Salam & hello kepada semua pembaca yang dihormati, sekali sekala saya ingin juga berbicara dan ingin tahu mengenai pengalaman anda tentang kesan sampingan terhadap kehidupan anda daripada aktiviti berblog ini. Mungkin topik ini agak remeh atau membosankan namun saya harap anda semua dapat memberi input yang positif mahupun negatif. Saya terima seadanya.

Sepertimana yang kita tahu, aktiviti berblog kini sudah menjadi satu budaya dikalangan masyarakat yang mempunyai akses internet. Kita boleh mendapatkan maklumat, gambar, rahsia dan apa jua informasi sama ada ia menjurus kepada kebaikan mahupun ke arah kegelapan. Ok, berbalik kepada tajuk utama apakah kesan berblog kepada kehidupan anda?

1. Sosial – adakah anda kini mempunyai ramai teman dan sahabat yang sekepala? berapa pula bilangan musuh yang anda jumpa di internet? mungkin juga sifat malu-malu anda semakin berkurangan setelah menghadiri beberapa kali aktiviti yang dianjurkan oleh kalangan blogger seperti bowling, makan-makan, tengok wayan, rumah terbuka dan sebagainya. adakah teman-teman anda mula tidak senang akibat kekerapan anda berblog? bagaimana pula hubungan dengan teman teristimewa? adakah mereka memahami?

2. Masa – bagaimana pula anda bahagikan masa yang hanya ada 24jam sehari, 60minit sejam dan 60saat seminit? adakah anda sanggup menangguhkan waktu makan anda semata-mata untuk menulis entri? bagaimana pula tanggungjawab anda dengan keluarga? mungkin kadangkala terleka sehingga terabai masa bersama anak-anak? bagi yang gemar berniaga bagaimana pula ruang masa antara pelanggan dengan aktiviti-aktiviti lain?

3. Psikologi – adakalanya faktor-faktor persekitaran mempengaruhi gaya penulisan anda bukan? mungkin kerana tekanan oleh karenah pelanggan masalah itu terbawa sehingga ke kehidupan nyata. kemurungan dan stress yang tidak menentu? mungkin juga tekanan dari pelbagai sudut membuatkan anda mahu melupakan segala-galanya.

4. Kewangan - sesetengah pihak ada mengatakan sesiapa sahaja yang tidak mampu menjana wang melalui internet walau sesen sekalipun adalah amat rugi. mungkin ada benarnya penyataan itu tetapi sejauh mana tahap komitmen anda mencari wang melalui internet? jadi disebabkan terlalu mengejar kemewahan, apa kesannya terhadap anda? mencari pendapatan melalui blog? sanggup tidak tidur malam, sanggup menipu kawan, sanggup menghina teman, sanggup memusuhi sahabat, sanggup menindas yang lemah? apa kesannya?

Itu belum ambil kira faktor kelajuan internet, masalah hosting, keluarga, teman sepejabat dan sesiapa juga yang boleh mempengaruhi anda.

Bila dinilai kembali terdetik pula dihati ini untuk terus berhenti daripada berblog kerana pada masa ini, aktiviti ini banyak mendatangkan kesan buruk kepada aku, tetapi kenapa perlu aku berhenti? (jari telunjuk ini 50-50 nak tekan “delete blog“)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...