada kesungguhan dan anda pandai menjaga hati pembaca, percayalah mereka pasti setia dan rajin berkunjung kembali. Satu kelebihan sekiranya blog anda diminati oleh mereka yang sudah lama bertapak, maka skop jaringan akan lebih besar lagi kerana tidak mustahil mereka akan mengajak rakan-rakan untuk datang berkunjung.

Related posts



25 Responses so far.

  1. deennasour says:

    aku tertarik pada no.1,2,6 dan 10,,
    erm,,ya ya,,jadilah pembangkang,,
    anda akan mempunyai musuh atau kawan baru,,
    erm,,yg no.10 tuh,aku sedih,,,,,

  2. ahib0205 says:

    hehehe betul tu! sy sokong! (komen yg sempoi jek :P ) kesimpulannya memang nk cari visitor baru ke site kita tu mudah sgt bg sy. tp, yg nk kerap visit tu. ha, pasal nk kerap visit tu salah satu cara Jaringan blogger. Memang seronok sgt kalo kita ada jaringan yg kuat sesama rakan blogger kita. Thanks for everyone… tanpa anda semua sy takkan terus berblogging :)

    • vangardx says:

      nak ada repeat visitor..kena kekalkan pengisian..disamping itu dari sudut teknikal kena ambil kira jgk..contoh page loading, kemudahan nak komen respon dari admin dan sebagainya :D

  3. [...] vangardx added an interesting post on 10 idea mendapatkan pembaca baru ke blog andaHere’s a small excerptHalina Mohd Yunos married (107); 4 beautiful premium wordpress theme by malaysian (102); Getting banned from google (11); New theme on progress (26); How to check who linked your blog/web via Google BlogSearch (7); Basic golf etiquette … [...]

  4. mazudi says:

    9. Mesrakan blog anda dengan enjin carian

    Ini agak penting dalam proses nak dapatkan pengunjung. Perkara utama yg nak kena buat ialah, pastikan content website anda betul dengan kehendak carian pengguna. “jam murah atau jam adidas”. Kena pastikan juga ianya mudah untuk manusia dan enjin carian baca. Pembolehubah utama yang digunakan oleh enjin carian bila nak bagi rank pada website adalah berdasarkan relevancy kandungan sebagaimana yang telah di index oleh enjin carian tersebut sebelumnya.

    Boleh paham ker ni…
    Anyway, good info bro.

    • vangardx says:

      er..aku paham sket2 je tu..salah satu cara lagi ialah gunakan permalink %postname% agar address blog kita menjadi seperti ini

      bloganda.com/entri-terkini

      berbanding default permalink

      bloganda.com/post=12

  5. syia says:

    betul2.. smue points tu memang betul tapi letih kalau nak buat smue tu.. jadi kite relex je hehe

  6. Azhar Ahmad says:

    Ya, tidak susah untuk mendapat pembaca. Konsep saya hanya satu. Setia… Itu sahaja

  7. abid says:

    what a full of shit.. if you had known that would work.. why don’t i see any different from your blog… what do i mean by different…?? use your common sense..

    p/s you suck

    regards,

    abid

  8. Qaiyum says:

    Yaa.. Pembaca Anda Adalah Aset Yang Penting. Sayangilah Pembaca Anda Seperti Anda Menyayangi Kekasih Anda.. Kalau Ader La.. :D =

  9. peyus says:

    10 idea yg bernas..=D

  10. HaRiZ says:

    aku tambah no 5 tu kene berstrategi…nak nak pasang iklan gogol…dan strategi tu ko jugak pakai aku tgok untuk memastikan iklan si gogol tu muncul dalam blog ko…hahaha…memang strategi ni sebenarnye bloggers malaysia yang pasang iklan gogol kat page mereka tak sedar bahawa bukan blog 100% Bahasa Inggeris sahaja yang boleh “lepas” terpampang kat blog mereka…Ia Boleh terpampang dimuka depan blog jika berstrategi BI “Cilok” pada muka depan blog…hehehe…nanti aku try buat thread pasal ni…maybe sedikit sebanyak leh membantu dan realize Bloggers Malaysia tentang peluang2 yang ada….Jadikkan bahasa Malaysia antara Bahasa yang diterima pakai di iklan Gogol seperti bahasa indonesia….heheheh

  11. borakbola says:

    sedara vangardx.sudikah buat tutorial pasal trackback itu.sebab saya dah ponat carik tak dapat2 nak wat gak.abis noob dah nie..hehe.mintak jasa baik

  12. top0 says:

    idea no 1
    idea no 2
    idea no 3
    idea no 4 <track back.. aku baru je tau maksud bnde ni)
    idea no 5
    idea no 6
    idea no 7
    idea no 8
    idea no 9
    idea no 10
    patutlah traffic aku mcam rollercoaster….

    • vangardx says:

      haha, bagusla kalau dah tau :D konsep dia mudah bukan?

      entri kau < - trackback -> entri blog lain

      saling kaitan, kiranya kalau entri tu berkaitan, mungkin dari 10 pembaca, 2-3 org pasti singgah blog kau pulak guna link tersebut :D

  13. top0 says:

    bro tlong delete comment atas… terletak tag la….
    idea no 1 (sdang dijalankan)
    idea no 2 (sdang dalam proses.. nk tuka link??? hohoho)
    idea no 3 (????? aku sdang memikir maksudnya…)
    idea no 4 (track back.. aku baru je tau maksud bnde ni)
    idea no 5 (top0 sedang membuat iklan percuma di sini)
    idea no 6 (yg ni ssah sket..)
    idea no 7 (I’m available… ade sape2 nk jemput???)
    idea no 8 (aku da ketagih nk mnulis… inilah hasilnya..)
    idea no 9 (blogku mesra goolge..x caya cuba try..hohoho)
    idea no 10 (aku berikan kasih sayang dan senyuman pada pelawatku…)

    patutlah traffic aku mcam rollercoaster….

  14. azrin says:

    Dan kalau awak diGam ‘WORST BLOGGER OF THE YEAR 2007 (NON-US) pon..boleh buat site awak overload…

    tapi iklan semua abis ah…

    azrin @ http://www.kedai.tv

    *(cuba teka mana site yang aku kena gam)

  15. [...] I only found this information to share you guys. It also benefits me alot. Here are another way to get money from your blog « Finally, I shoot them [...]

  16. I dont truly know what you talking about here. This cant be the only way to think about this can it? It seems like you understand a lot, so why not explore it more? Make it a lot more accessible to everyone else who may not concur with you? Youd get a great deal a lot more individuals behind this if you just stopped making common statements.

Leave a Reply





CommentLuv Enabled