10

Mesin cop duit di UPNM

Posted October 9th, 2007 in Uncategorized by vangardx |


Share This Post

Salam & hello buat semua pembaca yang saya kasihi, alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dah kurnianya saya dapat menulis di sini. Gaji masuk awal, wah suka bangatlah bebudak nie pegi cucuk duit kat atm maybank bawah tu. Ingat jangan boros berbelanja kalau tak mahu kesesakan wang selepas pulang beraya, time tu la baru nak datang cari maggi kat aku dan bukannya bayar cash, siap hutang lagi. Agak-agak korangla berapa duit dah keluar untuk hari ini? Cuba bayangkan, disini ada 1000 orang pegawai kadet dan purata seorang keluar rm400 dari duit gaji, maka jumlahnya rm40000, fuh mesin itu memang betul-betul cop duit!

Nampaknya pelajar-pelajar di upnm ini sudah tidak sabar lagi untuk pulang bercuti (suara riang ria mereka jelas kedengaran ketika ini, kalaulah blog aku ini ada perakam suara mahu je aku kongsi keriuhan mereka dengan kamu semua) Aku pun dah dapat pas cuti, esok lepas kelas adult education bergeraklah aku ke puduraya mencari tiket bas untuk pulang ke yong peng, johor (haha..aku suka beli tiket bas last minit)

Syukur jualan dibulan ramadan ini tidaklah merosot sangat, cuma jualan bagi makanan agak kurang tetapi jualan bagi kad prabayar laju pulak, mungkin dah taktau nak buat apa, maka bersms atau calling-calling awek dan keluarga tersayang la tu. Aku tak jual kuih-raya, baju raya, keronsang, butang baju melayu dan sebagainya kerana tidak mahu bersaing dengan mereka. Yelah kalau semua sibuk jual kuih, tak ke berlaku lambakan kuih nanti.

Kira-kira duit syiling dari hasil jualan dah dekat rm200 rupanya, patutlah berat semacam je aku rasa, kalau lah duit syiling nie boleh dinilai mengikut berat pada harga emas 916, masyuk ni, tapi apakan daya ia hanyalah besi campuran biji timah, er..berapa harga sekilogram biji timah ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share This Post


Like us on Facebook


10 Responses so far.

  1. abid says:

    mana duit raya gua….

  2. Rjuna says:

    UPNM tu Universiti Pertahanan kat mana hah? KL ke? kaya kaya kaya pegawai kadet pun ada gaji yek, pasni leh la melawat kawasan tempat aku di LUMUT, ada pangkalan TLDM disana

  3. sodep says:

    amboi.. mementang lar banyak duit ko main tabOr ajer… meh sini hulur kat aku.. memandangkan tahun nie aku takda bonUs… uwaarghh… sadis..

  4. syuxx says:

    wahh! business people.
    ever things can be sell. hahaha..
    nice2.

  5. zool says:

    Wah banyak bisnes ko ek syam…
    Caiyoklah.. Aku baru merangkak dalam beberapa bidang,,

  6. afiq says:

    hii tuan dan puan semua

    jika anda sayangkan diri dan ingin jaga kesihatan diri sila
    layari website di bawah.

    SEJENIS MAKANAN KESIHATAN

    dan hubungi saya :
    EN FAIZAL : 019 – 240 3576

    http://newimagealphalipid.wordpress.com/

  7. afiq says:

    hii semua

    jika anda sayangkan diri dan ingin jaga kesihatan diri sila
    layari website di bawah.

    SEJENIS MAKANAN KESIHATAN

    dan hubungi saya :
    EN FAIZAL : 019 – 240 3576

    http://newimagealphalipid.wordpress.com/

  8. boneka horta says:

    menarik bos. update terus ya…salam kenal. Mau mainan anak yang menarik, inovatif dan interaktif? cek di http://hortaku.blogspot.com.

Leave a Reply





CommentLuv badge