Salam & hello semua, nampaknya aku tidak dapat melelapkan mata, mungkin akibat terlalu kenyang berbuka puasa di kelab darul ehsan ampang tajaan salihin consulting group, mana gambar? yang itu akan masuk pending list aku (banyak wei gambar aku tak upload lagi, ikut turn ok) dikala kelopak mata ini masih mencari , aku dihiburkan dengan aksi menarik kakak eeha berposing, then singgah ke blog shutterspeak ada gambar kereta, sedikit kecewa setelah menekan “read more” kerana aku mahukan gambar neo bukan savvy, make up la sehebat mana pun, aku akan berusaha untuk berpegang pada prinsip yang aku takkan membeli sebuah savvy, percayalah (maaf ya pemilik kereta proton savvy)

Bercakap mengenai clique yang bermaksud satu kumpulan sosial tidak rasmi yang terhad pergaulannya atau lebih mudah disebut sebagai member sekepala memang berlaku dan kita sendiri menghadapinya saban hari, persoalannya clique lebih kepada positif atau negatif? Bagi aku berurusan dengan clique lebih mudah berbanding dengan yang tidak satu kepala, ia lebih kepada persepakatan tidak kira dalam sukan, muzik, belajar dan sebagainya tetapi janganlah kita meminggir orang yang tidak sekepala, mereka tetap kawan. Saya baru tahu, dah genap setahun rupanya blog maizul, boleh kasitau 2 domain yang tak di renew tu? (saya pengumpul domain sambilan :p)

Baru aku teringat yang ramai menanti prison break season 3, ya aku follow cerita ni dari awal sehinggalah ending untuk season 2 dimana michael scofield hilang dalam kekusutan, raja jangan lupa updatekan untuk aku ya kalau dah available for download, kalau kau dah tengok kasila hint sket. Penghujung entri ini, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah mak kawan omar.

Selamat bersahur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...