Vangardx.net » Blog Archive » Gambar Nurul Jazlin, Nuril Jazlin or Nurin Jazlin?

Gambar Nurul Jazlin, Nuril Jazlin or Nurin Jazlin?

Issue, Social September 22nd, 2007

Salam & hello buat semua pembaca, pada jam 8 malam tadi kita diperdengarkan dengan bacaan ayat suci al-quran pada pembukaan berita penyiaran swasta negara, buletin utama tv3. Sungguh kejam dan tidak berperikemanusian, itu sahaja yang aku mampu luahkan. Nasi sudah menjadi bubur, mayat kanak-kanak perempuan didalam beg sukan itu sudah disahkan melalui ujian DNA adalah Nuril Jazlin Jazimin. Abaikan tajuk entri ini kerana bagi aku ada sesetengah individu yang perihatin tetapi tidak tahu ejaan sebenar, jadi aku gunakan search engine optimization (SEO) bagi membantu mereka mendapatkan info.

Kisahnya bermula pada 20 August 2007 dimana kanak-kanak ini dilaporkan hilang di Wangsa Maju. Mendapat liputan media yang meluas, sokongan padu dari badan kerajaan dan juga bukan kerajaan beserta keperihatinan masyarakat yang turut sama berusaha mencari diakhiri dengan berita yang membuatkan air mata berlinangan, segagah mana pun insan itu perasaan sebak didada pasti ada. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, itulah hakikat yang perlu diterima pada 20 September 2007. Rujuk kronologi yang aku ambil dari blog noorizamshah

  • 20 Ogos - Nurin hilang ketika berjalan seorang diri ke pasar malam dekat rumahnya di Wangsa Maju
  • 24 Ogos - Media melaporkan kehilangan Nurin
  • 26 Ogos - Ganjaran RM5,000 ditawarkan kepada sesiapa yang memberi maklumat
  • 28 Ogos - Polis mengumumkan memanggil 30 individu memberi keterangan berhubung kehilangan Nurin dan kes diklasifikasikan sebagai culik
  • 29 Ogos - Polis mendapat petunjuk mengatakan Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van pada hari kehilangannya
  • 1 September - Keluarga Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, yang pernah hilang di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur hujung Mac lalu, menasihati keluarga Nurin menubuhkan jawatankuasa bagi menyusun strategi mencarinya
  • 3 September - Polis menubuhkan pasukan khas mengesan Nurin
  • 3 September - Ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat meningkat kepada RM8,000
  • 4 September - Ganjaran meningkat kepada RM13,000
  • 5 September - Nurin didakwa dilihat berada di Seremban
  • 5 September - Penemuan sebuah van putih di kawasan belukar di Jalan Klang Lama di sini, menggemparkan masyarakat yang menyangka ia mempunyai kaitan kehilangan Nurin
  • 10 September - Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun merayau seorang diri di Taman Tasik Puteri, Rawang, disangkakan Nurin
  • 11 September - Hari ulang tahun ke-8 Nurin
  • 14 September - Ganjaran meningkat kepada RM26,000
  • 17 September - Mayat seorang kanak-kanak ditemui dalam beg pakaian di Petaling Jaya Utama tetapi ibu bapa Nurin menafikan kanak-kanak itu anak mereka berdasarkan pengecaman fizikal
  • 17 September - DNA ibu bapa Nurin diambil untuk diperiksa dan dipadankan dengan mayat itu
  • 20 September - DNA ibu bapa Nurin disahkan sepadan dengan mayat kanak-kanak berkenaan

Pada awalnya mereka (ibu-bapa Nuril Jazlin) mengeluarkan kenyataan di akhbar tempatan bahawa mayat tersebut bukan anaknya. Namun seperti apa yang part-timer forensic staff ini katakan mungkin perlu diambil perhatian, ada benarnya.

  • rambut pendek dan kerinting- saya rasa mungkin penculik itu telah memotong rambutnya. Rambutnya menjadi kerinting akibat tidak mandi dan bersyampu. Rambut akan menjadi kusut, apatah lagi jika tidak bersyampu dalam tempoh yang lama seperti sebulan.
  • kurus dan cengkung- penculik mungkin tidak memberinya makan, oleh itu berat badan mangsa boleh susut dengan kadar yang cepat, tambahan pula jika didera bertubi-tubi menyebabkan mangsa tidak bermaya dan tidak sihat
  • ada ruang antara gigi- dalam Buletin Utama semalam juga menyatakan bahawa kedudukan gigi boleh berubah akibat menahan kesakitan, kerana dia juga baru berumur 8 tahun dan gusi masih lembut
  • terdapat tanda lahir pada peha mangsa
  • rupa bentuk hidung, mulut, mata dan muka adalah sepadan dengan rupa mangsa sebelum diculik
  • kesan lebam menyebabkan rupa mangsa sukar dicam

Tiada masa lagi untuk menyalahkan sesiapa. Jadikan ini satu pengajaran yang amat berguna buat semua terutama bagi mereka yang mempunya anak kecil. Aku doakan pihak berkuasa dapat menangkap individu terbabit dan adili pembicaraannya dengan penuh ketegasan. Suka atau tidak, kita perlu menerima hakikat bahawa negara kita kini semakin lama semakin tidak selamat walaupun berada di dalam rumah sendiri, beringatlah. Untuk bacaan lanjut sila berkunjung ke blog Nuril Jazlin Jazimin kelolaan bapa saudara nurin sendiri dan jangan lupa untuk meninggalkan ucapan takziah dan kata-kata sokongan kepada keluarga mereka yang kini hampir 650 komen

* aku tidak sanggup meletak sebarang gambar untuk entri kali ini. Salam takziah dari saya. Semoga arwah Nuril Jazlin Jazimin dicucuri rahmat. Al-fatihah

Untuk koleksi gambar berkaitan dengan kes ini, boleh rujuk entri :Koleksi gambar & video nurin jazlin, nuril jazlin, nurul jazlin

Related posts

I'm blogging to improve my English. Encourage me by subscribing to my blog. Enter your email address and click subscribe to show your support.


