Disebalik selipar jepun?

Cantik, cute, simple, ringan dan murah. Mungkin itulah ungkapan yang sering kita dengar apabila bertanya tentang fancy flip-flop atau lebih dikenali sebagai selipar jepun. Walaupun dikenali sebagai selipar jepun namun pengeluar utama produk ini bukanlah dari negara Jepun tetapi datangnya dari tanah besar China. Didatangi dengan pelbagai warna, corak dan saiz pasti akan menarik ramai pembeli yang berbilang kaum dan tiada had umur didalam pemakaiannya.

Bagi para pelancong mahupun rakyat kita sendiri, penggunaan selipar jepun ini begitu meluas dan banyak syarikat fesyen muda-mudi seperti Tropicana Life, Chargers, Ecko Unlimited tidak kurang juga jenama-jenama ekslusif seperti Camel, Hush Puppies, Rider, Teva, Asadi, Adidas, Bata dan banyak lagi mengeluarkan produk-mereka berasaskan selipar jepun kerana marketnya cukup luas dan permintaan yang tinggi. Untuk kawasan yang berpantai atau berpulau seperti di negara kita pemakaian selipar jepun cukup santai dan simple lebih-lebih lagi si pemakai hanya mengenakan bikini bercorak bunga beserta kain batik yang pasti menarik pandangan mata disekelilingnya.

Namun begitu, akibat terlalu mengejar keuntungan, mungkin ada diantara pembuat selipar jepun ini yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan bahan kimia yang murah dengan campuran yang berbahaya bagi menghasilkan selipar jepun ini pada kos yang paling minimum. Tidak dinafikan juga alahan kulit kaki si pemakai terhadap getah (rubber) mungkin salah satu faktor berlakunya side-effect seperti yang terpapar didalam gambar.

Anda dapat lihat, kesan terbakar yang pada awalnya mungkin dianggap sun-burnt yang biasa apabila kaki kita didedahkan pada sinaran matahari untuk beberapa ketika. Namun tanda-tanda kemudaratan semakin jelas kelihatan apabila kulit kaki menjadi kering dan mula mengelupas.

Tiada tanda-tanda menunjukkan kaki itu semakin baik, yang menjadi persoalan kenapa hanya dibahagian yang ditutupi oleh tali getah selipar jepun itu sahaja yang luka. Adakah ini kesan dari penggunaan bahan kimia yang terlarang atau alahan kaki yang biasa?

Semakin hari semakin teruk, apa yang dapat kita lihat kaki sipemakai mula kemerahan dan ada tanda-tanda luka di celahan ibu jari kaki, apa pendapat anda kalau ketika ini kaki tersebut dicurahkan dengan air garam dan jus perahan limau?

Kering, sakit dan pedih namun itulah risiko yang terpaksa kita hadapi jika menggunakan barangan yang murah dan tidak berkualiti. Siapa yang hendak kita persalahkan? Syarikat mana yang kita hendak rujuk? Dimana tempat untuk kita menyuarakan hak kita sebagai pengguna? Anda tahu dimana?

Walaupun kesan luka menunjukkan tanda-tanda untuk baik, adakah anda sanggup membiarkan kaki anda sebegitu rupa selama beberapa minggu mahupun bulan (entah-entah bertahun agaknya) Bagaimana hendak berhadapan dengan orang lain? Bagaimana pula tatacara pemakaian anda? Bagaimana pula keselesaaan rakan sekeliling ditempat kerja? Motif saya menulis entri ini adalah untuk mengatakan bahawa tidak semestinya barang yang murah itu selamat, barang yang mahal itu berkualiti tetapi kita sebagai pengguna hendaklah berhati-hati. Sebarkan info ini jika anda ingin orang lain tahu.
Credit to : abid


adeh..sakitnya..kaki sape tu bro..
[...] blog anda kemas dan cantik. Bukan macam selipar jepun yang cantik tapi meyakitkan ( bukan “underconstruction” [...]
ishh..bertahun2 aku pakai selipar jepun kaki aku xdela jadik gitu huhu
jenama pe ko pakai tu waka..made in malaysia ok??
made in malaysia la trojan…beli rm3 jerk..:)
ish mahal tu, kat sini bleh dapat rm1.99 je tau :p
kat maner hang beli selipar 2 harga rm1.99
Kasihannya. tak sapu ubat ke?
dah bawak jumpa doktor dah..tapi camtu jgk
cian nyer…. cap aper la yg ko pakai 2.. aku pakai xde paper pun…
Memang sakit dan menyakit kan.
Terima kasih atas info tu. Lepas nie, saya x kan guna selipa jepun lagi
Saiful
http://1ringgit.co.cc
brkurun aku pakai slipar jepun.. orait jek..