18

Bilakah tarikh Pilihanraya Umum (PRU) 2008?

Posted February 5th, 2008 in Uncategorized by vangardx |

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati, buat mereka yang mengambil tahu dan ada juga yang tahu tapi buat-buat tak tahu akan kehangatan demam pilihanraya umum tahun 2008. Kini bahangnya kian terasa, perang poster sudah bermula, media massa mula dipergunakan untuk menyebarkan agenda-agenda politik mereka.

UPDATED : Tarikh pilihanraya jatuh pada 08 MAC 2008 

Serba-serbi kelihatan membantu rakyat, memantau pembangunan, menyokong insan-insan yang lemah, projek-projek baru, rancangan-rancangan yang pasti membuatkan rakyat dan juga insan-insan yang terlibat terpaksa atau dipaksa bias didalam memberi undi, mungkin? Antara spekulasi-spekulasi mengenai pemilihan tarikh pilihanraya umum tahun ini.

1. Perlu diadakan sebelum April kerana selepas bulan April, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah boleh bertanding.

2. Menurut sabul2u sebolku, tarikh mungkin ada kaitan dengan kalendar perlumbaan formula satu iaitu pada 23 Mac 2008

3. Menurut zainulfaqar pula, PRU boleh berlaku dalam 3 jenis iaitu :-

  • Pertama, pasca pembubaran Parlimen Malaysia selepas permohonan PM mendapat perkenan DYMM YDA. Tatacara ini lazim dilaksanakan di Malaysia.
  • Kedua, apabila tempoh berkerajaan melewati umur 5 tahun atau sepenggal. Pada ketika itu, fungsi melaksanakan urusan negara diserahkan kepada caretaker government secara implisit walaupun mendapat perkenan DYMM YDPA kemudiannya.
  • Ketiga, PRU juga boleh berlaku atas insyarat badan yang lebih tinggi seperti ICJ atau PBB jika Malaysia berdepan atau selepas selesai perintah darurat.

4. Menurut cikgunuri pula, ia akan berlaku pada 21 Febuari 2008 yang mana katanya kabinet akan dibubarkan awal minggu depan.

5. Di penghujung bulan februari kerana pada ketika itu perdana menteri tiada aktiviti di luar negara.

Akhir sekali, rumah tumpangan sabul sebol menyatakan ramalan beliau bahawa pemandu pasukan Petronas Mercedes Benz BMW, Robert Kubica akan meletakkan logo keris di bendera negaranya iaitu Poland.

Ini bendera negara Poland, apa akan jadi sekiranya lambang keris diletak ditengah-tengah bendera itu?

Related posts




18 Responses so far.

  1. melayubuntu says:

    aisey..kne pulang ke mlesia sblm PRU.
    tunaikan tanggunjawab itu wajib..huhu

  2. farhan says:

    begitu la ramalan seadanya..nujum2 mula berkeliaran meramal bila waktunya PRU.lemas aku dibuatnya

  3. Azhar Ahmad says:

    Ahahahah, PRU – Makan free….

  4. WaWa says:

    macam-macam je spekulasi PRU. aku pelik lah, pak lah tak buka mulut lagi, tapi poster2 dah gantung. haih. sungguh lah.

  5. Rjuna says:

    Bendera Poland kalau ada keris=UMNO, wah ironis nya

    haha kau bermain keyword Sabul2u hihi

  6. Bila yer rsnya pilihan raya.. TUNGGU!!!

  7. zuhairy says:

    kita sama-sama tunggulaaa…Tapi yang pastinya sebelum bulan 4. Sebab pertengahan bulan 4 Dato’ seri Anwar Ibrahim dah boleh bertanding.

    Kalau beliau boleh bertanding, menang pulak tu, alamat bergegarla parlimen,hehehe

  8. deennasour says:

    kitorang dah ready dgn bilik gerakan bro! bulan ni ah rasanya~

  9. JimieRay says:

    Maklumat yang baru dapat, akan di adakan pada awal cuti persekolahan iaitu 8@9 hb Mac. Taklimat sudah di beri kepada petugas2 sekira ada kenduri kendara masa tu perlu di ubah tarikh kenduri tu.

    Nampaknya memang Pak Lah nak elak untuk bertembung dgn DSAI la tuu…

  10. maelbest says:

    ha ah,..aku yg x petugas ni pon dgr2 8@9hb gak,..mn aku dgr???hahaha,..

  11. [...] my dearest reader, did you know the official date for the 12th Malaysia election? According to our nujum pak belalang, it should be held by the end of this February or in March. By the way, Parliament dissolved today [...]

  12. dilla says:

    may be 2nd march 2008.waulahualam.

Leave a Reply





CommentLuv Enabled