Salam & hello buat semua pembaca yg dihormati, cepat betul masa berlalu kan? Sedar-sedar kita sudah melalui beberapa hari dalam bulan oktober, ramadan yang semakin hampir ke penghujungnya dan juga pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah aku lalui. Bulan ini juga aku rasa tema utamanya adalah bulan serba baru, kenapa? Ikuti kisah aku yang tak berapa baru ini.

Ini adalah blok penginapan ku. Cari tingkat 6 :)

Aku dapat idea baru untuk presentation akan datang, bukan biasa-biasa seperti yang selalu budak ni buat, nantikan persembahan kumpulan kami bagi subjek adult education isnin ini. Apa-apa pun jangan ikut orang, percayalah pada kebolehan diri sendiri.

Ada tempat pembuangan sampah yang baru, mentang-mentangla baru pindah rumah, sesuka hati korang je buang sampah depan rumah aku, nasib baik bukan sampah masyarakat. Takpe nanti aku panggil lori tu naik sampai tingkat 6 kutip semua ni.

Bilik baru aku, ya kini aku tinggal berseorangan, satu rumah ada 4 bilik dan ahli rumah ada 4 orang, maknanya sorang satu bilik la, bertuahnya pelajar-pelajar kat sini. Apa lagi faedah yang mereka dapat ek? Jangan bilik nie berhantu sudah la.

Akhirnya terjawab juga persoalan untuk entry mengenai kitaran hidup telefon-telefon bimbitku. Selamat datang diucapkan kepada Sony Ericsson k550i, sapa ada koleksi theme-theme yang cantik? Beri kat aku sekarang.

Lain-lain pembaharuan :-
1. WordPress sudah diupgrade kepada 2.3 dexter, juga dengan sokongan dari K2 Release Candidate 2, sukar untuk update? dapatkan plugin yang sungguh rocks ini atau ikuti tutorial dari rivermaya.

2. Aku redesign layout blog dari gelap kepada putih, ramai sangat yang tegur cakap gelap tak mesra pembaca. Mungkin aku perlukan nasihat dari bob. Encik blogohblog boleh komen saya punya design tak?

3. Aku terima ramai kawan baru setelah sebulan berblog. Tak percaya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...