Salam & hello to all my dearest reader, i’ve submit my entry for the blog contest but i think its not qualified thats why it not been published. So i want put it here in my blog. Just copy directly from my sent mail, no edit and 100% percent in Bahasa.
Syamsulariff Bin Mohamed 21 tahun adalah seorang pelajar Jurusan Sains Pembangunan Sumber Manusia di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Sg. Besi, Kuala Lumpur. Mula berkecimpung di dalam dunia “blogging” pada 3 bulan yang lepas dan giat menulis di blog peribadinya mengenai apa sahaja yang beliau mahu. Tiada pengkhususan yang tetap kerana menurut beliau “tulis apa sahaja yang terlintas dihati kerana pasti ada yang membaca dan menyukainya.” – Syamsulariff.com
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blogsendiri.com Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda, kamu dan saudara di belakang sana kerana sudah memiliki blog sendiri tidak kisahlah sama ada blog itu ditulis diatas platform yang percuma seperti di blogmas.com mahupun yang mempunyai domain berbayar seperti di Malaysia Web Hosting. Pokoknya kamu sudah berada di dalam satu rumpun keluarga yang ingin mencurahkan bakti melalui penulisan.
Malangnya ramai di antara kita yang berdarah panas, oh manusia bukan sejenis reptilia sudah semestinya kita berdarah panas bukan? Haha, bukan itu persoalannya, apa yang saya cuba maksudkan disini ramai penulis blog di kalangan kita mudah putus asa kerana hasil penulisan mereka yang boleh saya simpulkan sebagai original dan kreatif tidak mendapat respon atau maklumbalas dari pembaca. Mungkin ramai yang datang tergolong sebagai silent reader tetapi apabila statistic disemak, jumlah pengunjung pada bulan itu tidak lebih dari 15 orang! Jadi dimana silapnya? Trafik atau kemesraan blog anda untuk diindeks?
Ok saya ingin berkongsi mengenai cara-cara yang mudah untuk mendapatkan unique visitor. Pertama anda boleh mendapatkan trafik percuma. Tidak perlu rasanya saya terangkan apa itu Yahoo! kerana kalau anda tidak tahu maka itu satu misteri bagi saya
Ok konsep yahoo answer adalah untuk membantu orang dan juga dibantu orang dengan memberi jawapan atau mengutarakan permasalahan. Pilih sendiri anda mahu berada dimana, jika saya ditanya, saya akan menjawab “dua-dua sekali!”
Apa yang menarik disini anda boleh membuat carian siapa yang bertanya mengenai soalan yang berkaitan dengan bidang anda. Jangan terkejut kerana kadangkala anda akan berkata “lah, soalan macam ni pun nak Tanya ke?” Jangan tertekan, jawab dan tinggalkan link anda disitu dengan syarat jangan tunjukkan yang anda seorang spammer. Jadi anda perlu bijak memanipulasikannya. Itu kalau mahu promote secara online, bagaimana pula kalau promosi blog secara offline?
Kedua, anda tiada idea menulis? Sebenarnya amat mustahil bagi saya rasa jika seseorang penulis itu mengatakan yang beliau tiada idea untuk menulis. Mengapa? Cuba renung-renungkan. “syam, nak tulis apa ek kat blog aku?” “tulis jela apa-apa yang kau rasa kau tahu” “takkan aku nak tulis pasal kemalangan jalan raya kot, aku minat bola tapi tak tau la nak tulis apa, kang aku tulis pasal artis ramai pulak yang ketawakan aku nanti” Ok itu antara dialog yang biasa kita dengar bukan? Didalam memberi alas an saya akui ramai yang mahir dan ada yang dah boleh jadi pensyarah tanpa sijil untuk kursus kemahiran memberi alas an. Tapi sedarkah anda dari apa yang keluar dari mulut kita datangnya dari hati. Jadi disitu ada 3 idea yang boleh ditulis.
Antara tajuk entri yang boleh dikarang dan mampu menjana trafik sekiranya ia diolah dengan baik berdasarkan perbualan tanpa sedar anda itu tadi. 10 kemalangan maut paling dahsyat di Malaysia. Gambar pemain bola sepak Malaysia dengan kereta kesayangan. Artis melayu yang paling banyak berkemban didalam filem. Unik tak? Masih tiada idea lagi? Ok mungkin anda perlu dapatkan idea menulis blog dari 43things.
