Syamsulariff.com » Blog Archive » Rosli Kamis selamat kembali ke rahmatullah

Rosli Kamis selamat kembali ke rahmatullah

Entertainment January 30th, 2008

Salam & hello buat semua pembaca budiman, saya terbaca satu komen daripada fazlie mengenai pemergian seorang karyawan, allahyarham Rosli Kamis atau nama samarannya Loloq, seorang penulis lirik dan lagu yang cukup gah namanya di persada muzik tanah air.

Dikhabarkan loloq meninggal dunia pada 1.37 petang di Hospital Pakar Damansara.

Pada mulanya, keadaan Loloq menunjukkan tanda positif apabila beliau ketika itu sudah mampu bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan. Namun, sewaktu beberapa temannya termasuk Amy Search melawatnya kelmarin, jururawat bertanggungjawab menjaganya memberitahu keadaannya agak kritikal. (dipetik dari blog xbrain)

Serba sedikit info mengenai loloq

1. Loloq adalah salah seorang dari 3 sahabat karib dari Kota Singa (Singapura) bersama M.Nasir dan S.Amin Shahab datang ke Kuala Lumpur untuk berkarya. Tapi nama Loloq sering dibayangi dengan nama M.Nasir kerana kombinasi pasangan itu dikatakan cukup serasi bila berkarya bersama.

2. Di antara lirik lagu beliau yang lain ialah “Paiseh”, “Tak Nak Jadi Soh Chai”, “King El-Mondoqe”(XPDC), “Di Ambang Wati”, “Kau Bukan Brader”, Awang Trasher”(WINGS), “Analog 0.1″, Asli Dan Tulus” “Laila Namamu Teratas”, “Neo Romantik”,”Zen-Bikin Wilayah” (SEARCH), “Laukku Cukup Masin”, “Kasih Latifah”, “Cinta Dewa-Dewi”(SPIDER) banyak lagi.

3. Di antara lirik unik Loloq ialah “Bazooka Penaka” (Wings) yang mana perkataan Penaka itu adalah singkatan kepada perkataan Penamat Kata-Kata, “Kacap Terlabik”(Spider) merupakan terbalik dari perkataan “cakap terbalik”, “Kita Peng-yu”(XPDC) yang di ambil dari bahasa China iaitu Peng-Yu (kawan) dan beberapa lagi perkataan pelik yang jarang kita dengar.

Credit to : belukang emas, mr. manager, tanjo-anne, elaira, mister nazar
Mari kita sama-sama kita sedekahkan al-fatihah.

Related posts

I'm blogging to improve my English. Encourage me by subscribing to my blog. Enter your email address and click subscribe to show your support.


12 Comments »

Comment by Peminat Seni Subscribed to comments via email
2008-01-30 18:11:10

semoga ada pewaris bakat seninya…

Comment by vangardx
2008-01-30 18:30:09

harap2 mcm tula..

Comment by afham
2008-01-30 18:32:49

harap2 kematiannya mati dalam iman..insyaALLAH..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Peminat Seni Subscribed to comments via email
2008-01-30 19:02:01

gambar arwah bersubang tu mcm tak elok jer nak publish :|

 
Comment by fanatik loloq
2008-01-30 19:18:14

im shock!
:)

 
Comment by fauzan
2008-01-31 00:59:21

innalillah..takziah utk family allahyarham

 
Comment by mazudi
2008-01-31 09:32:35

Takziah.Alfatihah
Aku suka dengan karya dia. Suka juga bila dia berlakon lawak lawak.

Comment by vangardx
2008-01-31 10:13:11

lagu mana yg dia buat tak pernah top kan?

 
 
Comment by shahrilaley
2008-01-31 10:47:43

Aku ucapkan takziah kepada keluarga arwah. semoga arwah akan ditempatkan bersama muslimin & muslimat yang dijanjikan syurga pada hari akhirat kelak. Al-fatiha…..

 
Comment by nUUr
2008-01-31 13:02:48

eh yeke..terkejutnye…
erm psl rambo tu kn, scene xsensored, mulut je sensored

 
Comment by deennasour
2008-02-01 22:46:33

yg tak best dia pakai anting2,,

 
Comment by johnny tigra
2008-05-29 14:25:26

harap arwah bersemadi dalam ketenangan dan keimanan walaupun rasanya macam tidak.amin

 
Name (Required)

E-mail (Required - Dont worry, we hate spam too)

Website or Blog address

Your Comment (smaller size | larger size)