Keputusan PMR 2007 memberansangkan
Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati, pertama sekali ingin saya ucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang didalam Penilaian Menengah Rendah 2007. Menurut KPM seramai 469,133 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini dan daripada jumlah itu, 437,888 calon atau 93.3 peratus adalah dari sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran. Kira-kira 17,771 calon atau 3.8 peratus merupakan calon sekolah kerajaan negeri, 13,095 (2.8 peratus) calon sekolah swasta dan 379 (0.1peratus) calon persendirian. Sebanyak 3,376 pusat peperiksaan telah disediakan di seluruh negara. Menurut laporan yang dipaparkan oleh Tv3 peratusan pelajar cemerlang pada tahun ini meningkat berbanding tahun 2006 tetapi bilangan pelajar yang mendapat gred E pun meningkat juga. Jadi bagaimana tu?
Pada pendapat saya, PMR hanyalah sebagai batu loncatan bagi seorang pelajar untuk terus belajar dan mendapat keputusan yang baik bagi peperiksaan seterusnya iaitu SPM. Kenapa? Sebab ada pelajar yang tidak mendapat keputusan yang baik semasa PMR tetapi cemerlang ketika keputusan SPM dikeluarkan.
Tidak kurang juga yang cemerlang semua peperiksaan tetapi tiada hala tuju. Sedarkah kita pada masa ini bilangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang kian meningkat tetapi sejauh mana kualiti atau keberkesanan peperiksaan itu. Adakah ia menjamin peluang kerja? Jadi saya rasa kita janganlah bergantung sepenuhnya kepada keputusan peperiksaan dan sijil kerana ia tidak menjamin masa depan yang cemerlang. Opps, mungkin agak keterlaluan ayat itu.
Kesimpulan saya, keputusan peperiksaan hanyalah sebagai panduan sahaja dan bukannya penentu masa depan. Jadi jika anda gagal jangan putus asa, satu pintu tertutup masih ada pintu-pintu lain yang terbuka. Er..boleh terima pakai ke entri ni?


mana tak meningkat,,
kalau dah tiap2 tahun markah untuk dpt A turun dan turun,,tak lama lagi,,dpt 10 markah je pun da dpt A,,
betul ni,,
tp oklah tu,,
daripada aku,,,hampir2 nak straaight~
saudara SYUXX kita 7A 1B,,tahniah~
gilerla syuxx..sambung study mana pulak lepas nie?
ekekee…. gua rasa nak hambik pmr semula laa. eh nak hambik pmr jugak nak dapatkan 10 A’zzzzzzzzzzzz…
Hummm betul juga…. hanya batu loncatan,…
ade org tak lulus cemerlang pun spm..tapi berjaya di peringkat seterusnya..kenapa?
lol. syams, cuba kau tambah “soalan bocor pmr 2008″ dkt tags tu.
aku konfem next year ramai visitor kat blog ni.
key yg panas dan jarang org pakai.
ekekeke.
soalan bocor? hahaha
tahniah syuxx~!!! yeedeh,,byk A dia dpt!
haha..ingatkan kau tak tau the power of tags nie
i heard from the news (tv3) that my former school is the best school in the state… since they hold the highest record for student who scores straight in PMR… clap..clap.. xoxo…
wah,,clap clap~ kembang hidung,,
adik aku plak dpt 9A..alhamdulillah..
tahniah..harap lepas nie cemerlang utk spm pulak
Kementerian pelajaran BiaseD! Taun ni sekola terbaik Malaysia adalah mrsm terendak! gps 1.004! tp x nk siarkan sbb mrsm uner kementerian usahawn! sbp yg lain plak bnyk dpt soalan bocor! mram is the best! MARA terus maju!
lupa nak bgtau! saya dpt 8A! X JECOH PUN! MARKAH SMUA 90 KE ATAS! SOALAN PMR TAUN NIE SENANG NAK MAMPUS! BUDAK TADIKA PUN BOLEH BUAT!HAHAHAHAHAHHAHAHA!
wahhhhh tahniah2
hi
WOW..HEBATNYA KAMU DAPAT 8A….cm na kamu study 2..m???..so touching la,huhuhu
tapi janla trep bijak sangat..masih ada y dapat mengatasi kebijaksanaan kamu dalam dunia ini….jan terlampau bangga dan puas hati
[...] keputusan SPM 2007 pada 28 Februari 2008. Jadi, diharapkan adikku yang ketiga memperolehi keputusan yang cemerlang. Doakan saya dapat menjawab ujian esok. Sekian. nuffnang_bid = [...]
he ekleh,sekolah aku pun ramai yang lulus pmr dan spm ramai dapat 9a and 1a tak kecoh pun.
tahniah2….teruskan usaha