5 perkara tentang wanita yang sedang haid
Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati, kali ini saya ingin berkongsi mengenai beberapa perkara tentang wanita yang sedang uzur. Fakta ini bukan 100% tepat kerana maklumat diperolehi berdasarkan perkongsian pengalaman dan bukan melalui sebarang kajian bertulis mahupun rujukan buku-buku ilmiah.
1. Emosi tidak stabil - wanita akan cepat marah dan mudah melatah dengan ransangan persekitaran. Jika tidak diatasi dengan betul ia boleh melarat dan berlakunya “perang dunia ke-3″ Hanya lelaki yang bersemangat waja sahaja mampu melayan karenah mereka.
2. Sukar membuat keputusan - ini juga memberi satu masalah kepada individu disekelilingnya. Setiap hari kita perlu membuat keputusan, kesukaran membuat keputusan bukan sahaja merugikan masa wanita tersebut malah kesannya juga dirasai oleh orang lain. Hanya lelaki yang bersemangat waja sahaja mampu melayan karenah mereka.
3. Manja berlebihan - terlalu garang pun tidak ok, terlalu manja pun tidak ok sebenarnya. Ini kerana permintaan untuk bermanja-manja secara berlebihan bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan individu terbabit malahan rasa kurang senang masyarakat sekeliling yang memerhatikannya. Hanya lelaki yang bersemangat waja sahaja mampu melayan karenah mereka.
4. Permintaan yang tidak relevan - kadang-kadang hal ini membuatkan individu yang terlibat (biasanya lelaki la) berfikir apa yang cuba dibuktikan sebenarnya? Menguji kesetiaan? Mengkaji kesungguhan? Menilai keikhlasan? Manakan tidak lelaki menjadi mangsa keadaan dengan permintaan yang bukan-bukan, mereka tahu wanita sakit tapi perlukah permintaan yang tidak relevan itu. Untuk menyelamatkan keadaan lelaki terpaksa membuat perjanjiaan setinggi gunung. Hanya lelaki yang bersemangat waja sahaja mampu melayan karenah mereka.
5. Bercakap dahulu baru fikir - ini memang kerap berlaku tidak kira tempat dan masa, kekerapan itu berkali ganda ketika mereka sedang haid, percayalah. Mereka akan mengeluarkan kata-kata indah ataupun yang menyakitkan tanpa berfikir dahulu. Tak percaya? Cubalah sendiri pada teman atau pasangan anda. Lelaki berfikir dahulu baru bercakap, wanita cakap dulu baru berfikir. Hanya lelaki yang bersemangat waja sahaja mampu melayan karenah mereka.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi pengalaman mereka, anda bila lagi? ![]()


period adalah alasan yg paling senang utk byk benda. haha!
antaranya?
aku salu kene yg no.1 tu,,,
bukan aku yg kene haid,,
kene tempias org yg dtg haid ni,,
adey~
biasala tu..lagi2 kalau org tu dah memang dah sedia ada garang..
ohoho berani sungguh kamu bercerita mengenai seorang wanita ya! hehe
erk..takut2 jugak nie
Hummmm entahlah…, Saya tak period… Ahahah
haha..saya pun..satu geng la nie
Biasalah tu. Waktu tu hormon tak stabil. Bukan sengaja nak mengada-ngada. Nasib baik la orang lelaki tak period. Kalau period macam kitorang ni ntah apa la agaknya berlaku. Hanya lelaki yg kurang peka je buat hati kering. Semua tu kan dugaan. Kalau rasa tak senang dengan keadaan orang pompuan saat tu, baik korang duduk sorang-sorang je. Jangan dok ngorat orang pompuan…apa pun hanya lelaki yang baik je yang faham masalah orang pompuan ni. Mereka akan terus bersabar sebab tak ada orang pompuan, tak ada la zuriat korang!….
erk..diam tunduk..
