15

Gambar Kumpulan Carburetor Dung

Posted July 8th, 2008 in Uncategorized by Guest |


Share This Post

Hi to all my readers. Ini adalah kumpulan Carburetor Dung yang buat konsert masa perhimpunan PROTES. Cool juga diorang ini, berani tahap cipan :-p

Apa pendapat korang tentang aski berani kumpulan ini?

Gambar mereka sedang jamming

Penyanyi mereka dibelasah oleh pengunjung perhimpunan PROTES

Pertunjukan seluar dalam (macam boxer je?)

Reaksi pengunjung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share This Post


Like us on Facebook


15 Responses so far.

  1. mazudi says:

    Aku rasa, sepatutnya xtvt nyanyi ni tak perlu ada time tu.
    Tengok gambar mamat ni kena belasah tu, “padan muka” pun ada, kesian pun ada.

  2. sixtyoldman says:

    salah dia gak.. x psl2.. tayang bontot dia…
    lagipun vokalis dia pn ngaku slh dia
    gak…

  3. deennasour says:

    salahkan penganjur!!!
    sapa suruh jemput band nih!!
    tak salah jemput band rock bwh tanah nih,tapi tak sesuai le,
    jemput la butterfinggers ker..oklah jugak!!!

  4. menteil says:

    erkk!! teruk gak mamat tu..
    ok lah kalau dia dah ngaku salah..
    boleh jadi pengajaran…

  5. Islam is PeacE says:

    Entahlah anak muda sekarang menunjukkan apa yang tidak puas hati terhadap kerajaan dengan adegan yang boleh dikategorikan memang tidak sihat.dalam setiap apa pun majlis tidak sepatutnya berlaku keadaan sedemikian.sebagai seorang islam,kita kena tunjukkan cara yang lebih halus penyampaianya seperti majlis ilmu yang diselangi rasa muraqhobah terhadap Allah.Contoh isu minyak ni..mungkin boleh diadakan diskusi bersama rakyat tentang kesan terhadap rakyat malaysia tentang kenaikan harga minyak dan beban kepada rakyat.Bantahan dengan sejuta tandatangan adalah langkah yang sesuai menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.Ingatlah bahawa tugas seorang pemimpin itu amatlah berat kerana tanggungjawab terhadap semua rakyat.Dan itu akan dihisab di hari akhirat..kita sebagai manusia hanya mampu berdoa kerana doa itu senjata orang islam….Takbir..

  6. suatu pengajaran,nak buat statement pun agak2 lah kan haha

    yang penting dia dah ngaku salah n mintak maaf

    absi cerita tak payah panjang2 kan cerita..

    objektif nak bagi kerajaan nampak yg rakyat marah di tindas dah kabur pasal isu kecik ini diperbesarkan

  7. Islam is PeacE says:

    Kalau pendapat saya salah,,mohon maaf

  8. emme says:

    Biasa je la apa dia buat tu, cuma dia salah tempat la… Lagi pun dia terlalu “menghayati” lagu tu sampai tak dengar orang maki dia kat bawah… :lol:

    emmes last blog post..Luahan Saiful Bukhari : Buat Rakyat Malaysia yang dikasihi

  9. Norhafidz says:

    aku minat gile carburetor dung ni, haha, lagu dia best oo dulu, layan je..tapi attitude dia tak kena time tu, berani sangat

  10. budakmerah says:

    belasah tetap belasah. haha!

    budakmerahs last blog post..Gadis Berbaju Nipis

  11. kamikaze says:

    nie lah jadi nya Bila sosialis PKR di ketuai nuar berahim dan hishamuddin melalak rais bercampor aduk dengan lebai PAS>…yang untung muslimah2 pas yang boleh pulak bergaul dlm konsert…leh tengok boxer plak tu….nie lah di katakan PAKATAN RAKYAT MADHANI….

    kamikazes last blog post..MV Augusta: Jual Dulu Baru Cari Alasan

  12. lori says:

    carburator dung is one of the local band which come up since our early days of malaysian undergrounds

    the song was titled ” mari menjilat”…so, the fascist aren’t ready to accept us yet…

    [quote]

    petikan dari husammusa.com

    Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa: Jangan Salahkan Carburetor Dung

    KOTA BHARU : Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa meminta supaya semua pihak tidak menyalahkan kumpulan underground Carburetor Dung yang mengadakan persembahan nyanyian pada perhimpunan Protes anjuran parti Pakatan Rakyat kerana kumpulan itu berani membawa mesej kepada kerajaan.

