
Salam & hello buat semua pembaca yang dikasihi, setelah menulis entri mengenai wanita gila seks shopping, sekali lagi aku ingin menulis mengenai mereka-mereka yang boleh digelar sebagai superwoman kerana kegagahan mereka beraksi dipusat-pusat membeli belah di seluruh dunia amnya dan juga di tanah melayu khususnya. Berikut adalah gambar perjalanan aku bersama mereka yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Berpegangkan prinsip paling murah tetapi berkualiti dan lawa itulah superwoman malaya.

Pada peringkat awal lagi motivasi aku sudah berada di paras kritikal, manakan tidak bila turun sahaja dari tangga stesen Star LRT Bandaraya ini pemandangannya. Itu belum ambil kira bilangan kanak-kanak yang datang entah dari mana, barisan panjang pembeli-pembeli tiket, nasib baik aku ada touch n go.

Tidak sah rasanya jika turun dari stesen lrt bandaraya kalau tidak ke sogo bukan? Tiada gambar disogo, apa yang boleh aku katakan terlalu ramai umat manusia disini, ya sogo telah diserang. Aku singgah ke pertama complex untuk bertanyakan mengenai screen protector handset sony ericsson k550i kemudian ke reject shop ditingkat bawah bangunan itu untuk membeli tali pinggang, aku cari, belek dan bayar. Setel barang untuk aku.

Ini persinggahan pertama di Maju Junction, tengok sana tengok sini, belek-belek hm..tiada yang menarik, keluar.

Ini persinggahan kedua juga di Maju Junction, belek sana belek sini, tanya itu tanya ini, hm..tiada yang berkenan, keluar.

Ini persinggahan ketiga yang terletak berhadapan dengan Maju Junction (aku lupa nama tempat tu) belek sana belek sini, cuba itu cuba ini, hm..tak cantik lah, keluar.

Ini terletak berhadapan dengan sogo shopping complex, banyak pilihan, pegang-pegang, senyum kepada penjual dan keluar.

Persinggahan seterusnya di torkuaz yang banyak menjual jubah (aku hafal nama kedai ni sebab 4-5 kali dah datang pada hari yang sama) seperti biasa, keluar.

Singgah di kedai-kedai jalanan masjid jamek, kira petaling street versi melayu la tempat ni pada pendapat aku. Kali ni situasi agak berbeza kerana penjual amat aktif bermarketing dan kadangkala seperti dipaksa pulak.

Penat aku menulis entri ini penat lagi aku berjalan pergi bershopping, ceewwahh. Mungkin sudah lumrah alam kaum wanita memang cerewet didalam soal membeli barang tidak kira barang sendiri ataupun orang lain. Jadi aku ingin bertanya kepada blogger-blogger wanita terutamanya, apa rahsia anda untuk kekal bertenaga ketika bershopping? Jika anda ahli sains, apa pula enzim-enzim terlibat atau hormon yang teransang ketika membeli-belah? Jika anda ahli fizik, apa pula formula yang membolehkan mata melihat tanda harga diskaun pada suatu jarak yang bergerak? Mungkin ada jawapan lain yang tidak disebut, aku ingin dengar kalau saudari-saudari mahu berkongsi.
Pingback kepada blogger wanita agar mereka tahu akan kewujudan entri ini : linn, ibu merah, cikgu fauziah, melor, fawari, dikmal, sara, wanita, tudung bawal, nazira, nurulanis, sarah, zida, muharikah, seri, melati, huh ramai juga blogger wanita rupanya..:p


