6

3 cara ponteng puasa

Posted September 20th, 2007 in Personal by vangardx |


Share This Post

Salam & hello semua, sudah hari ke berapa kita berpuasa di bulan ramadan ini? Dah ada yang ponteng ke? Alhamdulillah, saya setakat ini masih belum ada yang tertinggal, cuma sahur tu je kadang-kadang overslept :p Sebentar tadi saya menerima kunjungan dari luccadjiwa di blog ini dan ada entry yang beliau tulis menarik perhatian saya.

Membaca entry blog sejuk pula membuatku tersenyum sorang-sorang dihadapan screen compaq b3800 yang berkeliaran semut diatasnya (puas dah aku buang tak habis-habis lagi semut ni) Ceritanya begini, di bulan puasa zaman kita kecik dulu-dulu bila ke kedai runcit dengan ayah, pasti kita teringin dan mengambil jajan, cikedis atau gula-gula yang menarik perhatian kan? kemudian di saat itu juga ayah pasti menjegilkan mata (maksudnya tak boleh dan kita pun letak la balik) Malamnya semasa sembahyang terawikh, kita nampak tok imam punya kain pelikat terselit di celah punggungnya, maka dengan niat untuk menolong kita pun pegila tarik kain itu keluar dari celahan dan taktala itu pula si ayah pun menjegilkan mata, seakan memahami kita pun masukkan balik kain pelikat itu diikuti dengan jeritan tok imam itu tadi :p Begitula alkisahnya

Terasa ingin menjawab tag luccadjiwa iaitu 3 cara ponteng puasa masa syamsulariff kecik (masa tu taktau apa-apa lagi)

1. Togak air di peti sejuk – menunjukkan sikap rajin mengemas didapur dan apabila line clear buka peti ais kemudian minum air yang sejuk dan nyaman, kedeguk kedeguk, ahhhhh…

2. Minum air kolah – mandi tengahari kononnya nak sejukkan badan. Ambil gayung dan bayangkan anda sedang minum milo ais, kedeguk kedeguk, ahhhh…

3. Korek tekak guna jari - bluerk bluerk dan tunjukkan yang diri kurang bermaya seolah-olah rehidration, pasti ada hidangan special untuk anda

Anda pula bagaimana?

* Gambar pertama di bandar tasik selatan masa hockey training, gambar kedua di restoran kepala batas, gambar ketiga di medan ikan bakar kat bertam, pulau pinang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like us on Facebook


6 Responses so far.

  1. sejuk says:

    thank sebab sudi baca entry sejuk :) apepun kita mesti ada kisah yang nak dikongsi bersama..
    p/s : pose yang kantoi tu dah ganti ke belum..hahahaha

  2. [...] Pernahkah anda ponteng puasa dan apa alasannya? Yang ni boleh baca entri 3 cara ponteng puasa saya [...]

  3. atiqah says:

    assalamualaikum……….

    kelakar ar awak ni……..kah3
    kesian pun ada,mana x nya niat nak membantu pak imam tu disalah ertikan…………
    dan 3 cara ponteng puasa awak tu saya dah pernah buat,semuanya kantoi……wak2 kecik2 tu ar.hehe

    assalamualaikum……

  4. MujahidEEn says:

    assalamualaikum

    padam r blog ni
    klu org wat, ko gak dapat dosanya
    nak tanggung ke beribu-ribu dosa org yg melanggar RUKUN ISLAM???

    nak jd pengkhianat Allah ke?

  5. setuju dgn mujahideen. Cara nak ponteng puasa ni patut tak wujud. INGAT, ganjaran (pahala) puasa yang diganti (qada’) pada bulan biasa tak akan sama dgn berpuasa pada bulan ramadhan yang sebenar.

Leave a Reply





CommentLuv badge