Syamsulariff.com » Blog Archive » Kain Tok Imam

Kain Tok Imam

Entertainment February 22nd, 2008

Be my guest blogger and get some juice from my blog. This post was guest blogged by Noktah Hitam, the author of Ourfwd.com - Free forwarded email resource.

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan emula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya…

Aku yang ‘konon’nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi.

Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Related posts

I'm blogging to improve my English. Encourage me by subscribing to my blog. Enter your email address and click subscribe to show your support.


2 Comments »

Comment by Azhar Ahmad
2008-02-25 00:38:41

kamu ni baik tak bertempat….

 
Comment by izman
2008-03-15 10:52:25

Kisah benar ke ni? senak perut baca. mmg kelakar, memang patut la tok imam tu melatah. kesian org kampung kena sembahyang semula.

 
Name (Required)

E-mail (Required - Dont worry, we hate spam too)

Website or Blog address

Your Comment (smaller size | larger size)