Vangardx.net » Blog Archive » Idea bisnes maggi mee segera

Idea bisnes maggi mee segera

Business September 4th, 2007

Salam & hello kepada semua pembaca yang dihormati, untuk entri ini, saya ingin berkongsi idea bagaimana untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan terutamanya bagi para pelajar yang ingin berjinak-jinak dengan perniagaan tetapi ingat ianya akan menjadi satu kesalahan sekiranya masa yang diluangkan lebih kepada berniaga daripada masa untuk belajar.

1. Kenapa perlu berniaga maggi atau mee segera?
Tak salah rasanya saya katakan ia adalah satu makanan yang popular dikalangan individu yang tinggal membujang di rumah sewa, duduk di asrama atau hostel, dan blok-blok penginapan universiti. Jadi apabila ada permintaan disitu ada peluang untuk kita membekalkan dan mengambil sedikit untung hasil daripada usaha kita itu. Untuk idea ini, saya fokuskan kepada penuntut di asrama, kolej atau universiti.

2. Modal serendah RM10
Keluarkan modal terlebih dahulu untuk membeli beberapa pek maggi. Ingat kata-kata ini, “nak gandakan duit perlu ada duit” Langkah awal adalah dengan membuat survey disekitar kawasan anda kedai mana yang menjual maggi paling murah. Kos-kos lain yang perlu diambil kira adalah kos pengangkutan, masa dan proses pembelian. Disini dengan berbekalkan RM10 saya beli 4 pek maggi beraneka jenis, RM2.50 setiap pek (ramai orang suka maggi kari, ayam, asam laksa dan goreng, jenis perisa ini terpulang kepada anda)3. Jangan malu
Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan bisnes kecil-kecilan anda tidak berjaya. Kita tidak perlu memiliki telefon bimbit yang mahal, pakaian yang berjenama untuk berniaga maggi. Ramai orang beranggapan (kebanyakkannya bukan yang berjiwa usahawan) seorang peniaga perlu ada gaya dan kaya. Bagi saya itu tidak penting, kita jangan malu berhadapan dengan kata-kata dari orang ramai, sentiasa berfikiran positif. Ayat yang biasa didengar “eleh, maggi pun nak jual” “ape la sangat untung jual maggi tu, takde kelas lansung” dan banyak lagi sindiran-sindiran yang sinis.

4. Mari berniaga
Seterusnya, maklumkan pada rakan-rakan sekeliling yang anda telah mengisytiharkan bahawa maggi-maggi tersebut adalah untuk dijual dan bukannya untuk dikongsi makan bersama atas dasar hubungan persahabatan (ini salah satu masalah yang biasa dihadapi) Ok, setelah mengambil kira kos-kos lansung dan tak lansung kita nilaikan sepeket maggi beharga 70sen. Jangan mudah putus asa, sekiranya barang jualan tidak laku pada hari pertama (mungkin ramai yang tak tahu lagi, usaha lebih sikit untuk promosi)

5. Waktu-waktu puncak
Berdasarkan pengalaman waktu barang jualan anda mencuri tumpuan adalah pada :-
pukul 10pagi (untuk sarapan agaknya)
pukul 3petang (baru bangun tidur, terlepas waktu makan tengahari)
pukul 10malam (bekalan tenaga untuk belajar malam, mungkin)
pukul 2pagi dan ke atas (ramai insan yang berjaga malam mengadu lapar)
Jadi sila pastikan pada waktu-waktu tersebut dan juga pada lain-lain waktu kedai kecil anda sentiasa terbuka untuk pelanggan, ini penting bagi membina reputasi sebagai seorang peniaga. Perkhidmatan yang baik akan menjadi bualan pada komuniti setempat begitu juga jika perkhidmatan anda tidak memuaskan.

6. Selepas 5 hari
Sebagai permulaan, anggap 4pek maggi tersebut adalah bekalan untuk jualan selama 5 hari. Ok, kini tiba masanya untuk buat kira-kira.

