Raptai Konsert Akademi Fantasia 6 & tugasan minggu pertama
Entertainment March 23rd, 2008
Salam & hello to all my dearest reader, even though im not into with this reality tv show but i know some of my reader are fanatic in Akademi Fantasia (especially girls) So, check out some infos regarding to raptai penuh konsert af minggu pertama.
- AC Mizal nampak sudah bersedia dan penuh bersemangat untuk menemui penonton buat pertama kali dalam Konsert Akademi Fantasia.
- Alif. Kekuatannya adalah lagu tugasan yang diberikan masih hangat diputarkan di radio. Tumpuan perlu diberikan kepada vokal dan persembahannya. Penghayatan dan daya bujukan perlu untuk menyampaikan lagi maksud lagu agar sampai kepada penonton.
- Faisal. Kekuatannya adalah lagu tugasan menepati vokal dan citarasanya. Tumpuan perlu diberikan kepada aspek tarian. Demi persembahan yang lebih menarik, perlu ada sekurang-kurangnya sedikit gerak tubuh mengikut irama lagu.
- Ika. Kekuatan Ika adalah fizikalnya yang menarik. Kekuatan ini perlu ditonjolkan melalui vokal dan persembahan yang mantap juga. Tugasan lagu ini sekurang-kurangnya lebih mudah daripada tugasan lama dan seharusnya dibuktikan dengan persembahan yang baik.
- Lufya. Kekuatan Lufya adalah keyakinan dirinya. Dia nampak begitu yakin dan menikmati persembahannya di pentas. Jika dia mampu membuat persembahan yang lebih baik di konsert, pasti statu persembahan menarik akan ditunjukkan.
- Nadia. Kekuatan gadis kecil molek ini pastinya adalah kelantangan vokalnya. Sebutan dan penceritaan jelas. Pergerakan yang minima sudah cukup untuk menghasilkan persembahan yang memukau.
- Naim. Kekuatannya adalah gaya dan personaliti remajanya. Tetapi pada persembahan raptai, dia nampak kaku dan gementar. Personaliti remajanya juga seakan hilang. Suntikan semangat rock perlu lebih diberikannya pada konsert nanti.
- Nubhan. Kekuatannya adalah suara yang lunak merdunya. Perasaan malu dan gementar perlu segera dikikis. Malah dia perlu menggunakan kelebihan matanya yang sayu untuk memukau hati penonton.
- Rina. Kekuatannya adalah kelincahannya di atas pentas. Suara dan persembahannya baik. Tetapi pergerakan perlu dikurangkan kerana adakala ia mengganggu persembahannya. Perubahan penampilannya juga nampak menarik.
- Riz. Kekuatannya adalah penghayatan yang baik. Sesekali terdengar lagu ini seakan lebih menarik dinyanyikan Riz berbanding penyanyi asal. Namun, dia perlu memberikan pergerakan minima kerana fokus lagu ini adalah kepada kekuatan vokal dan penghayatan.
- Saida. Kekuatannya adalah suara yang merdu dan sedap didengar. Penghayatannya juga agak baik. Tetapi, perasaan gementar perlu segera diatasi kerana hanya akan membunuh persembahannya.
- Stacy. Kekuatannya adalah vokal yang mantap. Namun dia perlu berhati-hati dengan sebutan memandangkan dia menyanyikan lagu Inggeris. Pergerakkanya perlu dikurangkan dan sepatutnya seiring dengan tempo lagu.
- Toi. Kekuatannya adalah persembahan yang menghiburkan. Namun, dia perlu meningkatkan lagi kemahiran vokalnya. Dia juga kurang konsisten dalam membuat persembahan. Ada ketika dia nampak gementar.
- Yana. Kekuatannya adalah kesederhanaan dalam persembahan. Namun ada kalanya pergerakannya seolah-olah menghilangkan keremajaan lagu ini. Dia mengurangkan pergerakan tangan yang seakan menggangu persembahan.
- Credit to official astro akademi fantasia website
Pelajar Wanita
- Terlalu Cinta - Rossa: Dinyanyikan oleh Saida
- Rindu - Hetty Koes Endang: Dinyanyikan oleh Nadia
- No One - Alicia Keys: Dinyanyikan oleh Stacy
- Engkar - Bunga: Dinyanyikan oleh Lufya
- Umbrella - Rihanna: Dinyanyikan oleh Ika
- Diriku Tapak Sulaiman - Elyana: Dinyanyikan oleh Yana
- Simply The Best - Tina Turner: Dinyanyikan oleh Rina
Pelajar Lelaki
- Satu Kiblat Yang Sama - Rabbani: Dinyanyikan oleh Faisal
- Pagi Yang Gelap - Hujan: Dinyanyikan oleh Toi
- Ketulusan Hati - Anuar Zain: Dinyanyikan oleh Riz
- You Raise Me Up - Josh Groban: Dinyanyikan oleh Stanly
- Memburu Rindu- Hattan : Dinyanyikan oleh Naim
- Sayang Sayang - Aliff Aziz : Dinyanyikan oleh Alif
- Ruang Rindu - Letto : Dinyanyikan oleh Nubhan
Credit to : Senarai tugasan lagu konsert af minggu pertama by budiey By the way, for the latest news, you can check out the unofficial af blog.


apesal nama derang semua pelik2. nama glemer ek?
nama glamer la..takkan nak pakai nama asal kot..