Hari tu aku turun Temerloh pegi jemputan kahwin pakcik aku kat Taman Bukit Bendera Mentakab then lepas tu join satu group orang tua yang perasan budak-budak sekolah lagi pegi trip mandi air terjun chamang bentong pahang. Sebanyak 4 kenderaan buatan malaysia telah terlibat dalam rombongan ini iaitu Gen 2 Cps ekzos kuat, myvi rim emas, satria neo cyborg 333 dan proton saga blm.

Pelbagai aktiviti telah terlaksana seperti mengutuk geng-geng perut buncit, gelakkan nad lemas, paksa orang tua berenang, skodeng awek cun syampu rambut (erk..awek ke tu?) main tampar-tampar, buat piramid, redah jeram dan macam-macam lagi. (weh kamera sape yang kalis air tu?)

air terjun chamang bentong
Tinggi jugak air terjun ni, tak naik atas pun sebab dikhuatiri ramai yang akan hanyut oleh air deras. Utk yang bekeluarga sesuai sangat kalau nak bersantai kat sini.

trip air terjun chamang bentong

Aktiviti diakhiri dengan jamuan ringan (ringan lah sangat) dengan hidangan nasi paprik sotong yang sampai lambat sebab tukang masang tengah mencandat sotong (nak kasi fresh punya pasal)

Weh, pening kepala weh jambatan gantung tamparuli goyang-goyang.

Untuk yang nak ke sini senang je, amek exit bentong di karak highway dan ikut je signboard Hutan Lipur Chamang Bentong Pahang (lebih kurang 15 minit dari jalan utama)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...