Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati, izinkan saya yang tiada knowledge dalam bola sepak (bak kata afham) menulis mengenai pendapat saya tentang perlawanan Champion League yang akan berlansung pada jam 3.30 pagi esok.

Pada pandangan saya, arsenal bukan tandingan gergasi eropah yang termasyhur dengan pelbagai kejuaraan, AC Milan. Walaupun pemain utama mereka (Kaka & Seedorf) dibelenggu kecederaan ia tidak bermakna pasukan ini tidak mampu menentang pasukan the gunners yang nampaknya semakin hari semakin tidak menentu prestasi mereka.

Pendapat saya persembahan Arsenal kini semakin hambar (tapi penyokong mereka kata main cantik, cuba takde finishing, kononnya la) keadaan bertambah buruk apabila salah seorang pemain mereka mengalami kecederaan kaki. Lepas tu seri pulak utk game hari sabtu tu (nasib baik betul Arsenal ni kan?) Dengar kata RVP (Van Persie) nak main malam nie.

Kita tunggu dan lihat sama ada benar atau tidak telahan saya yg tak seberapa ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...