Vangardx.net » Blog Archive » Rumpun 2007 - Malay blogger gath part 1

Rumpun 2007 - Malay blogger gath part 1

Personal, Social September 10th, 2007

Salam & hello kepada semua pengunjung yang dihormati, disebabkan entry yang dahulu mengenai rumpun 2007 telah hilang tanpa berita kerana kenakalanku, malam ini aku tulis kembali beserta beberapa keping gambar yang telah ditangkap oleh lensa nikon p1 aku. Berdasarkan blog stats, aku dapati masih ada pengunjung yang bertandang ke sini untuk melihat dan membaca entry mengenai rumpun 2007 itu, tentu mereka kecewa kerana apa yang dipaparkan hanyalah 404-page not found. Ok ada 15 keping gambar dan anda bebas untuk mengambilnya sebagai koleksi peribadi mahupun ditampal diblog anda, ambilah saya beri ni.

Perjalanan pada petang itu dimulakan dengan membeli tiket satu hala di stesen putra lrt masjid jamek. “Kak, 2 tiket ke klcc ya” sambil duit dihulurkan, aku dan afham terus menunggu kehadiran tren tanpa pemandu itu di platform 2. Orang ramai dan padat, masing-masing berhimpit dan berusaha mendapatkan tempat, siapa kuat dia dapat naik, siapa yang lemah akan tertolak keluar, tidak kurang juga penyeluk saku sambilan dan tukang raba percuma, mereka giat menjalankan aktiviti mereka.

Alamak, hujan la pulak! nasib baik tak hujan lebat, aku dan afham sempat berlari dan berlindung disebalik menara maxis. Sementara menunggu hujan kembali reda, aku merenung ke atas melihat jalur gemilang gergasi itu. Aku bangga menjadi rakyat malaysia, di bumi bertuah ini aku dapat menulis blog dengan aman dan tenang. Ok, hujan dah reda ayuh kita ke restoran pelita nasi kandar, ampang.

Kehadiran aku disambut mesra oleh saudara bat dari infomalaya, kesian aku tengok dia kehulu-kehilir dapatkan tetamu kerusi dan tempat duduk yang selesa. Memang aku akui tempat berkumpulnya para blogger pada ketika itu agak sempit dan kurang sesuai. Mungkin perlu penambahbaikan dimasa akan datang. Kelihatan masih banyak kerusi yang belum diduduki dan pada ketika itu jam menunjukkan 5.20 petang. Mungkin hujan menyebabkan ramai blogger-blogger yang lain terkandas oleh kesesakan lalu-lintas tak pun terlalu asyik lena diulit mimpi (hujan beb, sedap tidur woo)

Ok, nie gambar rakan blogger yang duduk semeja denganku, seperti yang anda dapat lihat budak lelaki yang bertopi hijau itu adalah non-blogger guest, beliau dibawa khas oleh bakal abang iparnya iaitu pemilik blog em-pay bahasa melayu, dibelakangnya ialah nazri pejuang psp, penulis blog ibnuyusofaljohori, hafreze dan juga mixter bertopi coklat. Semua lapar tu termasuk aku :p

Ok mari lihat siapa disini, mereka adalah blogger-blogger yang duduk dihadapan meja aku. Wahai pembaca sekalian yang bijaksana, boleh beritau aku siapa mereka? Yang aku cam disini ialah monster khekal, catzer, robotys dan er.. er.. ye tolong aku kenali mereka :D

Mereka yang turut menulis entri tentang rumpun :-

Akan bersambung di bahagian 2

Related posts

I'm blogging to improve my English. Encourage me by subscribing to my blog. Enter your email address and click subscribe to show your support.


7 Comments »

2007-09-11 00:25:26

[...] Contact me « Rumpun 2007 - Malay blogger gath part 1 [...]

 
Comment by awqi_zar
2007-09-11 18:17:20

salam vangardx,mcm ku kenal membe kau yg berbaju putih itu..haha..apam ka?kau berbaju oren ya?hehe..

Comment by vangardx
2007-09-11 18:42:58

mestila, apam pun cakap yg awqi zar nie rupa-rupanya kawan lama dia..ish ish ish :p

 
 
Comment by awqi_zar
2007-09-12 20:14:51

mmg xsangka ye vangardx..kawan kepada kawan dh nie..haha..selamat berpuasa..

 
2007-09-15 07:25:25

[...] tuju untuk pergi. Aku keseorangan hingga berjumpa Syamsulariff. Aku mengikutnya ke KLCC katanya ke Rumpun 07. Aku mula blurr dengan katanya yang sambil lewa. Setibanya di sana, aku melihat ramai orang yang [...]

Comment by Afham
2007-11-21 18:05:49

ni mcam blog aku je!!

 
 
Comment by annyn
2008-03-10 07:45:42

intisari blog yang tak cool langsung..

 
Name (Required)

E-mail (Required - Dont worry, we hate spam too)

Website or Blog address

Your Comment (smaller size | larger size)