Vangardx.net » Blog Archive » Cahaya di persetankan

Cahaya di persetankan

Uncategorized September 20th, 2007

Salam & hello buat semua, anda pernah dengar laman web persetankan? Ia adalah sebuah blog yang memapar dan menyokong hasil karya anak tempatan. Gambar atau fhoto memberi seribu makna di dalam menyampaikan sesuatu mesej, maka berdasarkan prinsip tersebut setiap gambar dihantar mengikut tema yang diberi. Untuk edisi yang ke-23 temanya adalah cahaya. Untuk tema pada kali ini aku menghantar 2 fhoto yang diambil dengan menggunakan kamera digital nikon p1. Gambar diatas ditangkap oleh aku ketika sambutan merdeka kali ke-50 di dataran wawasan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Nasib baik kali ini ada bunga api, kalau tidak hanya dikejutkan denganĀ  dentuman thunder flash (bom latihan), asap berkepul-kepul dari smoke grenade dan tembakan cahaya para flare (stok banyak, ini semua alat mainan askar) Gambar dibawah pula

aku ambil ketika sessi cabutan bertuah. Sedikit hampa kerana aku kurang bertuah :( hadiah yang aku idamkan ialah kapal terbang kawalan jauh dan ia kini milik mutlak junior aku. Buat pelajar UPNM, ini adalah gambar pokok yang dekat dengan tiang bendera, anda tahu dimana? Ok, berdasarkan apa yang ditulis oleh omarbahrin, tema CAHAYA pada kali ini menekankan cahaya sebagai subjek dalam fhoto. Penekanan boleh diberikan kepada keadaan cahaya dalam malam, siang, light trail, percikan bunga api, pemandangan atau potrait yang mengutamakan cahaya sebagai pemberi kesan utama kepada fhoto. Untuk melihat hasil fhoto-fhoto yang lain anda boleh nikmatinya di arkib dan kalau anda rasa info yang aku tulis tidak cukup lengkap mungkin page tentang mereka membantu.

Apa komen anda dengan gambar-gambar diatas?

I'm blogging to improve my English. Encourage me by subscribing to my blog. Enter your email address and click subscribe to show your support.


3 Comments »

Comment by Afham
2007-11-21 17:59:05

cahaya adala nur!!
ko kena faham..penyuluh!!

 
Comment by syuxx
2007-11-27 17:15:56

Persetankan, the best photography blog website in malaysia for me.
and2., im addicted to it.
it seems like a must for me to submit a photo in each theme. :)

 
Comment by boneka horta
2009-11-12 08:03:46

artikelnya menarik bos. update terus ya…salam kenal. Mau mainan anak yang menarik, inovatif dan interaktif? cek di http://hortaku.blogspot.com.

 
Name (Required)

E-mail (Required - Dont worry, we hate spam too)

Website or Blog address

Your Comment (smaller size | larger size)