Syamsulariff.com » Blog Archive » Kamu ingat kamu pegawai atasan kamu besar?

Kamu ingat kamu pegawai atasan kamu besar?

Education March 23rd, 2008

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, kali ini saya ingin berkongsi mengenai pendapat melalui pengalaman saya sendiri yang berlaku sebentar sahaja tadi mengenai teknik berkomunikasi dan adab berbudi bahasa dengan orang lain.

Manusia adalah satu-satunya makhluk ciptaan tuhan yang cukup unik sekali kerana dikurniakan akal. Entri kali ini saya ingin menyentuh mengenai ego manusia. Di dalam angkatan tentera, kita dilatih untuk bersikap tegas dan yakin pada diri sendiri (sebenarnya banyak lagi) Malangnya apabila terlebih dan terlalu yakin terutamanya ketika berkomunikasi ia mungkin akan mendatangkan perasaan marah, benci dan juga persepsi yang tidak baik dari pihak yang satu lagi.

Contoh paling mudah, apabila kamu menaiki teksi awam untuk masuk ke dalam kem tentera. Setibanya teksi di pos pengawal (guard post) kamu hendaklah membuka cermin tingkap sisi dan beri salam jika pengawal tersebut berbangsa Islam (sekiranya kamu tidak pasti, tidak salah rasanya kamu memberi ucapan “Selamat pagi” atau “Selamat petang” diikuti pangkat. Kemudian beritahu destinasi yang ingin dituju dan jika perlu tunjukkan dokumen yang berkaitan seperti pas cuti, kad pengenalan dan sebagainya.

Bukannya berlagak sombong seperti kamu sedang menaiki limosin mewah menunggu pintu untuk dibuka sambil menjeling garang tanda protes kamu diatas tindakan pengawal terbabit menahan teksi limosin mewah kamu itu. Mereka hanyalah menjalankan tugas dan amanah yang diberi. Fahamilah dan selamilah situasi mereka.

Contoh gaya bahasa yang pada hemat saya sesuai untuk digunakan :-

  • “Selamat pagi/petang (pangkat pengawal tersebut) saya (pangkat dan nama kamu) hendak ke (destinasi kamu)”
  • Berikan dokumen yang perlu sekiranya dikehendaki berbuat demikian. Sekiranya diberi kebenaran cukuplah sekadar memberi ucapan “Terima kasih (pangkat pengawal tersebut)”
  • Lebih manis jika ucapan itu diakhiri dengan perkataan “selamat bertugas” disertakan dengan isyarat tangan, senyum dan menundukkan sedikit kepala tanda hormat.

Mudah bukan? Sebenarnya perkara ini tidak perlu diajar kerana sifat menghormati orang lain sudah diasuh sejak kamu kecil lagi. Cuma mungkin ada yang terleka disebabkan kamu lebih pintar dengan sijil-sijil akademik, lebih tinggi pangkat dan darjatnya berbanding orang yang menahan kamu itu tadi. Mereka juga manusia, ada hati dan perasaan.

Saya juga seringkali terleka. Ingat-mengingatilah diantara satu sama lain. Berbudi bahasa budaya kita. :D

Related posts

I'm blogging to improve my English. Encourage me by subscribing to my blog. Enter your email address and click subscribe to show your support.


3 Comments »

Comment by Azhar Ahmad
2008-03-24 13:50:57

masuk kandang kambing mengembek. masuk kandang kerbau menguak…

 
Comment by nazario
2008-03-25 03:02:49

autokratik.

 
Comment by Winie
2008-03-27 10:05:37

Kalau pribahasa yang sesuai yang saya tahu ” Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung “…Artinya kita sebaiknya mengikuti budaya dimanapun kita berada, termasuk budaya bahasa.

 
Name (Required)

E-mail (Required - Dont worry, we hate spam too)

Website or Blog address

Your Comment (smaller size | larger size)