Salam & hello kepada semua pembaca,  nampaknya bulan puasa ini kabur sinar harapan aku nak kuruskan badan walau sedikit kerana jadual aktiviti makan ku penuh dengan majlis berbuka puasa, makan bersama, gathering dan macam-macam lagi. Sudah hantar ucapan salam ramadan kepada rakan anda? Jika belum, dapatkan ia di sini secara percuma. Memandangkan aku seorang peniaga maggi kecil-kecilan maka tidak salah rasanya aku menjamu rakan-rakan sebagai tanda sokongan mereka terhadap jualan aku, ceewaah :p

Gambar di atas adalah beberapa pek maggi yang masih dibungkus, elok dan belum expired lagi. Dengan bantuan 4 water heater tajaan rakan-rakan syamsulariff sdn. bhd. maka dengan khidmat beberapa orang chef tak bertauliah, sessi masak memasak pun bermula.

Mula-mula kita masukkan semua maggi ke dalam watak utama entri ini iaitu encik baldi biru. Maggi boleh direnyuk-renyukkan, dipatah-patahkan atau masukkan sahaja seketul terus kedalamnya. Mudah bukan? Biarkan water heater menjalankan tugas mereka untuk beberapa ketika dan jangan lupa memasukkan perencah maggi itu tadi. Masukkan juga seluar dalam ops silap, masukkan juga sos maggi jika perlu, kicap tamin atau kicap cap kipas udang beserta ajinomoto secukup rasa.

Kenapa tawar sangat ni? Tambah gula cepat! kata ketua chef (berbaju putih) kepada anak buahnya. Korang boleh buat kerja cepat tak? aku lapar dah ni. Mahu tidak mahu mereka perlu dengar cakap aku, lihat sajalah tukang masak berbaju biru itu (penang mari), tunduk ketakutan.

Ok boleh makan sekarang, erk belum sempat aku ambil gambar sessi makan-makan dah habis dah? Memang kebuluran, dasar ikan piranha, gelojoh, pelahap semua ada. Maaf tiada gambar makan-makan, jangan salahkan aku, salahkan mereka.

Begitulah alkisahnya, paling menyakitkan hati lansung tiada kesedaran sivik dalam jiwa mereka, sampah dibuang merata-rata, ucap terima kasih pun tak (bukan la aku tak ikhlas tapi at least berbudi bahasa la sikit) bersepah,berminyak, kulit telur di sana-sini, plastik melayang-layang di ruang tamu rumah ku. Terima kasih, lain hari datang lagi. Aku nak kemas rumah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...