8 soalan mengenai aidilfitri syawal

Gambar diatas adalah tempat belajarku yang tercinta diambil guna sony ericsson k550i ku yang baru :p Pada 20 september 2007, eriyza telah mendapat virus yang entah dari mana datangnya lalu disebarkan ke rakannya ien247, tanpa belas kasihan virus itu terus berjangkit ke zuhairie, beliau dengan suka hatinya merebak ke kak G, akak ini pulak dengan selambanya memberi kepada newbreeder hinggalah ke blog aku ini.
Begitu juga kisahnya virus atau lebih dikenali sebagai tag ini, bermula dari cikgu shahril yang sengaja mengacau nuratie dan dengan jawapan bongoknya berpindah balik ke aril (dua-dua blog dia tag), sampai ke affendiosman yang ringkas menjawab lalu disebarkan ke redmummy yang langsung tak jawab terus kepada aku. Ok mari aku jawab soalan-soalan yang diberi.
1. Sejak bila anda berpuasa penuh?
Seingat saya mula berpuasa penuh masa darjah 4, masa darjah 3 dan kebawah saya puasa jugak, cuma ada curi-curi makan la jugak tanpa dikesan.
2. Pernahkah anda ponteng puasa dan apa alasannya?
Yang ni boleh baca entri 3 cara ponteng puasa saya :p
3. Pernah bermain bunga api dan mercun?
Bohong kalau saya kata tak, mercun faveret ialah a bom, thunder flash, mercun telur naga, katak, lalat, bunga api yang belang-belang tu, bungai api cap kucing, bunga api yang boleh tukar-tukar kaler, mercun mancis, ketupat, meriam karbaid, roket, ish banyak lah..
4. Juadah kegemaran ketika berbuka
Untuk makanan berat takde yang special, tapi kalau kuih aku suka kuih seri muka, kalau kuih tu sedap aku makan 6-7 biji pun takpe, kalau kuih yang aku beli tak sedap, aku jamah dan biarkan ia basi..
5. Lagu raya yang diminati
Lagu nazam lebaran dendangan siti nurhaliza dan datuk k, suatu hari di hari raya oleh m. nasir, lagu kain pelikat oleh anuar zain, berlalu la sudah ramadan oleh anuar zain, selamat hari raya oleh rafeah buang, saloma, sillaturahim oleh bumiputera rockers, petikan gitar reggae di hari raya terkenang daku kepada si dia dendang perantau dari allahyarham tan sri p ramlee, erk yeke? (ish ada unsur-unsur SEO ni :p)
6. Beraya dimana tahun ini?
Untuk kali kedua beraya di Yong Peng, Johor setelah hampir 10 tahun tinggal di Kuala Rompin, Pahang. Orang johor mehla datang rumah, sape orang bp, muar, parit sulong, ayer hitam, parit parit jangan lupa invite aku datang rumah.
7. Pernahkan anda bertugas di hari raya?
Belum buat masa sekarang, tetapi confirm akan bertugas time raya dimasa akan datang setelah menerima mandat dari agung sebagai seorang pegawai tentera darat angkatan tentera malaysia. huhu
8. Kenangan manis di hari raya
Masa kecik-kecik menda ni berlaku la iaitu ziarah menziarahi rumah orang dan buat pertandingan sapa collect duit raya paling banyak, sekarang nie tak kot disebabkan arus perubahan, mereka lebih suka duduk dirumah layan astro, main playstation, tengok video 3gp melayu boleh dan lain-lain lagi, takde kelas katanya berjalan macam peminta sedekah
Aku macam biasa, tak list kan sapa-sapa untuk menjawab tag ini, anda boleh sukarela menjawab dan jangan lupa beritahu aku link dia untuk aku baca. Walaubagaimanapun, terima kasih tak terkira kepada penyebar tag ini kerana aku baru jumpa orang rompin. Ambilah banner ramadan syawal daripada aku sebagai tanda penghargaan. - Syam


eheheheh.. semakin menular virus itu semakin syiok lak tgk gelagat posa kitaa.. Mudah-mudahan bulan yg mulia ini dptlah kita meninjau balek apa yg telah kita lakukan dulu, dan perbaiki untuk masa yg akan dtg. Al-Quran membuatkan kita berasa tenang dan membacanya dan memahaminya. Sungguh indah ayat2 itu sehinggakan air mata pon jatuh mengalir
wau laju reply..huhu
selamat berbuka
Soalan yang payah dijawab bila anak tanya bila nak beli baju raya?Sedangkan la ni musim hujan dan bulan ni baru 2 kali pi menoreh getah.
Ada orang yang akan menangis mengenangkan ayah dan bonda.Sememangnya noslagia silam ini ada yang pernah merasa.
Berhari raya lah di rumah ayah dan bonda.Kesian mereka,dalam sebulan ramadha wajah kita senantiasa bermain di ingatan.
Kepada ayahanda di kampung anak mohon ampum.
Kepada bonda tercinta,anakanda cuma berupaya sedekahkan
AL- FATIHAH……………………………………amin
[...] ini aku nk menjawab persoalan yang diutarakan oleh Vangardx mengenai 8 persoalan yang sering ditanya dalam Hari Raya yang akan [...]
[...] kesempatan ini aku nk menjawab persoalan yang diutarakan oleh Vangardx mengenai 8 persoalan yang sering ditanya dalam Hari Raya yang akan menjelang. Banner raya untuk [...]