7

Apakah kesan terhadap penulisan blog ketika sedang beremosi?

Posted May 21st, 2008 in Uncategorized by vangardx |


Share This Post

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, untuk entri kali ini saya ingin berkongsi 5 perkara yang mungkin berlaku ketika anda menulis blog dalam keadaan emosi yang terganggu. Seperti mana yang kita tahu, di dalam kehidupan seharian kita tidak dapat lari dengan pelbagai dugaan, cabaran sekaligus memberi kesan psikologi kepada individu terbabit.

1. Entri lari dari niche sebenar – Ketika menulis dalam perasaan yang tidak tenteram kita mungkin terleka dan penulisan lebih menjurus kepada sesuatu yang lain berbanding niche blog kita. Contoh, anda seorang penulis blog teknologi namun disebabkan ada sesuatu yang menganggu anda terus menulis tentang politik.

2. Menyentuh isu-isu sensitif – Ini mungkin berlaku sebagai tanda protes anda dan marah kepada sesuatu perkara. Contohnya anda bengang dengan seorang rakan wanita sekelas, terus tanpa segan dan silu anda mengungkit dan memburuk-burukkan perangai kaum wanita.

3. Perkataan kesat – Apabila hati dah panas rasional semakin kurang, saya pasti dengan mudah perkataan-perkataan kesat dan yang kurang enak di dengar terpacul atau tertulis di entri mereka. Anda pernah baca blog-blog yang melancarkan perang saudara?

4. Leteran VS Pengisian – Apabila emosi bercampur dengan ketidakpuashatian yang membara semangat untuk berkongsi sesuatu yang informatif kepada para pembaca akan pudar dan lebih kepada bebelan-bebelan yang membosankan. Setuju?

5. Membawa persengketaan yang berpanjangan – Bila hubungan mulai retak, hubungan mesra sesama blogger semakin berkurangan dan kesannya juga dapat di lihat melalui kurangnya penglibatan di dalam suatu komuniti, tidak mahu hadir TT atau gathering yang dianjurkan, bermasam muka dan mungkin ada yang membuat keputusan drastik untuk berhenti menulis blog mahupun delete blog mereka!

Anda pula bagaimana? Apa pandangan anda apabila penulisan blog kita dipengaruhi dengan emosi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share This Post


Like us on Facebook


7 Responses so far.

  1. syam says:

    aku juga kadang-kadang menulis blog berdasarkan emosi aku…
    aku sekadar mahu berkongsi perasaan aku dgn para pembaca

    syams last blog post..Dunia Aku Gila…

  2. emme says:

    Blog adalah komukasi dua hala, sama seperi kita borak dengan kawan2… kalau baik yg diperkatan, maka baik la kata-katanya…

  3. KNizam says:

    aku takde special theme. selalunya pasal jalan2 carik makan ngan cuti2 malaysia. hehe :)

    KNizams last blog post..Kedai Kopi Kluang Rail Coffee kat Stesen Keretapi Kluang Tutup Pukul 6 Petang Ya ! Hehe :)

  4. adik ct says:

    kenapa selalu tulis blog ikot feel sendiri ke?

  5. Adzrul says:

    Dulu2 ada jugak tulis blog ikut emosi sb at times mmg tension, but then saya decide utk take a year of hiatus from the blogging world. Baru je return skrg, sb kawan2 ckp buatlah blogging balik, cerita about upcoming life as a housemanship doctor. Heheh, macamlah ada masa but buat je lah dulu. Hopefully bila tension2 kerja takdelah mengumpat mengata dalam blog…insyaAllah.

    Saya baru starting out balik blogging. Jemputlah datang.

    Adzruls last blog post..The Writer in Me

  6. megat says:

    aku tidak menulis mengikut niche tertentu malah definisi blog aku bergantung kepada tiga keadaan asas sebagai manusia iaitu minda, emosi dan moral.

    aku rasa yg paling penting apabila menulis adalah cara kita mengolah cerita atau isu tertentu. nahasa kesat bukan dalam kamus penulisan aku eheh.

    artikel menarik, tahniah!

    megats last blog post..Demi Negara Tercinta!

  7. zool says:

    Aku biasa menulis dalam keadaan emosi..
    Biasalah tu..
    Blog macam2 boleh tulis…
    Tadahal

    zools last blog post..Peristiwa Awan Merah di Kuantan

Leave a Reply





CommentLuv badge