Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati, kini saya kembali lagi dengan entri motivasi kendiri. Seorang pakar motivasi pernah berkata, “sentiasa berfikiran positif terhadap diri sendiri dan jangan ambil kisah apa orang lain kata, mereka sebenarnya dengki!“
Haha, hari tu orang kata saya kaki bodek pensyarah kali ini mereka kata saya..

Orang kata saya : kera sumbang, suka buat hal sendiri, takmau bercampur dengan orang lain, hidup dengan blog sahaja, suka cakap sorang-sorang, anti-social
Saya kata saya : menyendiri bukan sepanjang masa, saya berseorangan ketika perlukan suatu ruang masa untuk memikirkan masa depan, hal-hal peribadi, pelajaran dan lain-lain lagi. Adakalanya saya lebih suka suatu keadaan yang aman, tenang dan tiada bunyi bising. Salah ke?

Orang kata saya : memilih kawan, hanya pandang orang-orang tertentu yang ada kelas, baik bersebab, kononya ada kepentingan sendiri, sombong dan bongkak
Saya kata saya : seorang yang peramah tidak memilih kawan apatah lagi membeza-bezakan budaya, agama dan bangsa. Tiada sifat pilih kasih mahupun berkawan atas sebab kepentingan bukan atas dasar persahabatan yang tulus.
Orang kata apa lagi? Nantikan sambungan entri berikutnya




salam,
hi, first time commenting here..
saya rasa awak tak perlu jelaskan/buktikan pa pe.. sebab klu awak buat camtu, nampak macam awak kesah/peduli pe yang orang cakap
biarlah pe dorang nak cakap, asalkan awak selesa dengan diri awak, ok? maaf, pandangan saya sahaja..
salam, undur diri…
terimakasih atas nasihat saudara..sy suka baca respon dari org ramai..nak cari idea yg lain
bro, pada pendapat saya, sbg blogger memang caci mencaci ni tak leh lari la. So mcm mana pun kita kena kuat smgt. Benda2 mcm tu kita terima je dan amik langkah DIAM. Apa2 pun memang kawan tu penting dalam hidup kita. Cuma satu yang saya pegang sampai la ni.
” Kita memang tak dapat nk puaskan hati semua orang “
takleh nak diam..bukan nak ambil kisah sgt..tapi menda tu boleh jadi satu entri ape
haha..
yeah setuju sangat dengan pandangan di atas tu. “kita memang tak dapat nak puaskan hati semua orang”, sambungan nya…. “sebelum puaskan hati orang, puas kan hati diri sendiri dulu”…
suka menyendiri atau anti-social tu tak de lah buruk sangat. semua orang pun akan ada sifat ni. tak de lah sepenuh masa nak bercampur dengan orang kan. oh well, kalau dah peramah sangat pun orang akan cakap kita ni busy body. betul tak? :p
memilih kawan tu ada baik nya apa. orang selalu cakap kalau ada satu masalah timbul kat orang lain mesti pengaruh kawan. so memilih kawan tu adalah langkah bijak sebelum terpengaruh dengan benda benda tak elok.
nasib baik aku ade el..
The most important thing is to be our own self.
We must have our own set goals and targets and work for it. Social tu ikut kemampuan la kan…mana boleh kasi semua orang satisfied…
lain org lain pendapat n pandanagn masing2..ko jgn amik kisah sgt kt mereka2 ni..apa yg lebih pentg, be yourself coz you know yourself better..(“,)
pandangan setiap org kat orang kita lain.hanya diri sendiri yang tahu dan allah
hakkk tuihhh no2…
er.. napa ek?
sape2 yg kenal betol dgn tuan punye blog ni mesti setuju dgn tindakan aku tu bro….heheh…
hek ele..sape yg kenal balau betul2 baru dia tau..
hai salam..
kalau nak fikir apa semua org kata dan cakap, penat la bang oii..
tapi walaumcm mana sekalipun kita tak nak peduli kata org..
tapi tetap juga kena peduli..
dah nama nya pun hidup dgn org..
lain la hidup dgn lampu jln je..
hehe
yerp..mulut sama ada bibir..tapi tutur bicara setiap org tu berbeza kan?
Kalau nak difikirkan apa yang orang kata, tak hidop kita weihhh, shamsul oiiii
baiklah abang azhar..sila beri tunjuk ajar je..haha
Betul la cakap Azhar Ahmad. Lagi satu, kKlu ada org kritik kita, maknanya masih ada org kisahkan pasal kita. W/pun mungkin negatif, cuba fikirkan yg positifnya utk improve diri kita.
Prisip LOA, think positif will attract positif stuff dari sekeliling kita, termasuklah environment, colleagues, team mate dan etc
eeeee
saya pun lebih kurang cam awak jugak, boleh share cerita tak?