16 Comments »

Comment by fauzan
2007-09-22 05:45:17

semua yg berlaku adalah ketentuan dari Allah..kita sbg hamba-Nya parlu menerimanya dengan redha..bnyk bersabar..krn sabar itu separuh dari iman..

alfatihah..

 
Comment by megat
2007-09-22 10:25:15

bersama-sama kita terus sedekahkan al-fatihah dan terus memanjatkan doa kepada arwah. doa juga dipanjatkan supaya penjenayah kejam terbabit.

 
Comment by abdfatah
2007-09-23 07:57:35

al-fatihah.

moga penjenayah itu akan dapat ditangkap…

 
Comment by vangardx
2007-09-23 09:05:24

kalau kau perasan semalam, masa jazimin menatap wajah anaknya buat kali terakhir sebelum dikebumikan ada seorang lelaki menghulurkan kamera ambil gambar..

 
Comment by nurul iman Subscribed to comments via email
2007-10-10 13:09:11

semoga roh arwah adik nurin dicucuri rahmat dan semoga manusia yg bertopengkan syaitan itu akn dihukum dgn berat

 
2007-10-22 12:19:51

[...] gambar bedah nurul jazlin,nuril jazlin, atau nurin jazlin tersebar di sini [...]

 
2007-10-22 20:22:18

[...] gambar bedah nurul jazlin,nuril jazlin, atau nurin jazlin tersebar di sini [...]

 
Comment by cma Subscribed to comments via email
2007-10-25 21:57:28

aku arap sgt2 moge2 pmbunuh 2 dpt tgkp!!!ps2 siarkn gmbrnye secare meluas n tlog jgn bunuh serte merte,rileks…kite kne wat ikut care kite sendiri,iaitu sekse die spt mne yg telah die lakukn…bagi die rase dulu ats perbuatn die sendiri..haha…lps die mati,kite sumbat mayat die dlm beg same ngn nurin..kpd pihak polis,jgn krn xdpt tgkp pmbunuh nurin,org len plak jd mgsenye..pikir dlu dlm buat kptsan,klo x,baik xsah jd plis..

 
Comment by teharu Subscribed to comments via email
2007-10-26 09:46:22

semoge rohnye dicucuri rahmat…amin

 
Comment by aha Subscribed to comments via email
2007-10-29 11:01:54

moga rohnya di cucuri rahmat

 
Comment by Tyee Subscribed to comments via email
2007-11-23 10:46:51

pembunuh yg sgt kejam..b’sabar lh bt keluarga nurin

 
Comment by as
2008-01-19 22:40:35

ini syam yang pg pkn 2004 kat kem pinggiran pelangi, pahang kan? btl x?

Comment by mmuurrllyy
2008-01-20 10:24:03

betul la tu..nie mesti kwn dia kan?

 
 
Comment by killa apache
2008-02-08 15:45:27

kadangkala perkara yang telah berlalu kata rasa tidak
akan berulang.selepas nurin masyarakat berjaga-jaga sebentar.tapi yang sedih sharlini juga hilang dan tidak dijumpai sehingga detik ini.adakah kita mahu lihat satu lagi nurin menjadi mangsa “predator” yang tidak bertanggungjawab.perihatinlah sedikit rakyat malaysia

 
Comment by Hamba Yang Lemah
2008-04-07 18:28:06

Dear Bapa Nurin, Asalamulaikum.

Yang telah berlaku tetap telah berlaku. Namun untuk menenangkan jiwa kita yang gundah gulana, kesedihan yang amat parah, kembalilah kita kepada Allah. Apa yang penting, janji Allah tetap mengatakan Nurin sesungguhnya telah ditempatkan di Syurga Allah. Jangan dirisaukan kerana sesungguhnya Allah yang telah menetapkan Qada’ & Qadar Nya ke atas semua manusia yakni sebagai hambaNya yang paling lemah..

Maka dengan itu, serahkan kembali kepada Allah. Allah yang lebih menyayanginya dan Nurin juga merindui Allah sebagai Penciptanya..Kita hanya sebagai pemegang Amanah Allah jua… InsyaAllah.. From Hamba Allah Kertih.

 
2008-06-11 16:45:56

memang padan muke pun ngan mak bapak nurin tu………yang pergi biar anaknye pergi pasar malam sorang-sorang tu pasal ape…?yang jadi mangse anak sendiri juga.disini saye sedekahkan al-fatihah buat roh adik nurin………………amin……….bagi mak bapak di luar sana…..jage lah anak-anak tu jangan bagi merayap tak tentu hala…….supaye nanti tak lah jadi macam adik nurin tu………..

 
Name (Required)

E-mail (Required - Dont worry, we hate spam too)

Website or Blog address

Your Comment (smaller size | larger size)