Hikayat telur goreng terlampau Part 1

Salam & hello buat semua pembaca setia, hikayat ini adalah kesinambungan daripada hikayat-hikayat yang pernah aku tulis di nogold & carigold (lama dah aku tak update kat sana) Maka epik ini dimulakan dengan memberi linkback kepada orang kaya Sebol yang dah tak berapa betul, beliau hendak hadiahkan RM85 kepada sesiapa yang tangkap gambar telur goreng di pasar ramadhan. Oleh itu, tersebutlah sebuah kisah sebiji telur yang datangnya dari hasil persenyawaan 2 makhluk berdarah panas yang bernama ayam jantan dan ayam betina dari ciptaan tuhan yang maha agung.

Aku datang dari punggung salah seekor ayam diatas, terlalu ramai untuk aku mengecam satu-satu, kami hidup dalam keadaan aman dan damai, hingga pada suatu ketika aku diambil dan ketika itu tiada lagi suara mereka berkokok kedengaran.

Aku dibawa ke suatu tempat yang dipenuhi dengan masyarakat yang berbilang kaum, apa yang menghairankan mereka berjalan seperti orang berkawad, beruniform, berberet cuma bunyi tembakan meriam sahaja aku belum berpeluang untuk mendengarnya, dimanakah aku kini? Tak kisahla yang penting aku ramai kawan, cuma suasananya sedikit berbeza dari tempat asalku

Hm, tak ramai orang hari ni, takdela nak beratur time beli barang nanti, bisik syamsulariff didalam hatinya. Maka bersiap-siaplah syamsulariff berpakaian sukan, RM10 diambil didalam wallet tropicana life nya dan turun ke bawah untuk membeli juadah berbuka puasa.

aik, tadi takde orang pun? pelik, dan dan aku turun terus ramai orang? hm..kata syamsulariff sendirian dengan sedikit hampa taktala memerhatikan orang ramai yang pasti terpaksa beratur untuk membeli (aku tidak suka suasana padat, rimas) Maka syamsulariff pun mengorak langkah melihat gadis-gadis mungil kiri dan kanan juadah berbuka yang menarik perhatian untuk dibeli.

Dalam perjalanan itu saya nampak syamsulariff singgah di satu kedai untuk membeli telur goreng? Haha, nampak tak? itu abang saya dan kakak saya, dah tua dah (itu pasal bentuk mcm tu :p

Yang nie lagi tua, tgk tu pakcik ngan maksu saya, tgh gaduh tu pasal pakcik saya takmau belikan maksu saya gelang emas sempena raya. Pakcik saya kata kita telur goreng mana boleh pakai barang kemas, maksu saya kata boleh. Itulah perempuan.
To be continue
Sishoney anggap jumpa telur goreng bagai jumpa david beckham.
Rjuna terpaksa berpura-pura membelek handphone


[...] Contact me « Hikayat telur goreng terlampau Part 1 [...]
Peh hikayat tuu, ko tanya sebol(penganjur) telur dadar dalam bekas boleh ke? kategori Telur Goreng gak tu, ada harapan ko menang nih
haha..kau bacala hikayat ni tiga episod semuanya..apa yg dia nak..aku rasa semua ada kot
nice job bro… keep it work… kalU ada masa jenguk2 lah web blog aku…… http://qezediotino.blogspot.com
mekasih aman, tapi blog saudara error 404, mungkin alamat salah kot?
salam
ptg2 ni datang cari teloQ..nak masak berbuka,
idea dah abis nk masak apa..
so sebol suruh mai sini
bnyk recipe bleh buat..apa kata buat telur goreng hancur, lima minit masak, campur ngan sos sket, kicap last skali ngan sos tiram, nak kasi naik bau, tumis bawang sket..letak ajinomoto, secubit garam..pergh..meleleh air liur nie
[...] Untuk entry hikayat telur goreng tu aku menang RM20 dari sebol. 2. 15 orang maut kemalangan jalan raya dilaluan yang sama 3hari [...]
tak de cite lain ke…muka pun mcm teloq huaauauaahuaua
cite la….psl teloq ko yg tergantung tu…..
amboi lezer betul mulut mamat ni,sumbat ngan telor gantong kat mulut depa baru tahu..?hehehe