Vangardx.net » Blog Archive » Colourful life

Colourful life

Graphic, Personal September 20th, 2007

Salam & hello buat semua, beberapa assignment telah pun siap untuk di review, persiapan untuk 4 presentation berjalan lancar dan petang ini aku ada sessi debate bahasa inggeris, why free trade agreement should be encourage? itu tajuknya dan aku berada di opposition side, banyak juga yang aku pelajari hasil daripada aktiviti ini, kita dapat tahu pro dan kontra untuk aktiviti free trade ini.

Berjalan-jalan melihat alam aku singgah ke blog mohdsuhaimy, wah dia kini sudah menjadi selebriti bersama-sama penulis buku yang lain seperti osman affan , zamri nanyan , eruwan gerry , irwan dahnill Kemudian aku dikejutkan (tak terkejut pun sebenarnya) dengan pendedahan alang tentang pendapatan tertinggi beliau sehari melalui adsense. Aku tak terkejut pasal aku rasa itu perkara biasa baginya, lainlah kalau aku yang tunjukkan screenshot itu, kamu semua layak untuk membeliakkan mata :p

Kenapa keyboard aku nie tak boleh tekan huruf K? Aku perlu tekan sedikit kasar untuk membolehkannya keluar di screen, adakah ini tanda-tanda awal untuk bertukar laptop baru? Mari kita lihat disebalik blog-blog itu, bagaimana gaya dan rupa workstation mereka, liewcf & johntp dah tunjuk, anda pulak bagaimana? Aku punya workstation kini diserang semut.exe (aku rasa dia buat sarang dah dalam laptop nie)

Makan makan dan makan, ramai orang beranggapan bulan puasa dapat membantu untuk mengurangkan berat badan, tapi sejauh mana kebenarannya? Di situasi aku sekarang, memang aku berpuasa tetapi event-event di sepanjang bulan puasa ini memaksa aku untuk banyak makan. Selepas berbuka di dugong restaurant, kelab darul ehsan tajaan tempat aku praktikal, Salihin Consulting Group, terbaru ada jemputan pensyarah di seri setia, selangor dan berbuka puasa bersama-sama rakan di shokogugy restaurant (mohon betulkan ejaan kalau salah) Tak makan rugi pulak rasanya, jadi kena la makan :p

Akhir sekali, aku ada beberapa misi yang masih tertangguh iaitu :-

  • upload gambar hockey
  • upload gambar makan-makan di pelbagai tempat
  • upload gambar untuk thestar thumbnail
  • update blog upnm yang kian suram

Gambar ini adalah gambar pokok di stadium pantai yang aku ambil setelah selesai latihan ok. Mahu source code untuk ditampal di friendster atau myspace? Tinggalkan request di ruang komen.

Selamat berpuasa semua - Syam

Related posts

I'm blogging to improve my English. Encourage me by subscribing to my blog. Enter your email address and click subscribe to show your support.


4 Comments »

Comment by junaidix
2007-09-20 15:29:16

a very nice banner :D never thought that one picture can be rendered into multiple style :D impressive..

Comment by vangardx
2007-09-20 16:34:51

thanks junaidix, itula kelebihan teknologi :D adjust2 dah jadi lain

 
 
Comment by palie Subscribed to comments via email
2007-09-20 16:30:09

lawa banner… bleh curi… hehehe…

Comment by vangardx
2007-09-20 16:39:53

jgn la curi, amek je la..takyah bayar :p

 
 
Name (Required)

E-mail (Required - Dont worry, we hate spam too)

Website or Blog address

Your Comment (smaller size | larger size)