18

Bagaimana memanipulasikan top commentator list

Posted January 21st, 2008 in Uncategorized by vangardx |

Salam & hello kepada semua pembaca yg dihormati sekalian, pada petang ini saya ingin berkongsi 8 idea spontan mengenai cara-cara memanipulasikan blog rakan-rakan anda yang memasang top commentator widget.

1. Gunakan nama yang menarik – kebanyakkan kita sekadar menggunakan nama pena, nickname dan sebagainya ketika meniggalkan komen. Cuba saudara/saudari menggunakan nama menarik seperti “gadis google” “daniella hantuchova” “maya karin” dan sebagainya. Ini akan menimbulkan tanda tanya siapakah insan disebalik nama2 tersebut, nah anda akan dapat klik!

2. Gunakan lebih dari 2 nama – ok sekiranya blog tersebut menyenaraikan 10 pengomen teraktif, cuba tingkatkan kekerapan komen utk menguasai tangga-tangga teratas dan juga yang dibawah kerana spot tersebut paling kerap diklik. Tambah-tambah lagi nama yang anda guna itu “panas”, nah anda akan dapat klik!

3. Jangan spam tetapi berbual – tanyalah sesiapa pun mereka pasti anti kepada spammer, maka jgn jadikan diri anda tergolong dalam kumpulan tersebut. Salah satu cara utk memberi komen yang banyak dan masa yg sama disenangi oleh semua org adalah dgn menjaga tutur bahasa, dan berikan pendapat yg berkaitan dgn tajuk. Ingat jangan lari dari fokus,  nah anda akan dapat klik!

4. Bookmark page yang ada top commentator list – ok siasat dan dapatkan seberapa bnyk blog yg ada memasang widget ini, dan aktifkan dirimu disana! Lagi bagus kalau blog itu adalah blog yg mempunya trafik yg tinggi, nah anda akan dapat klik!

5. Gunakan fungsi “subscribe to comment” – ini  akan memberi makluman kepada anda sekiranya terdapat maklum balas atau komen baru dalam entri yang anda subcribe, jadi untuk kekal selesa ditakhta ranking anda perlu aktif membalas, nah anda akan dapat klik!

6. Jangan guna email atau web yang sama – ini penting untuk mengaburi pihak admin atau moderator mengesan bahawa insan yang menulis komen ini adalah org yang sama rupanya walaupun anda boleh memberi alasan yang tak berapa kukuh iaitu anda menggunakan router bersama rakan sebilik maka ip address akan menjadi sama, nah anda akan dapat klik!

7. Guna proxy untuk lawat blog – oh nampaknya anda serius untuk mengaburi pihak atasan dari mengesan persamaan dari segi ip address, maka proxy boleh menutupnya. Tak pernah guna proxy? saya pun jarang guna sebenarnya, cubalah try kat blog sendiri, tgk apa hasil, nah anda akan dapat klik!

8. Cadangkan kepada pemilik blog untuk pasang widget top commentator - jika blog kesayangan anda atau blog favourite anda tiada fungsi ini, anda boleh cadangkan kepada pemiliknya supaya memasang dgn harapan anda akan menjadi top commentator diblog itu juga. Sukar menghubungi admin? rasanya setiap blog kini sudah ada link utk “contact me” apa lagi gunakanlah ia, nah anda akan dapat klik!

Haha, begitulah alkisahnya, walaupun idea-idea ini kadangkala saya rasa mcm kurang beretika apatah lagi menunjukkan keikhlasan kita meninggalkan komen, malah kita mungkin tergolong dalam golongan pilih kasih (yela pilih blog yg ada top commentator je) dan banyak lagi jika kita pikir dari sudut negatifnya. Kesan positifnya siapa tahu?

Related posts




18 Responses so far.

  1. chah_el says:

    hahaha…nice idea tp look “naughty” laa…lepas ni berterabur la komen kt sn sini…boleh pekena membe..

  2. Adi Putra says:

    saya nak cuba idea yang pertama tu dulu, tapi risau juga terkantoi….hehehe

  3. borakbola says:

    arghhhhhh.aku x faham lagi trackback.hahaha.nice tips lol

  4. Azhar Ahmad says:

    1. Ahahhaha, hanya satu laman web sahaja saya gunakan nama lain. Mista Potato. Ahahha, ehhh, nama galmer tu Azhar Ahmad… nguahahahha, perasan

    2. Lebih 2 nama? Aiyak… letih woooo… nak pula saya yang jenis setia. Hahahhaha

    3. Rasanya tak pernah spam lagi… Slalunya bagi komen kat topik yang menarik

    4 dan 5. Skang nih, org langgan guna RSS. Hummm saya sendiri guna Google reader…

    6 dan 7. Adeh, lotih la den

    8. Kalaulah dia guna wordpress kannnn

    Kalau blog tu nak bagi hadiah… Ahahahah… letihla….

  5. deennasour says:

    wee~
    adakah deennasour merupakan nama yg menarik?
    adakah deennasour menjadi spam pada blog ini?
    wakaka,,vangardx erm,,top di neutronic…

  6. lankapo says:

    syam,
    aku dah install plugin top commentator nih
    tapi tak tahu nak set kan dia

    bleh tlg tak?

  7. lankapo says:

    dekat
    blog.lankapo.com

    dah activate plugin, tapi kena letak coding kan?
    kat mana nak letak tuh

    thanks
    lankapo

  8. lankapo says:

    ok dah bro thanks
    byk2

  9. halimsaleh says:

    ohh good tip …. ape ke name aku samaran aku …
    berusseksi ha ha ha …

  10. Syed Ikhwan says:

    idea yg bagus! ianya lebih kepada pendekatan saikologi. banyak kena selam lagi ni. :)

  11. kanshiro says:

    nnt dok over2 lgsg xdapat….lg nanye jerk

Leave a Reply





CommentLuv Enabled