    “Saya bukannya pro kepada band rock itu tetapi kalau kita dengar semula senikata lagu (yang dinyanyikan) itu ada mesej tertentu kepada kerajaan, cuma silap budak tu (penyanyi) buka seluar walaupun dalam konsertnya sebelum ini pun dia memang buat begitu, jadi pada malam itu tak baiklah dia buat macam tu,” jelasnya.

    Katanya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengadakan bantahan dengan cara keluar di jalanan khuatir pelabur berasa takut dan bimbang berlaku kekecohan dan terus menuduh PR sengaja menimbulkan ketidakstabilan kepada negara.

    Beliau berpendapat bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan tidak semestinya dengan berkasar sedangkan pendekatan secara ‘gentle’ boleh dilakukan.

    “Pada pandangan saya perbuatan (melondehkan seluar) boleh diperbetulkan, janganlah kita hukum dia sampai tinggal mesej lantang kepada mereka,”

    Katanya, kumpulan tersebut telah membawa mesej yang bersifat kritikal kepada kerajaan dan jika didengar semula lirik lagunya ibarat terkena pada batang hidung mereka (kerajaan) sendiri.

    “Kalau golongan muda seperti itu pun sudah boleh sindir kerajaan, ini menunjukkan sudah ada penyertaan dari pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan,” katanya.

    Beliau menambah perhimpunan itu adalah bukan untuk orang yang warak dan wali sahaja tetapi kepada semua pihak yang ingin suarakan bantahan. Baginya mesej yang cuba disampaikan pada perhimpunan tersebut sudah sampai matlamatnya tidak sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.

    Ahad lalu, vokalis kumpulan Carburetor Dung telah melakukan perbuatan tidak sopan dengan melondehkan seluar ketika mengadakan konsert pada Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Selangor. Lagu yang dinyanyikan ketika itu Mari Nyanyi Menjilat.

    end.
    [/quote]

    loris last blog post..The Pacesetters

  13. lori says:

    HANTURAYA PUTRAJAYA

    intro

    Suara mu yang lantang melawan, siapa punya?!
    Rumah mu yang mewah menawan, siapa punya?!
    Hidup mu yang kenyang senang lenang, siapa punya?!
    Kebebasan mu yang ada, siapa punya?!

    Cuba-cuba menaikkan suara
    aku heret, aku ikat, aku tangkap, aku sumbat!

    Cuba-cuba menaikkan kepala
    aku ketuk, aku lepuk, aku luku, aku cantas!

    Cuba-cuba mencelikkan matamu
    aku cucuk, aku sembur, aku genyeh, aku jolok!

    Jangan lupa, jangan alpa!
    Aku yang berkuasa!

    intro

    Cuba-cuba menaikkan suara
    aku heret, aku ikat, aku tangkap, aku sumbat!

    Cuba-cuba menaikkan kepala
    aku ketuk, aku lepuk, aku luku, aku cantas!

    Cuba-cuba mencelikkan mata
    aku cucuk, aku sembur, aku genyeh, aku jolok!

    Ingatlah wahai, manusia!
    Aku yang berkuasa!

    Carburetor Dung – Dec 2003

    loris last blog post..The Pacesetters

  14. orang biasa says:

    ye la tu…islam ker tu lagu dgn lirik mengejek, menyindir,mengutuk, bahasa lucah, nyannyi cam org giler, bukak suar..ops…lupa lak..dlm agama islam..”part ni” dibolehkan….tuhan paham…nanti aku check kalo2 ada nas atau hadisnya..but don’t get me wrong…aku bukan org umno, pas, dap atau pkr…aku org terkecuali…as a human..aku malu dgn semua ni…kata umno bodoh..tp kalo pandai takkan tak tau band underground mmg mcm nih..naper dijemput…naper tak jemput kump nasyid..pas tu suruh dia org nyanyi lagu tu cara nasyid..oo pasal dia org nyanyi pakai songkok ? so tau pulak lirik tu tak elok kalo pada kump. nasyid…so apa peranan band Carburetor Dung disini ? padahal kan dia org ni teramat bencikan band2 / artis sosial ni..tak paham aku..pikir2kan la

  15. I would like to include your blog to my blogroll please tell me what anchor should I use?

Leave a Reply





CommentLuv badge