31

Lelaki atau perempuan yang paling suka ambil kesempatan?

Posted January 29th, 2008 in Uncategorized by vangardx |

Salam & hello semua pembaca yang dihormati, sejak dua menjak nie aku suka betul baca artikel-artikel yang berkisarkan antara wanita telanjang dan lelaki. Kali ini aku ingin berkongsi satu lagi kisah mengenai perihal lelaki playboy dan wanita iaitu siapakah yang paling suka ambil kesempatan?

1. Atas dasar keselamatan perempuan cuba memeluk lelaki semasa membonceng motosikal dengan alasan cuaca sejuk dan juga takut terjatuh. Padahal selalunya jika lelaki membawa perempuan naik motorsikal, lelaki akan bawa slow-slow ajer. So pompuan tu macam amik kesempatan ajer kan?

2. Demi keselamatan perempuan yang berkasut tumit tinggi meminta lelaki memimpin tangan semasa menuruni tangga. Pada masa yang sama, lelaki juga di minta untuk mengangkat barang barang semasa menuruni tangga tu. Nampak sangat amik kesempatan kan?

3. Atas tiket keselamatan perempuan meminta lelaki jalan rapat-rapat dan berpimpingan tangan dengannya semasa berada di khalayak ramai kerana bimbang dia akan diraba oleh orang orang yang tidak berkenaan. Lagipun kalau lelaki itu hilang, siapa yang hantar pompuan tu pulang nanti. So, perempuan itu menggunakan sepenuhnya kesempatan yang ada!

4. Perempuan rasa keselamatan mereka agak terjamin jika teman lelaki mereka berjalan di belakang mereka. Mana la tau, time jalan-jlan tu terdapat “kebocoran”. Boleh jugak lelaki itu tolong cover-cover. Pandai betul amik kesempatan.

5. Perempuan tidak teragak-agak memberi number telefon kepada lelaki kerana pompuan tu mungkin boleh menghubungi lelaki tersebut kiranya berlaku kecemasan. Tak pun lelaki tadi boleh dibuat tempat menghilangkan kesunyian tatkala pompuan tu tengah boring. Hm..macam amik kesempatan je.

6. Lelaki dikatakan cuba mengambil kesempatan apabila menyuruh perempuan memeluk badan lelaki itu kuat-kuat semasa menunggang motosikal. Tapi sebenarnya lelaki tadi amat mengutamakan keselamatan perempuan itu tadi. Mana la tau, kot-kot terpelanting semasa dok merempit atas jalanraya.

7. Lelaki dikatakan cuba mengambil kesempatan apabila memegang tangan perempuan yang memakai kasut tinggi semasa menuruni tangga. Padahal lelaki tadi sebenarnya amat mengutamakan keselamatan perempuan itu. Takut-takut tergelincir. Maklum la, pakai kasut tumit tinggi ni bahaya sikit. Kalau boleh, laki tu nak dukung ajer perempuan tu.

8. Lelaki dikatakan cuba mengambil kesempatan apabila berjalan rapat-rapat dengan perempuan semasa berada di khalayak ramai. Tapi lelaki itu sebenarnya bimbang akan keselamatan perempuan itu. Takut-takut hilang ker, kena culik ker, kena ragut ker, kang naya ajer.

9. Lelaki dikatakan cuba mengambil kesempatan jika asyik mengekori perempuan dari belakang. Pahadal lelaki tadi sebenarnya cuba memastikan keselamatan perempuan itu terjamin kiranya ada unsur-unsur bahaya yang mungkin menimpa perempuan itu. Ini adalah kerana dengan berjalan di belakang, perempuan itu tadi takkan terlepas dari pandangan lelaki.

10. Lelaki dikatakan cuba mengambil kesempatan jika asyik meminta atau bertukar tukar nombor telefon dengan perempuan. Tapi sebenarnya, ini adalah salah satu langkah keselamatan kiranya jika berlaku apa-apa kecemasan, perempuan tadi dapat menghubungi lelaki itu. Maklumlah, malang kan tak berbau.

Jadi persoalannya? Siapakah yang paling banyak ambik kesempatan sebenarnya?

“Entri ini adalah hasil karya Encik 13May, kunjungilah ke blog beliau untuk bacaan-bacaan santai yang berkisarkan perihal lelaki dan perempuan. Pasti tak kering gusi!”

Related posts




31 Responses so far.

  1. mmuurrllyy says:

    pompuan amik kesempatan masa persekitaran cerah,laki pula masa persekitaran gelap :-P

  2. antimun says:

    hidup lelaki

  3. shahrilaley says:

    patut la aku mcm pernah baca kisah2 dalam entry ni rupenye ko refer to blog 13may…..

  4. acai says:

    pendapat aku, lelakilah, ehehehehee..
    lelaki boleh buat sesuatu tanpa ada perasaan..:)

  5. lutfee says:

    Oooo… patutlah awek2 aku yg dulu suka suruh jln rapat2…. rupanya diaorg amik kesempatan kat aku yer… ciss…

  6. shila says:

    sham, i dun think u have to put this kind of stuff inside ur blog… it sucks man!…

  7. balau says:

    ini satu bentuk diskriminasi terhadap kaum wanita….hidup wanita!!!

  8. memeng says:

    hurm… sama jer…
    tp kiter rase x sume pompuan n lelaki spt diatas..
    sbb kite pnah jumpa lah…
    hurm.. anyway nice comparison…

  9. nUUr says:

    haha.nice idea..tp 2X5 jer.laki ade jahat dan baik.ppuan pon ada jahat dan baik.

  10. titan says:

    Perempuan. Itu jawapan yang paling tepat bagi aku la..

  11. abdul says:

    ceh..
    selama ini aku di perkotak katikkan oleh perempuan…

  12. adi says:

    haha..tak t’fikir lak benda mcm 2. tapi ada pro & kontra gak..klau pompuan baca ni confirm ngamuk

  13. nurdaniella says:

    mana adil cam ni.. saja jer nak burukkan pompuan.. rasanya lelaki memang pandai ambil kesempatan dengan merekacerita sebegini rupa.. yang penting, tepuk dada tanya hati..

  14. nurul aqidah says:

    lelaki…kalo ada perempuan serah diri…dia ngap aje..

  15. syidi_cd says:

    mane2 on..bole je…same due2…
    jnj ingat2 sndr…kalo nk ngap pandai2 la plan,kalo xnk kne ngap plan la cm mane nk lari…haha

  16. korreq says:

    hidup lelaki…pompuan yg banyak amik kesempatan..hehehehe

  17. helmi says:

    aku rase pompuan la…lelaki xkan ambik kesempatan kalo pompuan tak start dulu…sebab lelaki lebih rasa malu sebelum nak buat apa2 kat pompuan tu…

  18. angah says:

    aku rasa dua pihak yang salah.x kawal nfsu sendiri kalu nampak cantik nk kapel!!! kalu hensem nk takel!!!! pikir2

Leave a Reply





CommentLuv Enabled