Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, dah undi ke blog Syamsulariff ke 322 lu pikirlah sendiri (entah apa yang nak diundinya pun aku sampai sekarang blur lagi..haha) Ok, berikut adalah ringkasan untuk sambungan rakaman rancangan Nabil selepas episod 6, 7 dan 8 kelmarin di Dewan Bestari, UPNM.

Episod 9 – Malam itu dimulakan dengan tema Dulu Lain Sekarang Lain. Nabil mula bercerita mengenai kisah orang-orang dulu dan Abang Ghani (dia yang suruh panggil abang) dijemput untuk menghangatkan lagi suasana. Katanya ramai yang kecik lagi masa Uncle Ghani tu menjadi hos rancangan Jangan Ketawa jadi ramai yang tak kenal beliau. Namun lagaknya sebagai bekas tukang masak tentera agak menjadi, ke dia memang bekas askar? Mula-mula tu Nabil ada main gitar nyanyi lagu Mila Bila Cinta yang telah diNabilkan, haha..maaf terlupa nak snap gambar untuk episod ini.

Episod 10 – Kali ini ia membawa tema wayang dan memang ramai yang terkena dengan gurau sinis Nabil. Pandai dia cover cerita setelah hampir semua crowd berfikiran kuning termasuklah aku sendiri. Artis jemputan adalah isteri kesayangan Ijoy siapa lagi kalau bukan akak Sharifah Shahira. Banyak betul diaorang ni menyimpang dari topik sebenar dan lebih kepada kepada gossip. Syam rasa akak Sharifah Shahira tidak memberi persembahan yang sepenuhnya, mungkin ada sebab tersendiri. Apa-apahal Nabil tetap berjaya dengan aksi spontannya ketika menonton wayang.

Episod 11 – Malam itu majlis diakhiri dengan persembahan Nabil bersama orang lama iaitu uncle Imuda. Tema yang dibawa ialah kejiranan dan memang banyak betul pengisiannya dari segi sosial, tanggungjawab berjiran, etika dan banyak lagi yang telah diNabilkan. Baru saya tahu kenapa tv kat Damansara jatuh dari tingkat 10. Kenapa? Tunggulah rancangannya nanti keluar kat saluran Astro ya. :)

Malam ini ada Saiful Apek, A. R Badul, Salih Yaacob & Harun Salim Bachik (otai lawak semua ni)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...