Modal : RM10 (untuk 4pek maggi, setiap pek berisi 5peket maggi, jumlah 20peket)
Jualan kasar : 70sen x 20 = RM14
Kos-kos sampingan : RM2
Untung bersih : RM2

Pengiraan mudah ini menunjukkan hasil jualan mendapat untung RM2 untuk 5 hari, dalam sebulan tidak mustahil RM12 didalam tangan, setahun RM240, betul tak? Itu belum kira dengan makanan-makanan ringan yang lain, peruntukan untuk makanan yang rosak atau dicuri, hutang yang tidak dilangsaikan dan sebagainya.

Buat masa ini saya anggap bisnes yang saya lakukan adalah satu hobi. Apa pendapat anda tentang entri yang saya tulis pada kali ini, tidak kira negatif atau positif saya akan terima dengan hati terbuka. Terima kasih.

Related posts

I'm blogging to improve my English. Encourage me by subscribing to my blog. Enter your email address and click subscribe to show your support.


25 Comments »

Comment by Qaiyum
2007-09-05 01:37:30

Wow. Bagusla Ko Ader Inisiatif Sendiri Carik Duit. Best Bisnes. Aku Suka Bisnes. Aku Suka Usahawan. Aku Sokong Usahawan Tani. Ewah.. Tapi Aku Paling Suka Makan Mee Ruski Tomyam. Cmane?

Comment by vangardx
2007-09-05 02:15:58

takde masalah pun, makan je la ape susah, dah kenyang, lama2 dia hadam nanti kluar balik, cuma tak elok makan selalu, bnyk bahan kimia dalam dia punya ramuan, ade lilin dan mcm2 lagi, sekali sekala layan la buat lepas rindu, erk aku lapar maggi goreng nie :p

 
 
Comment by soulof99
2007-09-05 04:13:23

Heh, satu idea ringkas yang baik. Patut dipraktikkan oleh mereka yang ingin isi duit poket skit. :)

Comment by vangardx
2007-09-05 11:05:01

tapi kena ada disiplin iaitu duit yg dapat rolling balik, jgn guna kalau tak takde mana :D

 
 
Comment by abghalim Subscribed to comments via email
2007-09-05 09:39:58

MAGGI MEE makanan orang CERDIK PANDAI.Dari tahun 1970an hingga kini ianya masih lagi popular dikalangan pelajar U,Kolej dan Asrama…fikir fikirkan

Comment by vangardx
2007-09-05 11:07:36

haha, ada org kata makan maggi otak jadi lembap, tapi setakat nie ape yg sy nampak, org2 yg pandai2 tu yg kuat makan maggi :D

 
 
Comment by zool
2007-09-05 10:43:50

Memang masa zaman-zaman aku belajo dulu ramai yang jual meggi .. ada gak jual sandwich..
tapi yang ramai jual rokok…
tapi berhati-hati sedikit sebab kalau meniaga kat IPT ni boleh menjadi satu kesalahan..

Comment by vangardx
2007-09-05 11:10:54

ya, rokok sgt laju jualannya, lebih menarik anda menawarkan pakej jualan sperti sebtang rokok, maggi dan telur dgn harga RM2.. tambah sikit lagi kiranya ada air tin atau kotak :D

 
 
Comment by abdfatah
2007-09-05 16:03:41

wah… pakej menu yang lengkap laa nampaknya… siap sekali order menu. meh sini satu nak order…

 
Comment by catz
2007-09-05 19:04:29

megi ni mknn rugi aku masa belajar, then skang ni kurengkan sikit..sbb tanam anggur, so cukup masa utk tido dan mkn dirumah..

lagi satu akupun takut gak effect nya nanti..hahaha..
nak bisnes ni kena ada bakat, bakat tak tahu malu, itu penting..:)

 
Comment by fazamania Subscribed to comments via email
2007-09-10 18:03:57

time raya neih…boleh lee wat maggie rendang…cicah ngan lemang..nyuummy..!!!! sodap tu

