28

Apakah kesan berblog kepada hidup anda?

Posted December 3rd, 2007 in Uncategorized by vangardx |


Share This Post

Salam & hello kepada semua pembaca yang dihormati, sekali sekala saya ingin juga berbicara dan ingin tahu mengenai pengalaman anda tentang kesan sampingan terhadap kehidupan anda daripada aktiviti berblog ini. Mungkin topik ini agak remeh atau membosankan namun saya harap anda semua dapat memberi input yang positif mahupun negatif. Saya terima seadanya.

Sepertimana yang kita tahu, aktiviti berblog kini sudah menjadi satu budaya dikalangan masyarakat yang mempunyai akses internet. Kita boleh mendapatkan maklumat, gambar, rahsia dan apa jua informasi sama ada ia menjurus kepada kebaikan mahupun ke arah kegelapan. Ok, berbalik kepada tajuk utama apakah kesan berblog kepada kehidupan anda?

1. Sosial – adakah anda kini mempunyai ramai teman dan sahabat yang sekepala? berapa pula bilangan musuh yang anda jumpa di internet? mungkin juga sifat malu-malu anda semakin berkurangan setelah menghadiri beberapa kali aktiviti yang dianjurkan oleh kalangan blogger seperti bowling, makan-makan, tengok wayan, rumah terbuka dan sebagainya. adakah teman-teman anda mula tidak senang akibat kekerapan anda berblog? bagaimana pula hubungan dengan teman teristimewa? adakah mereka memahami?

2. Masa – bagaimana pula anda bahagikan masa yang hanya ada 24jam sehari, 60minit sejam dan 60saat seminit? adakah anda sanggup menangguhkan waktu makan anda semata-mata untuk menulis entri? bagaimana pula tanggungjawab anda dengan keluarga? mungkin kadangkala terleka sehingga terabai masa bersama anak-anak? bagi yang gemar berniaga bagaimana pula ruang masa antara pelanggan dengan aktiviti-aktiviti lain?

3. Psikologi – adakalanya faktor-faktor persekitaran mempengaruhi gaya penulisan anda bukan? mungkin kerana tekanan oleh karenah pelanggan masalah itu terbawa sehingga ke kehidupan nyata. kemurungan dan stress yang tidak menentu? mungkin juga tekanan dari pelbagai sudut membuatkan anda mahu melupakan segala-galanya.

4. Kewangan - sesetengah pihak ada mengatakan sesiapa sahaja yang tidak mampu menjana wang melalui internet walau sesen sekalipun adalah amat rugi. mungkin ada benarnya penyataan itu tetapi sejauh mana tahap komitmen anda mencari wang melalui internet? jadi disebabkan terlalu mengejar kemewahan, apa kesannya terhadap anda? mencari pendapatan melalui blog? sanggup tidak tidur malam, sanggup menipu kawan, sanggup menghina teman, sanggup memusuhi sahabat, sanggup menindas yang lemah? apa kesannya?

Itu belum ambil kira faktor kelajuan internet, masalah hosting, keluarga, teman sepejabat dan sesiapa juga yang boleh mempengaruhi anda.

Bila dinilai kembali terdetik pula dihati ini untuk terus berhenti daripada berblog kerana pada masa ini, aktiviti ini banyak mendatangkan kesan buruk kepada aku, tetapi kenapa perlu aku berhenti? (jari telunjuk ini 50-50 nak tekan “delete blog“)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like us on Facebook


28 Responses so far.

  1. syuxx says:

    well, it’s important for you to judge how you carry yourself on the net.
    if it’s affect you negetively, well just get out of it.
    but for me, i wont leave it.
    there’s a lot of +ve than -ve for me.
    :)

  2. fazamania says:

    kesan blog kepada hidup aku ?.. penah satu ketika , aku hidup mcm kera sumbang..lepak kat rumah dan layan blog,,itu dulu ..skang tidak lagi..

  3. Bat says:

    Yup, aku paham, sebab aku sendiri penah jadi camni…Tersepit antara dua haluan..Tapi, anggaplah benda ni seperti hobi(hobi yang serius), InsyaAllah boleh.. ^__^

  4. HaRiZ says:

    hahaha…betul ckap ko…berblog ni kadang2 dapat meluahkan ape yg tak dapat luar secara direct terus kat sesuatu situasi tu…dan kadang2 berblog ni macam satu Game yang kita sendiri Developernya…

  5. fazamania says:

    aku suke yg nombor 4 tu.

  6. sHazZy says:

    salam… ble taw sape nih???
    bdk saser or wat?? wateva.. salam perkenalan…

  7. afham says:

    i feel not comfortable..
    not always sleep..
    sleep in evening..
    awake early in the morning..

    but.. i’m sad..
    why?

  8. nZra says:

    kesan berblog kepada idup saye ialah…saye rase puas sbb dpt membebel (walaupun kadang2 sorang)
    saya juga dapat mengecheck semula apa yg telah saye lakukan berbulan2 dahulu
    (cam jawab slogan plak..muehehe..)

    yg nombor 4 tu rase cam nak try..tp tak tertry-try..
    anyway i dun have many readers. not worth trying kot?

    kot? pemilik blog cpat la advice!

