Vangardx.net » Blog Archive » Rumpun 2007 – Malay blogger gath part 2

Rumpun 2007 – Malay blogger gath part 2

Uncategorized September 11th, 2007

Ini adalah sambungan daripada entri yang pertama, ok apa yang berlaku ini? Ya, itu adalah bapa kepada blogger termuda malaysia yang direkod setakat ini, tidak lain dan tidak bukan mhariz dot com (bertopi) yang baru berusia 2 tahun. Ada sesuatu yang ingin diperkatakan oleh adik kita ini kepada Josh Lim, hanya dia sahaja yang tahu.

Dah elok dengar cerita happy tiba-tiba Josh Lim pulak sedih, tak tau kenapa, mungkin beliau sedih menunggu mohdismail yang tak muncul-muncul kot, ish takkan gathering pun nak scam :p kat sini aku snap 2 jurugambar yang aktif mengambil gambar orang lain, tak nampak pulak mereka ambik gambar sendiri yang ala-ala dalam myspace atau friendster tu.

Erm, perut dah berbunyi, macam tau-tau je kerana selepas aku mengadu pada afham yang aku lapar terus mereka mengedarkan sudu dan garpu yang telah siap dibungkus dengan tisu. Air bandung juga dihidangkan kepada para hadirin, nyam nyam aku semakin lapar.

Sebelum makan, kami dihidangkan dengan pembuka selera iaitu badge button er..button badge ish yang mana satu dulu ni, tak kisahla yang penting butang tu ada 2 jenis iaitu putih dan hitam, aku amek sepasang dan afham amek sepasang, bebutang ini didatangkan dalam cawan plastik putih itu dan aku rasa mesti ada diantara kamu yang ambil lebih dari sepasang, kan kan kan? sila angkat tangan, aku nak kira :p

Sebelum aku pergi makan, aku snap satu gambar untuk buktikan kepada kengkawan kat upnm yang afham juga turut hadir bersamaku walaupun pada ketika itu beliau tidak mempunyai blog. 4 orang wakil dari scukz community juga turut hadir, mereka nampak muda belia, tapi bab-bab computer kalah lecturer scince computer agaknya la :p

Mereka yang turut menulis entri tentang rumpun :-

Akan bersambung di bahagian 3

I'm blogging to improve my English. Encourage me by subscribing to my blog. Enter your email address and click subscribe to show your support.


2 Comments »

2007-09-11 00:55:43

[...] Contact me « Rumpun 2007 – Malay blogger gath part 2 [...]

 
Comment by Afham
2007-11-21 17:54:09

seronok datang sini…menunggu rumpun 08 plak!!

 
Name (Required)

E-mail (Required - Dont worry, we hate spam too)

Website or Blog address

Your Comment (smaller size | larger size)