Comment by vangardx
2007-09-10 18:26:32

time raya orang tak pandang megi la..bnyk lagi benda lain yg bleh dimakan..mau kena hempuk ngan mak mertua kalau raya pertama kau jamu dia meggi :p

Comment by fazamania Subscribed to comments via email
2007-09-11 01:54:50

Ehh!! ada ape..ekekek, ingat lagi mak member aku dia masak kuih campur maggie sikit.. hahaha!!! klakar tapi sedap…

(Comments wont nest below this level)
Comment by vangardx
2007-09-11 07:56:41

ade ek? masak campur ngan maggi? camana rasa tu, mesti kuih tu ade rase kari2 sket :p

 
 
 
 
2007-09-22 13:58:42

[...] ramadan kepada rakan anda? Jika belum, dapatkan ia di sini secara percuma. Memandangkan aku seorang peniaga maggi kecil-kecilan maka tidak salah rasanya aku menjamu rakan-rakan sebagai tanda sokongan mereka terhadap jualan aku, [...]

 
Comment by waka Subscribed to comments via email
2007-09-26 00:40:54

haha..dulu aku masa belaja bisnes mee segera, rokok, kerepek…tp bende yang paling laku rokok haha..

Comment by vangardx
2007-09-26 20:06:11

rokok aku tak nafikan kerana ada pengikutnya yg tersendiri, jgn lupa pula pada rakan2 yg gemar makanan ringan, kesian, mereka lapar

 
 
Comment by Ngah Subscribed to comments via email
2007-09-26 12:30:14

untung 2 henget 5 hari? bila nk buleh pakai v6 camni?
huh.. baik jual rokok.. tka pun jual bege.. haaaaa… bege untung…

Comment by vangardx
2007-09-26 20:07:02

org tamak selalu rugi :D

 
 
Comment by julia Subscribed to comments via email
2007-11-19 12:02:25

salam semua….
sape2 student UPM yg berminat nak jd dealer nasi lemak leh call sy di ni 017-3069178. yb bestnye dpt komisen gan makan free ari2…..

 
Comment by abdfatah
2007-11-22 07:33:50

mop cleaner very popular to get new bussines starting.

 
Comment by deennasour
2007-11-30 22:14:38

my idea,,
i want to start a bissness also,,
erm,,egg,,
many of us eat maggi with an egg,,
so i want to sell an egg,,
gagaaga~

 
Comment by Azaharuddin.com Subscribed to comments via email
2007-12-25 16:25:34

Well done my bro! Otak ko ni mmg bergeliga kalo bab2 bisnes nih.. Boleh buat batu cincin kata Ahmad Nesfu…kekeke.. Tak kira apa perniagaan pun, yang penting semangat jati diri mesti tebal.. dan cemuhan2 yang kita akan terima dalam perniagaan.. itu lumrah… mana ada manusia yang pernah puas hati dengan kejayaan atau usaha org lain… Papepun, I wish you a very good luck, bro!!

Selamat Maju Jaya Dalam Perniagaan Maggi Ko!!!

 
Comment by soleh
2008-03-03 21:37:06

Salam,
Jual maggi nampak susah..sebab kene jaga makanan tu dari semut..jual prepaid senang lg..huhu..tapi modal pun besar le..
Pendapat deennasour utk jual telur..ermm x terfikir aku..ni bleh jadi bisnes yg menarik ni !

 
2008-03-20 21:35:39

[...] 18.03 kali ini sedikit berbeza. Banyak peningkatan ketara dalam hidup saya. Punya seorang isteri yang amat menyayangi. Kehidupan yang semakin selesa. Tidak lagi kesempitan wang waktu zaman bujang dahulu (selalu sgt makan meggi segera). [...]

 
Name (Required)

E-mail (Required - Dont worry, we hate spam too)

Website or Blog address

Your Comment (smaller size | larger size)