Jadi untuk menulis blog tidak susah sebenarnya lagi senang kalau anda seorang blogger kategori “copy and paste” haha..saya tak katakan yang anda begitu tetapi mungkin ada dikalangan anda yang sememangnya begitu. Bagi saya tak salah rasanya menyebarkan artikel atau hasil penulisan orang lain dengan syarat meninggalkan linkback kepada blog penulis asal atau lebih dikenali sebagai credit/trackback. Jadi kaji dulu diri sendiri apa tujuan anda sebenarnya berblog, kalau semata-mata untuk mencari pendapatan sila lihat video ini, dan bandingkan sejauh mana komitmen dan serius mereka dalam mencari wang dengan anda. Mahu jemput saya untuk menulis di blog anda? Huhu, layak ke? Sekian terima kasih. Wassalam
Yang ikhlas, Syamsulariff Bin Mohamed
Mazudi Mawardee ada berkongsi mengenai cara-cara menulis tajuk blog. Berkunjunglah ke sana




hehe….jgn lar perli…baru belajar sikit2…Klu saya tak tahu ke? ade salah ke? tolong lar ajar ye…
takdehal..tanyala..kalau tau aku jawabkan
sudah semesti boleh belajar dan terus belajar sehinggakan menjadikan blog anda krem pistil untuk seketika… hahahaa… itulah dia jika banyak sangat nak menulis… apa sahaja nak ditulisnya… alahai banyak info jadinya tu…
menarik2.. info oh info
info oh info? huhu..blog oh blog, web oh web
aku dari arituh tunggu~
insan bernama vangardx mengomen post aku,,
malangnya negatif~
dan tgh eran gak ni,,saudara abd fatah punya blog dari ari tuh tak dpt masuk2~
hahahaa… entahlah belum dapat settle apa-apa lagi. dan memang tak dapat nak buat apa-apa. untuk mengurangkan keboringan jem pistil web abdfatah tersebut… mari kita serbu web pilihan saya kali ini untuk membandwith limitedkannya… akakakaa
kena kluar budget lebih la
huhu
bukan mazudi, tapi MAWARDEE.
apapun, teruskan usaha bogging anda. saya dapati cara menulis saudara agak sempoi – tak lah tertekan bila membaca artikel saudara. gudz
sori ye..ramai sgt org nama2 seakan2 sama
Ah ah ah…
Mungkin ramai yang datang tergolong sebagai silent reader tetapi apabila statistic disemak, jumlah pengunjung pada bulan itu tidak lebih dari 15 orang! Jadi dimana silapnya? Trafik atau kemesraan blog anda untuk diindeks?
Humm, berdarah panas. Saya rasa lagi panas. Nak pula badan saya besar. Ehehehhe….
Silent reader memang banyak. Buktinya, kamu lihat blog saya, setiap hari, adalah 3 4 orang bagi komen, berbanding 200 – 500 orang pelawat setiap hari ke teratak. Rujuk http://webstats.motigo.com/s?tab=1&link=1&id=4059699
Jadi apa yang menguatkan saya. Bahasa mudah, bagaimana saya boleh menjadi pemblog tegar (bukan problogger).
Saya sematkan dalam hati, ini blog saya. Ia sebahagian dari jiwa saya. Saya menulis untuk diri sendiri. Jadi, jika apa yang kita buat sambil lewa, begitu jugalah perangai kita…
Hummm… udah…. Jangan bersedih, kalau kamu nak tahu, sepanjang 6 tahun sebagai pemblog tegar, sekalipun tak pernah menang mana2 pertandingan. Aha, orang nak kata tulisan saya teruk? Katalah…. Ini blog saya bukan…
Ahahah, terdarah panas pula.. Ahahhahahahha
ish cepat betul naik darah
dude.. i have a favor for you.. can you make me a blog.. an empty blog…
regards,
abid
bila tiba masanya aku buatkan