Vangardx.net » Blog Archive » Penyakit lama datang balik

Penyakit lama datang balik

Uncategorized September 18th, 2007

Salam & hello semua, nampaknya penyakit lama aku datang balik, bagi sesiapa yang ada berkunjung ke blog ini untuk 2-3 hari ini pasti merasakan mereka sedang masuk ke laman web autosurf, mana taknya kalau theme kejap bertukar kejap yang ini kejap yang itu, haha catzer nampaknya aku berjangkit dengan kau la ni :p

Berkenaan dengan aktiviti harian disini, ya aku agak sibuk dengan 3-4 presentation, itu belum kira dengan paperwork yang perlu disubmit (dateline dah dekat) banyak gambar untuk aktiviti-aktiviti yang telah aku lakukan belum diupload, beck atau sesiapa sahaja yang membaca entry ini, boleh tak beritau aku ape yang menariknya jika memiliki akaun flickr?

Nampaknya akhir-akhir ini, aku agak ketinggalan dan hampir tidak mempunyai masa untuk online, siapa tahu apa software atau plugin yang membolehkan kita membaca banyak RSS feed dalam satu-satu masa, ada ke software tu? mail kau tau tak apa kenamanya?

Aku suka bertukar-tukar theme untuk wordpress ini dan nampaknya aku selesa dengan k2 tapi tak tau la kalau ada lagi theme wordpress yang lain yang cantik2, sapa tau? lagi satu aku kalau boleh nak sokong produk malaysia, nampaknya pembekal theme wordpress malaya kita seperti flisterz, ikram, fuad dan bob dah tak buat theme baru, kenapa? mesti busy macam aku jugak kot, please buat la lagi buat la lagi, aku sentiasa refresh dan berkunjung ke blog mereka untuk lihat kot-kot ada theme baru :D hafreze pun cakap berita harian skang dah tukar theme baru

Tak sabar nak tunggu buku yang aku menang dari pertandingan kat blog hafreze dot com, mana la tau boleh improve kan aku punya earning untuk advertlets dan google adsense buat masa nie aku agak kurang bermotivasi yela bila refresh tgk earning stats advertlets baru RM15 google pulak 40usd, tak gerak-gerak pulak tu, kurang promosi kot? ke teknik salah? ke korang tak suka aku? boikot ramai2 ek? ke aku tak apply sepenuhnya tips2 di diariadsense?

Nantikan gambar-gambar masa aku pergi tournament hockey kat bertam hari tu, kalah tapi takpela kalah pun dengan team divisyen satu malaysia hockey league, kalah bermaruah jugak la tu (ceh, alasan :p) nie ada lagi satu event lepas raya, itupun trojan yang kasi tau, ada perlawanan futsal antara team red diva (redmummy.blogspot.com) menentang team blue quil (bluequil.blogspot.com) erk first time aku nak letak link tak boleh dah, memang wordpress tak kasi letak link banyak2 ek? sape tau cara nak betulkan? boleh bantu? maaf saya kurang celik wordpress

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan salam ramadan bagi mereka yang beragama islam jangan main mercun kalau taknak jadi macam apa yang noorizamshah tulis.Ok aku perlu bersiap untuk pergi majlis berbuka puasa di opis salihin & associates (salihin.com.my)

nukilan ikhlas -syam

I'm blogging to improve my English. Encourage me by subscribing to my blog. Enter your email address and click subscribe to show your support.


4 Comments »

Comment by hafreze
2007-09-18 20:14:12

aik?…tk smpi lagi ker?..abd fattah yg siap salah alamat n jauh kat kelantan dh smpi..pos laju nie mengong ke ape..haish

Comment by vangardx
2007-09-18 22:05:16

lebih kurang mcm tula, aku baru antar budak check tadi..tapi still takde lagi

 
 
Comment by hafreze
2007-09-19 16:11:01

aik..nie yg tension nie..tkper..aku pi tnyer pos laju..haish..sengal tol dieorg nie

Comment by vangardx
2007-09-19 17:31:35

taktau nak kata la bro, mungkin dah sampai tapi bnyk proses yg perlu dilalui kat pengurusan tempat aku kot

 
 
Name (Required)

E-mail (Required - Dont worry, we hate spam too)

Website or Blog address

Your Comment (smaller size | larger size)