Syamsulariff.com » Blog Archive » Rumpun 2007 - Malay blogger gath part 3

Rumpun 2007 - Malay blogger gath part 3

Personal, Social September 11th, 2007

Entri ini adalah sambungan dari bahagian kedua. Ok masing-masing tak sabar nak menjamu selera, amek pinggan, beratur dan tunggu giliran, pandainyee. Makanan yang ditaja oleh advertlets ini sudah cukup menenangkan perutku yang dari tadi sibuk melalak dengan pelbagai jenis rentak dan alunan lagu. Nyam nyam masakan masih panas lagi, tak sabar nak makan nie.

Selepas makan-makan, acara seterusnya adalah sessi memperkenalkan produk terbaru happypeoplemedia iaitu pcmalaya. Berkonsepkan satu platform yang bebas untuk peminat-peminat modifikasi laptop dan desktop untuk bertukar-tukar pendapat, membuat undian dan sebagainya. Berdasarkan penerangan bersahaja tetapi padat isinya oleh mohdismail sambil diselang-seli dengan bisikan manja oleh azraai, apa yang aku dapat katakan adalah aku tak sabar nak tunggu pcmalaya ini beroperasi sepenuhnya, nantikan kemunculan mereka dikawasan anda :p

Selepas itu sessi bergambar beramai-ramai, aku kesian kat jurugambar depan aku nie, mereka sibuk ambik gambar orang lain, jadi aku pun ambik gambar dieorang dan post kat sini, mana la tau mereka nak ambik buat koleksi ke, pasal gambar dieorang takde masuk dalam gambar ramai-ramai tu, mereka nak jugak, jadi aku gunakan kuasa aku mengepost dan menulis entri ini untuk mereka, eh apa punya belit dah aku tulis nie.

Masa aku nak balik, tak sangka pulak sistem komputer putra lrt down, orang beratur panjang macam ada konsert dangdut inul darasista je, berpusu-pusu tak sabar nak tengok mas idayu gelek, aku pun ambil keputusan untuk keluar dari trafik jam itu dan bergerak ke stesen putra lrt ampang, tenang dan tak ramai orang, aku sempat ambik gambar restoran yang menjadi saksi perkumpulan blogger melayu yang pertama seumpanya dianjurkan dengan kerjasama advertlets, tahniah restoran pelita mee yang kamu buat sedap dan menyelerakan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur dan penaja, tanpa usaha keras anda semua maka tidak akan berlakulah upacara dan aktiviti seumpama ini, memang banyak kekurangan, dan ambil setiap teguran sebagai satu batu loncatan untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seterusnya, aku pasti jika persiapan yang lebih awal dan perancangan yang rapi, contigency plan dan sokongan rakan-rakan yang lain aktiviti mendatang pasti lebih meriah dan berjaya, cakap memang mudah kan? ayuh implementasikannya :D

Mereka yang turut menulis entri tentang rumpun :-

Mereka yang hadir dan juga tidak dapat hadir berdasarkan senarai kehadiran di blog rasmi rumpun :-

  1. Josh Lim
  2. Mohd Ismail
  3. Miki
  4. Bat InfoMalaya
  5. edt83
  6. Qaiyum
  7. wénkt
  8. Khai Scukz
  9. Mijie
  10. Dady_ekin
  11. Madnilk
  12. Nazirah Ashari
  13. Helangkawi
  14. Shipskull
  15. rokudaime_jr
  16. chot
  17. catz
  18. serennaz
  19. Saharman
  20. IcedNyior
  21. xbrain
  22. Fuiyoh!
  23. azwanhadzree
  24. Hafizally
  25. Nora Elina
  26. Farid Zenon
  27. W.M Afendi
  28. Mohd Rizal
  29. TamingSari
  30. Mr.Takky
  31. Azman Azlimin
  32. Zamri Mohamad
  33. Naga Jomheboh
  34. Mohamad Faiz
  35. Hafreze
  36. Nazz Scukz
  37. Sab2
  38. Sri Kebakat
  39. Aini Jasmine Ghazali
  40. Noorizam Shah
  41. Man
  42. Arijan Osman
  43. Mael (bukan aku)
  44. Ash
  45. Saladen2
  46. Ismael (bukan aku jugak)
  47. Ben Adam
  48. Mixxter
  49. Adib
  50. Rahmat Ibrahim
  51. Chaija
  52. Chah El dan ramai lagi yang tiada dalam senarai (nak masuk dalam senarai?, tinggalkan link anda di komen, nanti saya masukkan)

Related posts

I'm blogging to improve my English. Encourage me by subscribing to my blog. Enter your email address and click subscribe to show your support.


3 Comments »

Comment by Daniel Vukadinovic Subscribed to comments via email
2007-09-11 06:20:19

Nice party, what did you guys do there? Just hang out or did you held speeches and such?

Comment by vangardx
2007-09-11 18:45:14

we getting to know each other more closer beside knew their nickname and blog address :p

 
 
Comment by Afham
2007-11-21 17:54:35

syam update la..kan aku dah ade blog skang!!

 
Name (Required)

E-mail (Required - Dont worry, we hate spam too)

Website or Blog address

Your Comment (smaller size | larger size)