49

Bahasa Melayu semakin terpinggir di arena blog?

Posted November 20th, 2007 in Uncategorized by vangardx |


Share This Post

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati, sudah lama saya tidak menulis blog didalam bahasa melayu. Bukan hendak pinggirkan bahasa ibunda tercinta ini, cuma mahu belajar sejauh mana penerimaan pembaca dan pengunjung jika saya menulis blog didalam bahasa inggeris (saya tahu ramai yang tertawakan saya, ye saya mengaku hasil tulisan saya dalam bahasa inggeris amat lemah, mohon tunjuk ajar ya) Sebenarnya saya sudah dijangkiti satu penyakit yang baru saya sedari 2-3 hari lepas. Menurut doktor peribadi, saya telah menghidapi penyakit yang dinamakan Hepablogvitis Tahap 2 dimana simptom-simptom seperti kurang selera makan, rasa tidak tenteram, degupan jantung yang tidak sihat, dan banyak lagi akibat tidak dapat berblog. Terdapat 5 peringkat penyakit hepablogvitis ini dan menurut doktor saya bernasib baik kerana baru berada di tahap 2 dan masih boleh diubati. Simptom yang boleh dilihat adalah seperti berikut :-

Hepablogvitis Tahap 1 – peringkat awal, kadang-kadang rasa gatal dijari diiringi kentut-kentut
Hepablogvitis Tahap 2 – peringkat separa pertengahan, rasa tidak tenteram bila melihat monitor, mula berpeluh bila melihat perkataan “write new entry”
Hepablogvitis Tahap 3 – peringkat pertengahan, sistem perkumuhan tidak menentu, cirit-birit
Hepablogvitis Tahap 4 – peringkat bahaya, muntah hijau diikuti pendarahan hidung dan telinga
Hepablogvitis Tahap 5 – peringkat kritikal, boleh membawa maut jika tekanan darah terlalu tinggi sehingga menyebabkan salur darah di paru-paru bocor
* nampaknya penyakit ini perlu pemantauan segera oleh Kementerian Kesihatan Malaysia! Statistik menunjukkan bilangan blogger di Malaysia kian bertambah.

Haha, sebenarnya blog syamsulariff.com di dalam proses perpindahan server, tiada mood untuk menulis tetapi saya tak mahu pembaca yang datang tidak disajikan dengan entri terkini maka buat juga (saya amat berterima kasih diatas kunjungan anda semua) Ada beberapa isu-isu yang melibatkan database dan script sedang diselesaikan. Antaranya tiada toolbar untuk bantuan menulis. Haha, itu sebab anda lihat entri kali ini kosong je.

Untuk makluman pembaca sekalian, sesudah proses pemindahan selesai saya akan mengadakan satu pertandingan penulis komentar teraktif. Di sini hadiah yang disediakan bukan hanya kepada seorang pemenang sahaja tetapi berkat rezeki yang saya terima insyallah semua yang tersenarai nanti akan mendapat hadiah tidak kira dalam bentuk wang tunai, buku, keychain, baucer dan sebagainya. Nantikan sahaja. Sekian, wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like us on Facebook


49 Responses so far.

  1. c's kemn says:

    rasa2 penyakit ni berjangkit x?heheheh..akak rase berjangkit..tp pd golongan2 t’tentu je..sye xtesenarai..huhuhu

  2. c's kemn says:

    yang TAhap 5 tue..ade persamaan skit ngan simptom sye..tp salur darah saye yg bocor di usus..huhugugu

  3. c's kemn says:

    kalo kt xmenang..nk sume2 tue..agak2 dapat x?

  4. c's kemn says:

    kalo kt xmenang..nk sume2 tue..agak2 dapat x?sy nk yg sebagainya…hugugu

  5. balau says:

    agak2 sket cite psl pemyakit tu…kene betol2 kang baru tau…hahahaahaha….

  6. catzer says:

    patut monyok jerk,bawak bersabo erk. Masalah yg dihadapi site ko ni jarang berlaku. 1 dlm 1000 blogs berlaku, so kami sedikit pening2 sampai nak demam dah ni.

  7. overclock says:

    Aku nyer blog bahase melayu..:D

  8. icednyior says:

    test… test… (tadi dah tulis comment tp tak keluar plak :( )

    Rasanya ramai dah tak tulis blog dlm BM sbb nak dpt rating tinggi pakai keywords dan sbb paid post services kebykkannya hanya nak blog yg berbahasa inggeris. Byk blog skrang dibuka utk buat duit je, bukan utk tulis ttg hidup atau benda yg disukai.