hai… ade pengalaman dtg period ker?… hehehe.. kalo pompuan yg terkenal ngan sifat lembut n penyabar pun leh emotional time period, agak2 kalo boys yg ganas,ego n emo ni camane yek???
mesti lagi emotional dari geng2 shila lah
huhu
ahh..bosan laa nk melayan pompuan period yang terlalu ikut perasaan ini. die ingat kita ni bahan nk kene tengking2 ke ape?. Bagi aku, untuk atasi this kind of gurl, just ignore je dia, diamkan diri. bila berdiam, bukan shj dapat elakkan pergaduhan, malah tkkan keluar perkataan2 yg tk enak didengar. Well, berdiam diri ini bukan maksudnyer kita tk care psl dia, tapi more on nk jaga relationship. So, girls2, pengawalan emosi itu amat penting, jangan ikut perasaan sgt..ok!
sama la..kalau dia marah..baik diam dan jgn melawan..ladies first
oh my goodness…syam is going to the next level by talking about women’s cycle.. but its a good topic.. but i also dont like women in their period state, but as a man i have to be understanding and take it all in and not make things personal…
PMS(female) versus PMS (male)
pre-madness syndrom versus patient must strive..
regards,
abid
bersabarla kalu nk pempuan.cuba fahami mrk. u choose to be with them,u must accept anything about them. ur live, u choose, not mine.
baik..paham tuan..terima kasih diatas nasihat anda..noted
hoho…silap besar la kalau seorg perempuan yg period tidak mengalami gangguan sbb dr segi gangguan emosi dan mengalami tanda2 seperti dinyatakan telah menunjukkan seorg perempuan itu adalah normal…
jika anda berpendapat, lelaki berhati kering sahaja yg boleh tahan dgn karenah wanita sdg haid, silap besar kerana lelaki adalah khalifah allah dan sebagai lelaki(islam or memana agama) dh diajar bersabr…
cuba bayangkan betapa sakitnya ketulan darah itu mengalir keluar dr tubuh kite..sedangkan setitis darah dr hujung jari pun susah terasa sakitnya hingga ke dasar hati………
salam,
mm
hehehe.. mana ‘eak nak carik lelaki hati kering nih.. hai.. nasib baik la kitorang kena sebulan sekali jer, klu hari2, ramai la lelaki badan kering agaknya.. sebab tu la Allah tak bagi kat lelaki, kalau tak, abih pupus orang pompuan dari muka bumi nih..
sekali dalam sebulan je kan rsnya..lelaki x berhati kering pn blh layan
JADI…MARILAH KITA BERAMAI2 MENCARI OSMAN KERING DISEBABKAN TAJOK FAKTA INI IALAH.. “LELAKI YANG BERHATI KERING”"..
aku buat dekk je klu dia merajuk pong.. klu lbiy, aku marah balik..ishk2..hehe..
pandai2 la kontrol diri..aku anggap fenomena sbulan skali camni bukan alasan untuk tetiba pompuan leh over reacting.
Tp tgk gk r..ada jugak gurl yang mempunyai masalah btul ngn haid dia. hurm..
mr.eims’s last blog post - Duta - Cinta Antara Kita feat Baizura Kahar - OST Dunia Baru The Movie
Ehehaa…lucunya balik2 “Hanya lelaki yang berhati kering sahaja mampu melayan karenah mereka”
Apapun tu semua disebabkan hormon tak stabil tapi ada sesetengah dapat mengawalnya dan ada yang tidak kerana ada sesetengah tu tindakbalas hormon berlebihan, tu yang susah nak kawal tu.
wahai jejaka-jejaka.ini betul - betul punya kejadian… kalo aku period mesti rasa mo marah or kdg2 mo nangis.. padahal hal kecik ja x-bf aku buat..betulla slalu pompuan kalo period tak pikir pun apa dia ckp…kalo lelaki tak nak paham susahla…
http://howimetthatguyjerks.blogspot.com
emoladys last blog post..yang aku tak paham tentang lelaki…
layannnnn je la…………….abis cerita…hahaha