  9. Fahmishah says:

    Aku berada lebih rajin bangun awal semata-mata untuk blogging dan tidur lambat untuk blogging.Blogging kuasa baru

  10. vangardx says:

    kalau nak bnyk reader senang je..pastikan kandungan blog anda berinformasi bukan sekadar diari peribadi.. :D

  11. Aizat says:

    Saya rase seronok berblog.

    Dapat belajar banyak benda2 baru

    Anyaway, anda dah kena tag..

    http://taszara.com/letting-spam-in-for-a-day/48/

  12. machevallie says:

    Vangard ko nak aku masukkan entry apa kat blog ko nih.. aku tak ada masalah. boleh jer… tak jadi masalah punyer..

  13. deennasour says:

    social – so many friend all over Malaysia
    time – 24 hour no sleep on weekend
    psikologi – make me think more forward,,,,
    money – ????? internet just for fun,,,

  14. am says:

    Mungkin topik ini agak remeh atau membosankan namun saya harap anda semua dapat memberi input yang positif mahupun negatif.

    -rasanya tak jugak nak rasa bosan.. ni lah caranya kita luahkan ekspressi dalam diri yang kadang-kadang buat kita tak senang duduk kalau tak menulis sehari..

    bab spend time tu.. kadang2 bergantung pada situasi jugak… kalau bizi yang amat, banyak benda yang nak kena buat memang kadang terabai jugak waktu tuk dengan orang lain… kawan rapat ada la 2-3 orang… kekasih -takde..

  15. zaki says:

    Kerja2 dan minat blog ni tiba2 datang dalam hidup aku…ntah kenapa la berblog ni jadi macam satu fenomena…

    Tak pe…minat punya pasal….pengorbanan memang banyak ….especially masa….

    Harapnya mendatangkan faedah jangka pendek dan panjang serta memberi impak kepada banyak orang.

  16. ArM says:

    blog bagi aku kesempatan nak luahkan isi hati..heheh

  17. syuxx says:

    blogging make me found a lot of hot chicks.
    hahaha.
    :P

  18. abdfatah says:

    so lazy for anathors works and i take a rest for blogging everyday i have time… but still blogging with my works same time…

  19. penkek says:

    ermm, kesan berblog? emosi lebih teratur agaknya..haha. kalau apa2 yang aku suka, tak suka, terlintas di fikiran, suma tulis kat blog. dan aku tak mahu dikenali. my feeling has never been this great. cool!!!

  20. Azhar Ahmad says:

    Yang penting, blog dapat melepaskan tekanan!!! Hoyehhh

  21. kentang says:

    hye…tp aku rase blog nih dpt wat aku rase happy lah…
    kalo x aku mcm siput jer melukut kt dlm opis nih sorg2..
    dgn berblog lah aku dpt ramai kawan…mungkin ade betulnye yg blog nih jugak ade kesan buruknya..
    tp tu lah blog nih rase best lah…dr aku x knl member2 dr mcm2 negeri skrg sume aku dh jumpe…dr johor,kedah,kajang,melaka,jepun pun ade…bile tension member blog lah bnyk tolong aku…wat lawak lah…wakakakaka…mmg best lah…hehehehe..paling best dlm blog nih aku jumpe n kenal sedare aku hahahahahaha..
    kalo x sampai ke mati aku x kenal di sedare aku..tu adalah salah satu kebaikan berblog nih…hehehehehe…
    bukan aku je yg suke berblog tp boss aku pong nek kaki tangan sekali…hahahahahaha…
    jd blog ni lah tempat aku kenal kengkawan.tenangkan pikiran,semua yg aku knal dlm blog nih sume kawan aku…
    dlm blog jugak aku dapat kwan yg sejati…heehehehehe…
    tu adalah kebaikan berblog…

  22. abdfatah says:

    begitulah berpengaruhnya blog sekarang. jangan ingat nak saje2 je nak buat blog. komitment kena ada… dan lebih2 lagi blogspot yang menjadi tumpangan ramai dan lain2 blog percuma… kalo ada bajet boleh laa buat blog atas nama domain sendiri…

  23. deennasour says:

    ye lah kan,,atas nama domin sendiri,,syok gak,,
    tp tulah,,hai,,duit2,,di mana kau duit~

  24. emet says:

    Berblog ni memang memberi kesan atas diri aku, tak kiralah dari segi positif mahupun negatif… Itukan lumrah.

    Anyway, stakat ni aku sronok berblog sbb aku dapat meluahkan apa yang aku rasa tanpa sebarang halangan… Dunia tanpa sempadan katakan.

    Cuma mungkin aku ada sedikit masalah pengurusan masa, sbb kalau ble tiap waktu nak online. :) But, aku cuba kawal masalah ni supaya tak melarat…

Leave a Reply





CommentLuv badge