    (amboi2 c’s, mentang2 la ada competition top commentators, trus u spam comment byk2 ek :P )

  9. overclock says:

    Aisey bro..Camner ko buat top commentator tuh..

  10. Azhar Ahmad says:

    Nah nah nah….Sudah diumumkan mahu beri hadiah… Ahahahha, tungguuuu… saya suka buat suprise!!!

    Apapun, saya sudah tahap kelima penyakit tu… Ahahahhaha

  11. od3n says:

    ngahahaha…..mane nk carik artikel psl panyakit nie lagi selain blog ko? aku nk tgk gamba mangsa2 yg pnah kene..

  12. ??????? says:

    haha..
    kronik betul ko ni laa…

  13. ??????? says:

    haha..
    kronik betul ko ni laa…

  14. c's kemn says:

    bahasa melayu terpinggir??spatutnya kita mengagungkan bahasa ibunda..huhuhu

  15. od3n says:

    aku pn sedang memblog dlm bahasa ibunda. terutama pasal teknologi dan komputer nih. nk tolong sesame kite supaya tau pasal info-info semasa dan komputer khususnya. jom tolong aku kalo ada mende-mende best. batu!!

  16. Afham says:

    bahasa melambangkan bangsa!!

  17. abdfatah says:

    you very cronical man. very cronic extreams…

  18. Abid says:

    you’ve been speaking and writing malay your whole life… give it a chance already…lets use english..down limit yourself…so typical of malay…

  19. Abid says:

    always with the Malay…im tired of reading a long sentence compare to English it is much simpler to read and memorize…

  20. syuxx says:

    yeah, im too. im blogging in english too improve my english.
    ngee~ but all my post have broken english. hahaha.
    but wont give up with that. am i true?
    but dont forget your mothertongue language.

  21. Izzatz says:

    ada kebaikan dan keburukan…

    blog dlm english dpt exposure audience yg lebey…BM plak mgkn sesuai dgn topik2 yg tertentu…

    • syuxx says:

      hihihi..
      i own two blog for that.
      1 english, 1 bahasa melayu, upps bahasa Malaysia.
      hehe.

      but my offical blog i use english.
      i dont know why :P . hehehe
      because i scare one day the gov will change their edu system to fully ENGLISH except bahasa.
      hehehe..

  22. Abid says:

    i dont think the government will totally change it to english since we are trying to enrich our own language.. :)

  23. syuxx says:

    but i heard a rumour that they WILL !
    hehe,,that just a rumour.

  24. deennasour says:

    oh man!!
    im at tahap 1,,,fuhh,,thanks god,,
    i always kentut2 when write somethi’ in the internet,,
    that why,,before i on9,,,
    i’ll make sure i don’t eat egg!!!!
    gagaga~

    p/s: my english also rubbish!!!

  25. [...] tadi kami ada baca some blog yg kami jumpa di Google seperti Stargazing In The Pink Moonlight dan Syamsul Ariff. Dan setelah kami baca beberapa keratan post artikel mereka, kami mula berfikir yang alangkah [...]

  26. ak rase internet nie untuk semua bahasa…terpulang pada org yg buat post…nk buat dlm english or malay or else :-P

  27. affendi says:

    Software penterjemah bahasa. Malay to English. Penterjemah Bahasa Lingovista.

    http://lingovista.googlepages.com/default.htm

  28. fauzi says:

    tapi aku suka kan bahasa melayu

    web designer

  29. Melayu boleh says:

    Bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa internet jika kita mampu memaksa pengguna internet untuk belajar bahasa kita. Caranya ialah dengan menjadi komuniti pencipta, tak kiralah pencipta reka bentuk laman web atau jentera perisian. Paling bagus kalau dapat cipta antivirus.. terhegeh-hegeh orang putih nak terjemah.

    Melayu bolehs last blog post..5 Melayu Boleh Blog For Educational References

  30. Fiesosque says:

    Just want to say what a great blog you got here!
    I’ve been around for quite a lot of time, but finally decided to show my appreciation of your work!

    Thumbs up, and keep it going!

    Cheers
    Christian, iwspo.net

  31. Fiesosque says:

    Just want to say what a great blog you got here!
    I’ve been around for quite a lot of time, but finally decided to show my appreciation of your work!

    Thumbs up, and keep it going!

    Cheers
    Christian,Diet Guide!

  32. lose weight says:

    Thanks bud. Nice website you got here. Have some extra sites to point to with more info?

  33. Hello There. I found your blog using msn. This is an extremely well written article. I’ll be sure to bookmark it and come back to read more of your useful info. Thanks for the post. I’ll certainly return.

Leave a Reply





CommentLuv badge