Vangardx.net » Blog Archive » 5 kesan negatif daripada penajaan web atau blog

5 kesan negatif daripada penajaan web atau blog

Uncategorized May 13th, 2008

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, anda sudah baca entri 10 teknik mendapatkan penajaan dari pembekal web hosting? Jika sudah, ikuti pula sambungannya di sini. Saya ingin berkongsi idea dan pendapat mengenai 5 permasalahan yang akan atau mungkin timbul setelah web atau blog mendapat hosting sponsorship.

1. Limitasi pengiklanan – Anda terpaksa mengawal selia pengiklanan yang masuk kerana laman web atau blog anda kini telah menjadi hak esklusif penaja bergantung kepada kontrak yang dibuat. Sebagai contoh anda mempunyai advertising opportunity yang bernilai ratusan ringgit atau dollar tetapi terpaksa ditolak kerana iklan itu berkaitan dengan hosting company. Rugi tak?

2. Menulis secara paksaan – Ia pasti akan menimbulkan tanda tanya penaja kenapa anda tidak sekerap dulu menulis setelah diberi penajaan. Pelik bukan? Mereka berpendapat yang anda dulu aktif menulis semata-mata untuk penajaan tersebut. Itulah resam pelaburan, sudah dilabur pasti mahukan hasilnya.

3. Bersikap berat sebelah – Anda ditaja oleh syarikat hosting cap ayam. Adakah anda akan menulis mengenai kualiti yang teruk, perkhidmatan yang lemah, pengurusan yang tidak cekap syarikat hosting cap ayam itu? Mahu tak mahu kena bias, betul tak?

4. Tekanan persekitaran – Bayangkan kesan yang anda akan terima jika mempromosi sesuatu produk yang tidak berkualiti kepada rakan-rakan dan taulan. Itu belum kira pandangan komuniti blogger lain terhadap anda. Anda mungkin dicop sebagai orang tengah, subahat, songlap dan banyak lagi. Itu baru dinilai dari satu sudut.

5. Penuhi kehendak penaja – Anda seorang yang bernasib baik jika mempunyai penaja yang tidak kisah dengan anda setelah mereka menaja. Bayangkan anda terpaksa menurut kata mereka satu persatu. Contohnya, mereka tahu blog anda mempunyai ranking yang begitu baik di search engine. Mereka menyuruh anda mempromosikan produk mereka, laman-laman lain yang mempunyai business relation dengan mereka dan sebagainya secara keterlaluan. Apa perasaan anda?

Itulah antara perkara-perkara yang ingin saya kongsikan pada entri kali ini. Pada pendapat saya, tidak salah jikalau kita mendapatkan penajaan tetapi sebelum sesuatu kontrak itu ditandatangani semaklah dulu latar belakang syarikat hosting tersebut dari aspek perkhidmatan pelanggan, server uptime, server speed dan sebagainya kerana ia akan mempengaruhi anda di masa akan datang. Jangan terkejut anda mungkin akan kehilangan pembaca setia hanya disebabkan isu 10-15 saat page loading.

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Berkongsi itu indah, wassalam. Entri ini juga ingin dipublish di blog Amirez namun atas beberapa kesulitan saya publish di sini. Baca 5 kebaikan setelah blog atau web ditaja di blog Mazudi.

I'm blogging to improve my English. Encourage me by subscribing to my blog. Enter your email address and click subscribe to show your support.


4 Comments »

Comment by Afzai Afandi
2008-05-13 02:00:32

Pada aku semacam tiada kebebasan apabila kita ditaja kerana banyak syarat yg perlu kita patuhi.

Afzai Afandis last blog post..Bangganya Aku Kepada Ibuku

 
Comment by topo
2008-05-13 02:13:02

hohoho da dpat sponsor pon banyak gak susah nye ye.. aku ingat kalo da dpat sponsor da bleh senang lenang da…

topos last blog post..convert tulisan rumi kepada jawi secara online

 
Comment by artakus
2008-05-13 10:47:31

syam..kalau benda nie jadi kat ko..mane2 penaja yg nak advertise banner, ko bleh suh buat kat website aku je..hahaha.

 
Comment by titan
2008-05-13 23:24:17

benda ini terjadi pada aku. Tapi aku tak pedulik. Kalau aku rasa produk itu hancur. Aku jawab hancur gak. Haha..

 
Name (Required)

E-mail (Required - Dont worry, we hate spam too)

Website or Blog address

Your Comment (smaller size | larger size)