hurm. entri pasal wanita shopping sakan masa raya. asal aku tak terasa pon entri ni? mungkin sebab aku bukan kaki shopping kot?
dan, apakah sebabnya mahu bloggers wanita tahu akan kewujudan entri ni? musykil~
apapun, selamat menyambut lebaran.
ish takdepulak suruh kau terasa
cuma aku mahu dgr pendpat dari blogger wanita je..kot kot ad input yg best2
adakah superwoman yg ko escort tu adalah awek ko? ekekek… biasalah tuh bai… kalau ni awek ko, sure da kawen sok… “awak jalan lah sendiri… nanti siap call, saya amik” :-p
Kalau Superwoman tu jalan sendiri dan bayar sendiri takper, tapi diheretnya suami bersama, Oh maka stress lah suami2 tengah bulan nanti
entry attack kaum wani yer… memang sifatnye gi2 pompuan… dalam lemari kasut tak pakai lagi dah beli kasut baru… skali beli 2-3 pasang plak tu…
kalau sogo am pun suka membeli belah kat sana…(tapi biasa kirim jer… jarang jejak pun) murah tiap2 bulan sale… sale time gaji plak tu… tapi am biasa la mana2 pegi pun cari barang yang nak beli jer… lepastu bayar n tros balik… tak laratla nak jalan lama2.. tak pasti pulak aura apa yang dipakai orang pompuan ni sampai berjam-jam boleh soping…
jumpa barang terus balik? aku rasa 1% je yg macam tu..
hehhe…kalau shopping complex tu bukak 24jam…camna la gamaknya???
hehhe
slalu diaorang provide trolley, takpun binatang yg bleh gerak tu utk budak2..kalau 24jam kena provide wheelchair la utk lelaki2 yg bertuah :p
Erm… no comment… lain org lain perangai.. lelaki pun ada gak kaki shopping..cuma..pompuan ni lebih banyak masa free nak jalan sana sini..
,…Tapi.. kalau kuar shopping with me.. make sure.. pikir dulu pe nak beli.. gi beli benda yg nak beli je.. .. walaupun zue pompuan..tapi tak suka shopping2 ni..beli menda perlu je..cuma kedai henpon n kedai komputer ni je yg leh gugat iman skit…kekeke.
wah… sama la kita… kalau kedai komputer tu berjam-jam pun takper… nak survey harga n tengok teknology baru… tapi bukan selalu la… 3-4 bulan sekali…
hua2…komen nih aku sokong…aku pon sama…nak2 kalo terbabas kat lowyat tuh…walau takde duit skalipun…at least mesti ader gak bende yang terbeli…kui3…tapi standard laa…aku ngan class mate aku kat lowyat…aku sorang je pompuan…pompuan2 len yang ikut…sume kat sebelah tuh…sg.wang plaza…
i agree dgn zureyna.. direct to the point…
buat apa nak pusing merata tempat? maybe i ada time factor kot. unless nak beli persiapan kawen kot la kan.. hehe..
actually only tadi je i ter jadik superwoman, maklumla last minute shopping.. bila lagi kan?
emmm… ntahla x reti nak komen bab ni.. Sbb akak ni jenis simple dan kalau nmpk yg berkenan terus grab jek.. Kalau jln2 ngan auntie2 ngan cousin yg suka shopping sakan ni.. mau aku loggar kepala lutut ikot diorg ni… Hua hua hua..
Mana diorg dpt energy? Ntah, yg pstinya depa dpt energy drpd kain2 atau tudung2 yg cantik kot.. Xpon kueh2 raya yg berkaler2.. huhuhuhuhu..
Sekian.. komen dr akak yg minum air keretz..
lama tk komen..aku kene komen gak nie..kang kene marah
haha..apsal kena marah plak..
lemas .. semalam aku turun kl sebab nak beli satu dua barang… manusia cam ulat taik banyaknya… lemas lemas… thehehehe
ehem..ehem.. aku xkuar lagi kl pasal gating.. wakakaa.. ermm galu gitula gamak nye.. touch n go akan di gunakan dengan sebaik2nya.. har har har…mana lagi meriah bazar ramandhan ke pusat membeli belah?? energy?? dorg “CUTI” kot ahahahaha..
hehehehehe..semua sedia maklum aku mmg tak bershopping apa thn ni..
mungkin rabu ni aku nak beli kueh raya sikit utk bawa pulang..sebab utama aku tak shopping ialah kerana aku tak punyer duit…muahahahaha
komen aku? walaupun aku pompuan…aku ngaku aku tak posa haritu atas alasan keuzuran…tapi aku tetap takde power macam akak ipar aku…turun-naik 3 shopping complex dalam masa 5 jam berdiri dan bersesak ngan orang ramai untuk membeli baju raya…bapak la letih…tapi dier aku tengok rileks giler walaupon posa…huhu…tu memang betul2 superwoman malaya…nak tanya dier segan…mungkin dari awal posa dier dah simpan tenaga ngan minum air kacip fatimah power root kot time sahur ngan berbuka… ;p
itula yg menjadi tanda tanya, belum ada lagi jawapan yg munasabah mengenai asal-usul kuasa mereka itu :p
Ades.. menda ni simple je.. jangan biarkan diri anda diselubungi misteri…
Rahsianye = MINAT
Kalau kita buat sesuatu yang kita suka, automatik kira rasa heppi n tak letih or bosan. Bagi pompaun.. kebanyakkan nye minat shopping..tu pasal dorang tak rasa letih round satu supermarket 5 tingkat pun.
