Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, baru saja kembali dari sesi rakaman Rancangan Lu Pikirlah Sendiri di Dewan Bestari UPNM untuk episod 3, 4 dan 5. Pertama kali Syam hadir untuk aktiviti sebegini dan sememangnya sesi itu tidak membosankan kerana hampir 4 jam kami didera dengan pelbagai aksi spontan mereka yang di luar jangkaan fikiran.

Walaupun pada ketika itu Anugerah Industri Muzik 15 sedang berlangsung, penonton yang hadir tidak mengecewakan. Syam sendiri pun tak follow sangat pasal AIM 15 dan semua nie sekadar kebetulan je setelah habis peperiksaan akhir.

Episod 3 – Membawa tema zaman persekolahan yang mana Nabil terpaksa membuat rakaman semula dari awal hingga akhir sekali lagi akibat kesilapan teknikal. Walaupun aksi yang sama diulang kembali, namun kami tetap ketawa walhal sudah tahu apa kesudahannya. Artis jemputan : Shamsul Ghau-ghau menceritakan asal-usul sekolah.
Episod 4 – Membawa tema gejala Mat Rempit di kalangan remaja dan seperti biasa stand up comedy yang dilakukan oleh Nabil sama ada secara spontan ataupun dirancang pasti tidak kering gusi dibuatnya. Artis jemputan : Halim gimik mengambil alih pentas dengan aksi seorang Singh.

Episod 5 – Membawa tema kesukanan dan untuk episod kali ini persembahan Nabil agak tenggelam disebabkan penguasaan pentas oleh Johan Raja Lawak yang beraksi sebagai pakar sukan berbangsa cina. Memang tak putus-putus idea diorang ni sampai producer terpaksa memberi signal time-up.
Video rakaman? Oh tak bestlah kalau korang tengok siap-siap, tunggu dia keluar kat channel Astro nanti ek.
p/s Nabil ada menyebut nama Mila Af5 dengan Fasha Sandha tapi tak tau kenapa
Ok rakaman sebanyak 12 episod ini akan dilangsungkan :-
Pada 2 – 6 May 2008
Dari Jam 3 petang hingga 12 malam
Bertempat di Dewan Bestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Sg. Besi
Ada sape-sape yang nak dtg?




nak terpecah je perut aku tgk lawak tadi…
afham’s last blog post – Merdeka!!
waaaa… sgt jeles… seriusly.. apesal plak dia buat kat UPNM????.. mane adil.. aduhai222…
hajar’s last blog post – KErjA????…
pesal plak tk adil..hehe..
afham’s last blog post – Merdeka!!
hahaha… yelah.. dah yg mcm minta sgt2 kat nabil tu.. lepas tu.. dia bleh buat kat UPNM plak.. aduh2.. arggh… jelesnyer…
hajar’s last blog post – KErjA????…
kimslam lah kat nabil nanti ye…
hajar’s last blog post – KErjA????…
nak upah lu!!
afham’s last blog post – Merdeka!!
Johan pun ada ek.. Kalau ada Zizan lagi lawak bro……
Pembetulan sikit.. Johan tak jadi juara lawak.. tak silap aku dia no 3 masa raja lawak pertama.. Tapi dia memang ok gak…
zool’s last blog post – Review minggu ini
haha..itu yg org slalu konpius..
A : johan mana?
B : ala..johan raja lawak tu..
A : ooo
Lagi lawak dari saiful apek kot nabil ni…
Ada sape2 setuju? lawak nabil lebih berinformasi.
emme’s last blog post – Final Champions League 2008 at Lushniki stadium ,Moscow ,Russia
Hm.. kalau ikut sekarang memang lawak nabil lebih berinformasi tapi kita tgklah…
tak boleh banding ngan apek..
style lain.. apahal pun beliau akan memeriahkan industri lawak Malaysia..
zool’s last blog post – Review minggu ini
KALAU NAK PEGI CAMNO EK????? DLM 10 ORG… BELH BWK ORG KG SEKALI?…
kitorang salam pantai timur adalah…wakaka…
lu pikiaq lah sendirik….
mila tu kan awek dia..weeee
deennasour’s last blog post – Ragam Manusia KL KL
Cakap pasal salam pantai timur, aku pon suke rancangan tu juga… rancangan lawak dengan teguran sinis, kadang2 tajam jugak teguran diorang.
Rancangan tu byk berkisarkan tentang isu-isu semasa.
emme’s last blog post – Review : Buat Duit Dengan A.W Survey
wah tol ke Nabil wat lwk smpi nk pcah perut,kang wat lwk gile2 lg bkn je perut je pcah….gelas air pn leh pcah,waallahuallam
mmg best gler lawak bunk bil nie…mmg x ketinggalan la every week…channel astro jd plihan la…….