Vangardx.net » Blog Archive » vangardx akan kembali dengan lagu baru

vangardx akan kembali dengan lagu baru

Entertainment, Personal October 1st, 2007

Salam & hello buat semua pembaca yang dikasihi, suatu ketika dahulu sebuah band belia remaja yang dianggotai 4 orang penuntut yang berbeza tanah kelahiran mula menyimpan niat untuk bergerak secara serius dalam arena muzik, namun hasrat mereka terbantut setelah masing-masing membawa haluan sendiri selepas tamat peperiksaan sijil pelajaran malaysia pada tahun 2003.

Namun mungkin ada sinar-sinar untuk meneruskan perjuangan ini, syam cuba membawa pengaruh muziknya ke kem pinggiran pelangi muadzam shah dan kolej kelima universiti malaya ketika menjalani program latihan khidmat negara pada awal tahun 2004. Sambutan terhadap lagu ciptaannya, Bidadari begitu baik sehinggakan ada permintaan untuk mendendangkannya berulang kali, tidak kurang juga individu-individu yang mula menghafal bibit-bibit lirik yang pada asalnya ilham penulisnya datang dari sebuah tilam disekolah lamanya. Namun sekali lagi pengembangannya terbantut setelah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti hasil usaha sama kementerian pertahanan malaysia (KEMENTAH) dan universiti teknologi malaysia (UTM).

Line-up kumpulan ini yang pada asalnya terdiri daripada esmy bass, peng drum, syam gitar, abe vocal kini tinggal syam dan abe sahaja. Mungkin dengan kemunculan line-up baru seperti kehadiran zul sebagai pemain gitar dan balau bertindak sebagai bass kidal (dia juga boleh bermain drum) akan memberi satu sinar? Dengan kemajuan teknologi rasanya semua boleh dilakukan cuma tinggal hendak atau tidak sahaja, tidak guna kalau mahu tapi malu. Lagu yang dicipta sendiri sudah ada sepuluh.

Ketika ini saya mula berfikir tentang myspace music, youtube dan lain-lain lagi. Mampukah saya?

Related posts

I'm blogging to improve my English. Encourage me by subscribing to my blog. Enter your email address and click subscribe to show your support.


8 Comments »

Comment by lindosh Subscribed to comments via email
2007-10-01 22:33:22

nak pinjam gitar tu.. suwit la bentuk dia ekeke

 
Comment by affuan
2007-10-02 15:45:25

Nampak bulu kaki. Auw! Kui3.

 
Comment by Trojan Subscribed to comments via email
2007-10-03 13:00:08

huhu…nanti balik2 ulang..

engkau……
bagaikan bidadari….
yg hadir dari syurga…

 
Comment by awqi_zar
2007-10-04 02:25:46

haha..ades,band ape ko buat vangardx..meh cnie promo lagu..heee..

Comment by Trojan Subscribed to comments via email
2007-10-04 17:22:32

huhu..aku ada join gak..tp tukang wat air je…
:P

 
 
Comment by sodep
2007-10-04 12:46:07

syam.. ada demo tak.. bOleh aku dengar.. send kat budakbunian@gmail.com

 
Comment by vangardx
2007-10-04 17:02:51

tiada sebarang rakaman dibuat..aritu ade letak video kat youtube..tapi dah buang balik..aku suka main live.. :D

 
Comment by mmuurrllyy
2007-10-22 17:02:48

lagu die nie super duper belaka….

 
Name (Required)

E-mail (Required - Dont worry, we hate spam too)

Website or Blog address

Your Comment (smaller size | larger size)