Kalau lelaki lak.. those yang minat memancing ikan tu..sure pompuan pun ada gak tertanya, pesal le dorang ni sanggup tunggu berjam2 nak dapat ikan n kekadang selepas berjam2 tak dapat ikan pun boleh gi lagi esok nye…. Bila buat sesuatu yang kita minat.. kita rasa puas dan berbaloi berkorban mcm mana pun. Sekian dahulu penerangan dari saya, sehingga bertemu lagi ditopik akan datang..hehe
ok..ada input disitu oleh pakar suara hati wanita kita cik zureyna..maknanya kerana minat? huhu..hobi bershopping? ish ish..masakla siapa yg menaja
Salam. Hmmm susah gak nak jawab soklan ni. Bagi saya…biasa2 je. Tak kuasa nak kuar shopping n berasak2 kat shopping complexs tu. Alangkan pasar malam dekat rumah pun x suka pegi…lagi la kalu masa posa nak gi shopping. Ampun. Tak suka menggesel dan digesel kat ruang camtu. Maklum sb ada yg suka amik kesempatan utk buat gitu kan… Setiap orang ada hobi masing2 kan. Macam org yg suka mancing gak, cuba tnya mrk mcmana nak kekalkan tenaga dok ngadap sungai lama2 seharian tu? Kalau saya baik beli kat pasar je ikan2 tu. Haa gitulah org yg gila shopping ni…MINAT la jawabnya yg buat mrk penuh tenaga. 1 kemungkinan besar ialah masa tu mrk ni x posa…maklum ABC ( Allah Beri Cuti ). Nak jwb ttg enzim atau hormon yang merangsang ni… mudah je NAFSU lah…
dan tentang formula yang membolehkan mata melihat tanda harga diskaun pada suatu jarak yang bergerak ialah FLASH iklan tu… dari jauh kalu nampak tulisan 50%, 30%, 70% terus ramai teruja nak tengok mende apa yg di sale tu. Nombor2 tu jd mcm FLASH yg sebabkan mata terus teruja, nafsu terus terangsang dan tenaga dalaman mencapai kemuncaknya. Hahaha… boleh ke jawapan ni?
Apa pun bagi pakwe2 yg rajin dok usung awek gi shopping masa lum kawin ni biasalah tu…nak amik hati kunun. Dalam hati tu dup dap takut over badget. Hihihi… dapat lak awek pisau cukur automatik dgn ayat power “ATM dekat je yang…pi la amik duit lagi…” amik korang. Tapi bila dah kawin…mcm entri yg ada tu kata: kalu dah siap nanti call…besalah tu. Masa bercinta sakan ikut mana je awek nak pegi bila dah kawin hilang kata2 sayang tu…”awak je la yg pegi, saya penatlah bla bla bla…” Dan penah terjadi bila rakan sendiri yang dah nak bersalin leh disuruh suaminya naik teksi sendiri ke hospital!… tu lah realiti hidup.
Kesimpulannya…memang wanita ni superpower…kalu x camne boleh ada berbelas org anak? Orang lelaki pun mana larat nak bawa perut yg beratnya dlm beberapa biji batu bata selama 9 bulan…itulah kelebihan wanita. Cuma bab shopping ni x semua yg superpower k. Saya sendiri pun cepat lenguh lutut. Kalau la ada kat tenet ni shopping complexs cyber kan senang. Mereka buat seolah2 kita sdg berjalan shopping di Sogo ke… Best gak kan. Hehehe… klik kat gmbr terus leh dpt barang..
huhu..ganas2..ini macam boleh bikin satu entri kat sini..nanti cikgu jadi penulis jemputan kat syamsularff.com boleh?
hehe…nak jd penulis jemputan? layak ke…suka merapu je ni. buat masa ni tgh bz giler la.. lepas nov baru lega…tp x tau la kalu ada sambungan projek penulisan yg baru lak…
Salam,
Nak mencelah juga la. Sama ngan kak G, shopping ni tak semua leh jadi superwoman. Fini pula kalau jalan sorang, cepat je baliknya…tp kalau dpt berkawan…lama lah jadinya sbb tiap org ada pilihan & barang yg dia nak beli…so kalau dah 3 org, 3 karenah la. Tapi sesekali berjalan ngan kawan2 lama2 ni seronok + penat, tapi jalan bukan sebab nak beli sgt, yg lebihnya…masa ni la digunakan nk borak2 ngan kawan yg susah nak jumpa…nak lepak makan2 n minum2 lama2 letih juga, so sesambil tu…jalan2 la…shopping tak banyak mana pun, sbb lazimnya kami shopping berbudget.
Takpe la. Dah penat shopping balik nanti cari resepi masakan yang best. Bagi suami ke abang ke rasa penagan power masakan tu.Orang lelaki ni kalau dah disogok dengan makan habih puas. Lepas tu nak pi shopping pulak kami tak kisah janji jangan kacau kami nak tiduq.
huhu..kagum dengan jawapan selamba tetapi bermakna..ternyata pengalaman membuktikan..mintak tips lagi cikgu boleh?
shooping and hot discount are woman passions..
Assalammualaikum………..
Biasalah orang perempuan meniti beratkan pemakaian
keluarganya,seperti Ayu bila betul-betul nak
shopping baru pergi kalau tidak……….jauhkanlah.
Tapi orang perempuan(tak semua)memang suka shopping.
tak ada ‘mega sale’…
tak wujud lah pompuan…
mea darLINGs last blog post..go Man.United go!!