10 teknik mendapatkan penajaan
Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, untuk entri kali ini saya ingin berkongsi idea atau pendapat saya mengenai cara-cara mendapatkan penajaan dari pihak pembekal web hosting. Secara ringkasnya saya bahagikan kepada 3 perkara iaitu 10 teknik mendapatkan penajaan dari pihak web hosting, 5 kebaikan setelah ditaja dan 5 keburukan setelah mendapat penajaan tersebut.
1. Entri yang berkualiti – Bohong! Itu yang dapat saya katakan jikalau anda mendapat penajaan dengan menulis sesuatu yang tiada makna atau lebih berterus terang – sampah. Lainlah anda seorang ikon masyarakat, artis popular dan sebagainya. Contoh entri ringkas Heliza Akademi Fantasia yang telah mendapat beratus-ratus komen dari pembaca. Cuba bayangkan berapa trafiknya sehari?
2. Kekerapan menulis - Purata update anda dalam seminggu menunjukkan tahap komitmen anda terhadap sesuatu perkara yang anda ingin kongsikan. Ada perdebatan mengenai isu berapa minimum posting yang perlu dibuat dalam seminggu? Pada saya, semuanya bergantung kepada pengisian untuk setiap entri yang ditulis. Apakah perasaan anda setelah menunggu selama 7 hari, entri yang diupdate itu kurang dari 10 patah perkataan?
3. Gaya penulisan – Hal ini agak subjektif kerana setiap orang berbeza gaya bahasa dan penulisannya. Ada penulis suka membahasakan diri sebagai aku dan sesetengah pembaca merasakan perkataan aku itu agak kasar. Pada saya, selagi ia mudah dibaca dan difahami itu sudah memadai.
4. Topik yang sesuai – Perkara yang spesifik atau niche yang baik akan menarik minat pengunjung yang berterusan. Nilai diri anda sama ada ingin menulis sesuatu yang anda tahu atau yang banyak permintaannya? Pada saya, minat akan mendorong kita kepada perbuatan yang serius dan komited berbanding memenuhi permintaan orang lain (pembaca)
5. Bijak mencari peluang – Setiap orang berbeza pandangan dan pendapatnya. Sebagai contoh ada perkara yang disengajakan seperti Akademi Fantasia. Apakah topik yang anda boleh manipulasikan? Senarai lagu mingguan? Gossip cinta pelajar akademi? Koleksi gambar tenaga pengajar? Lirik lagu akademi fantasia? Candid photo af? Isu hangat? dan banyak lagi. Itu belum kira pengekploitasian domain dan subdomain lagi.
6. Promosi – Web atau blog yang tiada promosi sama je dengan rumah hantu yang tiada nama tetapi orang tahu rumah itu rumah hantu. Paling kurang pun laman anda itu sama sahaja dengan ribuan laman web lain yang diwujudkan setiap hari. Banyak kaedah bukan untuk promosi berbayar mahu pun percuma.
7. Jaringan sosial – Saya bukan berkongsi mengenai kebaikan social networking site seperti Muxlim, Hi5, Facebook dan sebagainya kerana saya lebih mengutamakan offline networking seperti menghadiri gathering, seminar dan apa jua aktiviti yang dianjurkan. Penyertaan itu membuktikan kewujudan anda dan meningkatkan kredibiliti diri di kalangan komuniti.
8. Pamerkan prestasi semasa – Saya rasa semua orang terutamanya bakal penaja sangat sukakan statistic bernombor. Saya sendiri suka melihat statistik blog saya dalam bentuk carta pai, graf, gambarajah, peta dunia dari aspek bilangan pelawat sehari, seminggu, sebulan dan setahun, daily unique visitor atau dari mana pembaca anda datang. Luangkan sedikit masa untuk mengkajinya, percayalah jika kena pada caranya ia pasti membuahkan hasil.
9. Cerita & Isu terkini – Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakkan pembaca yang membaca akhbar online mahupun offline akan merujuk kepada search engine jika mahu mendapatkan info yang lebih jelas kerana terdapat batasan maklumat di akhbar. Garaplah artikel-artikel yang bersesuaian berdasarkan prinsip 3S (Seks, Sensasi, Skandal) jika anda mahu tahu kesannya.
10. Mesra enjin carian – Beramah mesralah dengan enjin carian seperti Google & Yahoo kerana tanpanya anda terpaksa bekerja dengan lebih keras lagi. Cuba kaji adakah laman anda SEO Friendly, kekerapan search engine spiders crawl laman anda, permalink, meta keywords, web descriptions, script validity dan banyak lagi kerana ia akan mempengaruhi keputusan carian.
Sekian sahaja untuk entri kali ini, ilmu itu milik semua, wassalam. Sebenarnya entri ini ingin dipublish di Blog Webmaster Malaysia namun atas beberapa kesulitan saya publish di sini.


[...] & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, anda sudah baca entri 10 teknik mendapatkan penajaan dari pembekal web hosting? Jika sudah, ikuti pula sambungannya di sini. Saya ingin berkongsi idea [...]
pergh… great info bro.. thanks for sharing..
Aku suka entri ini. Indah tapi kasar. Hehe..
titans last blog post..How to exchange E-gold to Webmoney?
thnx for the tips bro..
sukiminnas last blog post..mybloglog bugs?
i have a wordpress hosted and blogspot hosted blog
somehow entries that i published to the wordpress blog can easily been searched by google search engine.However sadly , the entries from my blogspot hosted blog hardly listed in google search engine, even when i key in exactly the whole title of the entries..
anybody knows why?
sukiminnas last blog post..mybloglog bugs?
[...] blog, somewhat like mine.You can find a big range of topics there. From Proton Saga BLM bodykit, tips on getting sponsorsfor your blog (in Malay) and also topics like [...]