Vangardx.net » Blog Archive » Apakah ciri-ciri seorang lelaki perogol?

Apakah ciri-ciri seorang lelaki perogol?

Education July 27th, 2008

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, pada entri kali ini saya ingin berkongsi mengenai isu yang tak pernah surut kisahnya sama seperti kes ragut, curi, dadah dan banyak lagi. Rogol sering dikaitkan dengan perlakuan hubungan seks sejenis mahupun berlainan jantina secara paksaan namun begitu sekiranya hubungan intim itu di atas kerelaan individu itu sendiri ia juga boleh dikelaskan sebagai rogol jika belum cukup umur. Mari kita lihat bagaimana personaliti seorang perogol yang mungkin berada disekitar kita.

Menurut kajian yang dilakukan oleh  Rachel Samuel yang disiarkan dalam akhbar online Kosmo terdapat beberapa aspek yang boleh diambil kira iaitu:-

  • Usia - menurut beliau majoriti pesalah rogol adalah individu yang berumur 40 tahun ke atas. Yang muda-muda ada juga tapi tak ramai. Kenapa lelaki berusia? Mungkin ada kaitan dengan perkhidmatan, prestasi dan persembahan pasangan masing-masing kot.
  • Pendidikan - hanya segelintir sahaja perogol mempunyai kelayakan akademik diploma dan ke atas. Ini bermakna pendidikan amat penting dalam membentuk sahsiah diri atau mungkin mereka yang berpelajaran tinggi lebih berhati-hati atau tidak buat secara membabi buta?
  • Penempatan - kebanyakan mereka terdiri daripada penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman dan terpencil. Selain merogol, perlakuan sumbang muhrim juga sering berlaku. Bagaimana dengan kes di kawasan maju?
  • Hubungan - kebanyakkan mereka mempunyai hubungan baik dengan keluarga yakni cukup kasih sayang dan perhatian tetapi kenapa ia boleh berlaku? Adakah disebabkan kekangan ibu-bapa?

Di atas itu hanyalah kajian yang dibuat kepada kelompok individu yang dikaji kalau di Malaysia bagaimana?  Orang kata rambut sama hitam, hati lain-lain. Yang sudah berkeluarga bahagia pun boleh curang inikan yang tiada hala tuju. Selalunya wanita sering dipersalahkan, betulke wanita punca segalanya?

Related posts

I'm blogging to improve my English. Encourage me by subscribing to my blog. Enter your email address and click subscribe to show your support.


5 Comments »

Comment by jelilah
2008-07-28 12:48:58

macam mana pulak dengan ciri ciri wanita yang boleh membuatkan seseorang itu menjadi perogol.

 
Comment by atoiaziz Subscribed to comments via email
2008-07-29 23:13:00

oo.maksonya same jeNis pon kire roGol gak eh..
baru oden tau
Myb poMpuan pon tLg maenkan peranan caRik perogoL kot
seKsi sangat
zaman sekarang,,ladies first..

atoiazizs last blog post..eZAm uMNO penuh taKtik~~~

 
Comment by chot
2008-07-30 00:57:52

nanti ko buat plak entry “ciri2 lelaki yg akan diliwat” plak…miahaaaa..

chots last blog post..Izima Kaoru

 
Comment by titan
2008-07-30 20:53:03

waah..sampai camtu sekali ko tau yek..

 
Comment by usri
2008-08-03 12:41:24

insan memerlukan pendidikan agama yg cukup utk mengelakkan drp maksiat. setiap dosa yg dilakukan adalah maksiat.

 
Name (Required)

E-mail (Required - Dont worry, we hate spam too)

Website or Blog address

Your Comment (smaller size | larger size)