Hi to all readers. Walaupun tajuknya dalam English, entry kali ini dalam Bahasa Malaysia. Tentera merupakan tunjang negara kita dan asas kepada pertahanan negara. Perkara ini terbukti kerana negara-negara yang mempunyai pasukan tentera yang kuat seperti Amerika Syarikat, Britain, Russia, China, dan Jepun adalah kuasa yang menakluki ekonomi dunia masa kini.

Sejak tubuhnya pasukan tentera di Malaysia, kerajaan telah banyak menggunakan duit untuk memajukan lagi semua pasukan yang ada dibawah Angkatan Tentera Malaysia. Sebahagian besar duit yang digunakan adalah duit rakyat iaitu anda semua yang sedang membaca artikel ini. Perkara penggunaan wang ynag banyak untuk ketenteraan pernah manjadi isu hangat di parlimen negara kita. Ada rakyat juga member pandangan yang negative terhadap usaha kerajaan terhaap pasukan keselamatan Negara kita. Adakah Malaysia tidak perlu mempunyai pasukan tentera yang mantap?

Kita ambil kira penambah baik yang terbaru dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Tentera darat kita kini dalam proses untuk menukar Steyr AUG kepada yang lebih baru (pada masa saya menulis artikel ini, saya tidak pastikan model penganti tersebut) Pengantian ini akan memerlukan berjuta-juta Ringgit dan persoalannya wajarkah perkara ini dilakukan.

Saya pasti semua rakyat Malaysia sudah tahu tentang pembelian Sukhoi SU-30MKM yang telah diserapkan ke dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia. Kemungkinan besar dalam terdekat, TUDM akan mengantikan Nuri dengan helikopter yang baru. Maka sudah pasti rakyat akan terasa beban kerana kerajaan akan cuba untuk mendapatkan duit dan sebagai rakyat kita akan menjadi mangsa. Pembelian seperti ini akan mengakibatkan wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara masyarakat dan komuniti akan disalahgunkan. Ini menjadi lebih teruk apabila terdapat pihak yang mengambil keuntungan lebih sebagai orang tengah seperti yang dikecohkan dalam pembelian jet pejuang yang baru itu

Dalam Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), pembelian Kapal Peronda Generasi Baru (New Generation Patrol Vessel) merupakan satu kegagalan. Saya berkata begitu kerana pada awalnya projek ini dirancang untuk mengantikan semua Kapal Peronda yang ditamatkan pertauliahan (decommisioned). Namun begitu, tidak semua kapal yang telah digantikan. Kerajaan telah menggumumkan pengantian sebanyak 20 buah kapal semasa perjanjian kontrak dilakukan. Tetapi sehingga kini, dua buah kapal sedang beroperasi dan empat lagi dalam limbungan untuk proses penyiapan. Soalannya kenapakah hanya tinggal buah kapal sahaja, selebihnya 14 buah telah dibatalkan? Ke manakah duit yang diperuntukan hilang? Adakah TLDM bersalah kerana memerlukan kapal yang banyak?

Persoalan relevankah tentera memang sukar dijawab. Apa pandangan anda?

Penulis merupakan rakan baik syam dan beliau blog di http://gmurali.com dan http://photo.gmurali.com. JIka anda rasa artikel ini menarik, sila kunjungi blog beliau untuk artikel yang lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...